Berikan Aku Cinta : Bab 4







BAB 4*

Pelajar-pelajar di kelas kedua itu di benarkan pulang setelah waktu peperiksaan tamat tempoh. Masing-masing menyibukkan diri untuk bergegas pulang. Pintu kelas mula di penuhi pelajar yang hendak keluar. Nuraini dan Suhaila awal-awal lagi sudah bercadang melambatkan pergerakan mereka kerana tidak mahu bersesak di pintu keluar kelas. Terutama sekali bagi kaum lelaki. Main rempuh saja di depan mata tanpa ada juga kaum yang lemah.
Menangguh sakit, mereka juga.

Lelaki pula, biasa-biasa saja gara-gara saiz badan lebih besar. Usai saja mereka mengemas barang, keadaan kelas mula sunyi-sepi tanpa penghuni. Mereka terus menyambut beg masing-masing untuk terus beredar.

Tidak di sangka, ada seorang lelaki yang sedang menunggu di tepi pintu kelas tanpa mereka ketahui dari dalam. Tak lain tak bukan lagi kalau bukan lelaki yang paling di benci Nuraini kini.

Lihat saja wajah itu, tunggu saja bala menimpa dirinya. Di pandang muka itu dengan rasa menyampah dan terus meninggalkan lelaki itu yang kelihatan selamba saja seperti menunggunya untuk keluar dari kelas. Sempat lagi dia melihat lelaki itu yang sedang tersenyum mengejeknya. Hatinya semakin panas.

Langkahnya semakin cepat tatkala kakinya sudah mencapai di tingkat bawah. Rasa geram di hati masih belum berkesudahan. Mahu saja dia melayangkan penumbuk di muka lelaki itu tetapi, berjayakah dia? Dia hanyalah perempuan dan dia pula, lelaki. Sudah pasti sempat mengelak.

“Woi! Asal jalan macam kereta api peluru ni? Nak tunggu aku pun tak nak, apatah lagi nak slow sikit,” marah Suhaila dengan tindakan pelik sahabatnya itu.
“Sakit hati tau tak dengan dia tadi. Macam nak sindir aku pulak,” luah Nuraini tiba-tiba sambil duduk di bangku kayu di kantin sekolah. Begitu juga Suhaila.
“Kau marah kat dia tapi aku pulak yang di jadikan mangsa keadaan,” Suhaila tidak terlepas juga merungut kerana dia menjadi mangsa.

“Habis tu, tayang muka cun dia tu siapa suruh. Buat sakit hati aku je,” sambung Nuraini tidak berpuas hati.
“Aku rasakan, lebih baik kau berbaik dengan dia je lah. Daripada sakitkan hati sendiri sampaikan aku pun jadi mangsa sekali,” cadang Suhaila membuatkan hampir saja tersembul biji mata Nuraini. Berbaik dengan lelaki itu? I don’t think so. Getus Nuraini dalam hati.

“Ayah aku dah sampai. Jumpa esok ya. Bye!” ucap Suhaila mengakhiri kata sebelum beredar dari situ ketika matanya tertumpu pada kereta kepunyaan ayahnya.

Nuraini mendengus geram. Tak pasal-pasal kena tinggal kat kantin. Melihatkan sekeliling, sudah ramai pelajar-pelajar lain sudah pun pulang. Hanya tinggal segelintir saja yang berada di situ. Yang lain, ada di pondok hadapan yang di sediakan tempat menunggunya selalu. Dia sudah pun di maklumkan oleh ayahnya di mana ayahnya akan mengambilnya lewat sedikit daripada biasa.

Daripada menunggu di pondok itu yang baginya agak panas, lebih baik tunggu di kantin saja. Usul Nuraini berniat di dalam hati. Sudahlah hatinya sedang panas, di tambah pula panas dari pancaran matahari yang sedang terik.
“Hai,” ucap seseorang dari tepi membuatkan Nuraini berpaling memandang.

Berderau darahnya naik ke muka bila terlihatkan wajah itu. Wajah yang menjadi kebenciannya selama ini. Kalau tak ganggu aku sehari, tak lena tidur agaknya. Gumam Nuraini mengetap bibir.

“Tak balik lagi?” tanya Zamri berbasa basi. Punggungnya bagai magnet untuk duduk di sebelah cinta hatinya itu.
“Dah sampai rumah dah pun,” sindir Nuraini sambil menjeling tajam ke arah lelaki itu.
“Awak tidur dekat kantin ek?” Zamri cuba memulangkan paku buah keras kembali. Sengaja berkata begitu sekadar mengusik dan bermesra.

“Ha’ah. Saya tidur dekat sini. Saya tengah tunggu ayah saya hantar barang-barang sayalah ni. Awak kisah apa?” bagai orang bodoh saja Nuraini melayan kerenah lelaki itu.
“Saya kisah. Boleh saya tumpang sekaki?” Zamri sudah masuk ke bab yang lebih hangat. Melopong Nuraini di buatnya bila mendengar. Gaya senyuman nakal dari lelaki itu pun dia sudah tahu.

