Berikan Aku Cinta : Bab 1









BAB 1*


Deringan loceng menandakan waktu pulang sudah tiba. Kebanyakkan kelas mula mengemas buku setelah sesi persekolahan pada hari itu telah tamat. Tidak kurang juga ada kelas yang masih meneruskan pembelajaran walaupun hanya lewat beberapa minit. Ada yang ingin menghabiskan sedikit bab sebelum masuk ke bab yang baru pada esok hari atau memaklumkan apa-apa maklumat penting oleh guru yang mengajar di waktu akhir.

Riuh-rendahlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling dengan suara pelajar-pelajar di luar kelas. Masing-masing sibuk dengan hala tuju untuk pulang ke rumah. Ada yang membawa beg ala-ala pelajar kolej, ada yang membawa beg yang agak berat kerana di penuhi buku dan tidak kurang juga bersama fail di tangan di mana mengasingkan kertas-kertas subjek yang di beri oleh guru sebagai latihan.

“Assalamualaikum,” ucap seseorang memberi salam. Nuraini memalingkan muka melihat pemilik suara itu.

“Waalaikummusalam,” balas Nuraini tersenyum sekejap sebelum menghadap ke tempat lain. Malas mahu melayan lelaki yang tidak serik menegurnya tatkala pulang dari sekolah.
“Sorang je ke?” tanya lelaki itu berbasa-basi sekadar ingin berkenalan. Sudah lama dia ingin memenangi hati wanita ini tetapi agak sukar untuk dia memulakan bicara. Apa tidaknya, sepatah di tanya, separuh saja di jawab.
Taklah. Ada sepuluh orang. Gumam Nuraini hanya di dalam hati. Geram sungguh bila melihatkan manusia buta di sisinya. Mereka sekarang berada di pondok hadapan pagar sekolah, sudah tentu ramai pelajar yang turut serta untuk menunggu ibu bapa yang menjemput mereka semua. Tidak terlepas juga ada yang bermotosikal dan berbasikal untuk datang ke sekolah. Kereta juga pun ada, itupun, jika salah seorang dari keluarga mereka adalah bekerja sebagai guru di sini.

Pertanyaan tadi tergantung dek mengajukan soalan bodoh. Nuraini terus berdiam diri di situ tanpa mempedulikan lelaki yang sama kelas dengannya. Sudah lama lelaki itu cuba mendekatinya tetapi di endahkan saja kerana dia sememangnya tidak berminat dengan itu semua apatah lagi cinta. Dia mahu menghabiskan belajar dahulu barulah memikirkan soal cinta. Masih terlalu awal jika memulakan sekarang. Lagi pula, dia hanyalah budak mentah dan sudah pasti cinta yang akan dia mainkan adalah cinta monyet.

“Awak…” panggil lelaki itu lagi untuk memulakan bicara tetapi tergantung.

Nuraini berpaling lagi memandang wajah lelaki itu. Menunggu lagi untuk mendengar setiap patah bicara yang seterusnya namun, sia-sia saja bila lelaki itu hanya berdiam diri. Lagi bertambah geram saja dia bila hanya di panggil tapi bila bercakap, diam seribu bahasa. Macamlah tak pernah tegur aku! Getus hati Nuraini dengan sikap serba tak kena dengan lelaki di sisinya itu.

Tak perlu lagi untuk dia menahan geram di situ kerana kereta ayahnya yang menjemput, sudah pun tiba. Tanpa membuang masa lagi, Nuraini mula mengangkat punggung untuk beredar dari situ. Semakin lama dia di situ, semakin banyak lagilah kerenah yang bakal dia lihat dari lelaki tadi yang suka bercakap separuh saja. Konon-kononnya, malu!

Entah kenapa bila wanita itu beredar, lelaki itu barulah punya kekuatan untuk mengeluarkan suara. Bila di sisi, suara bagaikan terpadam dari anak tekaknya. Sekarang, terpaksalah dia menunggu esok hari. Argh! Menunggu esok seperti tahun depan lamanya. Setiap detik dia mengira waktu untuk melihat wajah jelita wanita itu. Putih bersih dan pipi gebu wanita itu menjadikan naluri lelakinya sentiasa berkocak dan menerbitkan rasa cinta di dada. Dia tidak mahu melepaskan wanita itu ke tangan lelaki lain. Dia harus memilikinya dan menjadi hak mutlaknya sebagai suami isteri. Dia nekad dari hari itu.

“Siapa lelaki sebelah Nur tadi?” tanya Encik Nazman kepada anaknya bila keretanya sudah pun memasuki Bandar. Sengaja di tanya sekadar menghilangkan rasa sunyi di dalam kereta.
“Classmate. Tak kenal pun sebab tak berapa rapat,” ujar Nuraini lemah kerana tidak berminat untuk menjelaskan.
“Bukan boy…”
“Nope! Sorry, I’m not interested,” pantas Nuraini membalas kerana tidak mahu perkataan itu penuh di sebut oleh ayahnya. Harap, inilah yang terakhir yang di tanya ayahnya tentang lelaki misteri itu. Pandangannya di buang ke luar tingkap kereta dek moodnya hilang di terbang angin.

Encik Nazwan sudah pun ketawa kecil melihat anak perempuannya seperti tidak berminat dalam hal lelaki. Parah jika berterus begini. Jangan sampai tak kahwin sudah. Berdetik hati lelakinya seketika. Pemanduan di teruskan hingga ke rumahnya.

“Assalamualaikum,” salam di beri terlebih dahulu setelah basikal di parkir di tepi tiang seri rumah banglo.

Zamri memasuki ke dalam rumah bila salamnya tidak bersahut. Dia mencari kelibat maknya di dapur. Ternyata, di situlah wanita itu berada yang menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Assalamuaalaikum mak,” ucap Zamri lagi lalu menghulurkan salam dan mencium tangan tua itu tanda hormat.

“Eh! Zam, Tak perasan mak tadi. Dari tadi ke Zam bagi salam? Mak tak dengarlah,” ujar Puan Zulaika tersenyum senang bila anak tunggal lelakinya sudah pun pulang dari sekolah yang tidak jauh dari rumahnya. Sejuk hatinya bila melihatkan anaknya yang tida berbangg diri dengan status keluarga. Pergi sekolah hanya dengan basikal. Tidak menunggang motosikal atau pun kereta untuk bermegah. Katanya, basikal juga seperti senaman. Lebih jimat dan sihat tubuh badan.

“Zam pergilah mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama dengan ayah bila dia balik makan tengah hari nanti ya,” kata Puan Zulaika mesra sambil membelai belakang rambut anak lelakinya.

“Baiklah mak,” akur saja Zamri dengan senyuman hambar. Sekadar menutup rasa kecewanya gara-gara seorang wanita yang di cintai tidak melayaninya seperti pelajar lain. Bukanlah dia mahu layanan seperti pasangan kekasih tapi sekadar mesra di mata pelajar lain. Ini tidak, hanya bersikap acuh tak acuh saja.

Dia tidak boleh mengalah begitu saja. Dia lelaki. Sudah tentu dia boleh mencapai apa yang yang dia mahu. Sudah lama dia ingin memiliki wanita itu menjadi miliknya. Hatinya sekeras-kerasnya melarang jika ada lelaki lain yang berani mengambil cintanya atau menyentuh walaupun seinci.

Zamri yang terlalu inginkan Nuriani menjadi hak mutlaknya, mula mencari jalan agar dia dapat bersama dengan wanita itu selalu. Dia tidak mampu hidup tanpa bersama wanita itu. Dia perlu menawan hati batu itu tidak kira dengan cara apa sekali pun.

**continue bab 2


0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!