“Awak ni tak ada kerja lain ke?” pertanyaan Nuraini lebih kepada serius. Mukanya sudah pun berkerut seribu tanda geram teramat.
“Saya memang tak ada kerja sebab masih bersekolah lagi,” jawab Zamri lancar tanpa berfikir panjang.
Sakitnya hati aku melayan si bendul ni. Harap muka je handsome tetapi hampeh. Sikit pun aku tak berkenan. Rasa nak muntah kalau makin layan si mamat tak sedar diri ni. Cepatlah masa! Aku nak balik! Jerit hati Nuraini sudah tidak tahan dengan lelaki di sebelahnya itu.

“Kenapa awak gelisah je ni? Awak nak terkencing ek?” tidak semena-mena pertanyaan itu terkeluar dari mulut Zamri. Di dalam hati, sudah tidak tahan ketawanya melihat cara wanita itu yang kadang-kadang memalingkan muka ke arah pagar utama seperti mahu cabut lari.

“Hei! Suka hati sayalah nak terkencing ke tak. Awak peduli apa!” suara Nuraini sudah berubah garang. Tidak tahan lagi seperti di sindir sedikit demi sedikit oleh lelaki itu.
“Saya hanya tanya. Tak apalah kalau macam tu, saya balik dulu. Bye. Assalamualaikum,” ucap Zamri meninggalkan Nuraini keseorangan.

“Eh! Janganlah balik lagi. Dahlah saya sorang-sorang je kat kantin ni. Teman saya sekejap,” pinta Nuraini tiba-tiba menghalang dari lelaki itu pulang terlebih dahulu. Terbang habis egonya entah ke mana.
“Saya kena balik sekarang. Kerja sekolah saya banyak sangat. Petang ni ada latihan bola. Jumpa esok!” jerit Zamri yang sudah berjauhan dengan wanita itu. Sengaja dia mempercepatkan langkahnya.

Nuraini kematian kata. Kan dah melepas. Jual mahal sangat. Dah kena tinggal hidup-hidup kat sini. Sudahlah pelajar yang berada di kantin tadi sudah pun hilang. Hanya dirinya saja. Di pondok menunggu pula hanya segelintir saja yang tinggal.

“Macamlah aku dengan dia kelas lain-lain. Kerja sekolah banyak apanya, subjek akaun tu je pun. Nampak sangat menipu aku,” omel Nuraini sendirian. Dia mengambil keputusan untuk bergerak ke hadapan. Tidak sanggup untuk berseorangan di situ lagi.

Dalam perjalanan, dia mengukir senyuman lega. Kelibat kereta ayahnya muncul di hadapan pagar sekolah. Cepat-cepat dia melangkah menuju ke kereta itu dan mencapai pembuka di pintu kereta milik ayahnya.
“Kenapa ayah lambat sangat? Bosan tau Ain tunggu,” rungut Nuraini setelah tubuhnya di masukkan ke dalam perut kereta. Terasa sejuk di dalamnya dek penghawa dingin yang nyaman menggantikan panas yang melekit.

“Sorrylah sayang. Bukannya selalu ayah lambatkan. Ayah tetap ambil anak ayah juga,” Encik Nazman bersuara lembut bagi memujuk anaknya.
Nuraini sekadar mendengar pujukan itu. Sedangkan hatinya bukan mendengar, sebaliknya memikirkan kejadian tadi. Setiap saat cuba di imbas semula perbualannya dengan lelaki itu tadi.

Sejurus saja dia memarahi lelaki itu dengan nada yang sedikit tinggi, terus lelaki itu meninggalkannya. Merajukkah dia? Lelaki pun merajuk jugak ke? Takkan nak pujuk balik. Tak kuasa aku nak melayan! Nanti, buatnya kantoi dengan Suhaila, dia kata aku terhegeh-hegeh nakkan lelaki pula. Terutama sekali lelaki itu lelaki yang paling di bencinya buat masa ini.

Egonya sudah kembali hinggap di hatinya tetapi melihatkan tindakan lelaki itu, perasaannya sedikit tersentuh. Adakah ini namanya cinta? Oh tidak, tidak mungkin aku akan jatuh cinta dengan orang yang paling aku benci. Bukankah benci lawannya sayang?

No! No! No!. Sesekali aku tidak akan jatuh cinta. Aku masih belajar. Perjalananku masih lagi jauh. Aku tidak mahu terbabas di tengah jalan. Biar apa pun terjadi, dia tidak akan menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun pada masa terdekat ini. Paling utama, adalah pelajaran buatnya bagi meletakkan masa depan yang bakal datang kala usianya meningkat. Tekad Nuraini.

**continue bab 5



2 Comment:

Nana said...

ni novel awak reka sendiri ke?puitiss ayat..

GmEy said...

@Nana
member serumah tOlom ciptakan.. new nOvelis..~ xder di pasaran.. cipta khas tuk blog niy jer..^^

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!