Berikan Aku Cinta : Bab 5


BAB 5*

“Jom teman aku pergi library kejap,” ajak Nuraini ketika waktu rehat telah tiba. Niatnya untuk mencari buku rujukan matematik tambahan. Bukan dia tidak ada, sekadar rujukan tambahan dari buku-buku lain untuk dia mengulangkaji subjek itu memandangkan kertas itu semakin hampir.

“Aku laparlah. Jumpa dekat kantin je lah. Kau tak lapar ke?” soal Suhaila hairan bila Nuraini ‘terlebih rajin’ untuk ke pusat sumber. Sudah menjadi trend pelajar bila peperiksaan semakin hampir.

“Kalau aku lapar, aku tak ajaklah kau pergi library. Lapar tu lapar tapi aku nak pinjam buku kejap. Lepas tu, kita turunlah makan,” Nuraini masih tidak mahu mengalah. Tetap di ajak juga teman baiknya itu.

“Aku tunggu kat kantinlah. Tunggu kau pinjam buku macam beli buku. Lama sangat. Okay, bye!” ucap Suhaila terus berlalu tanpa menunggu sepatah dua kata dari Nuraini.
“Hish! Bertuah betul punya kawan. Teman aku kejap pun tak boleh. Aku bukan pergi proses kulit buku,” bebel Nuraini sendiri. Terus dia melangkah ke pusat sumber untuk kembali ke tujuan sebenarnya.

Dengan lafaz bismillah Nuraini melangkah masuk dengan kaki kanan ke dalam pusat sumber. Kelihatan ramai juga pelajar yang mengunjungi pusat sumber sekolah ini. Jika tidak, dia sendiri pun tidak tahu menahu kerana jarang ke gedung ilmu ini yang menjadi sumber utama buat pelajar sekolah di sini.

Nuraini melangkah cepat ke rak buku yang menempatkan buku-buku subjek matematik tambahan di mana semua subjek yang di terdapat di sekolah itu di tempatkan berasingan dengan buku-buku pengetahuan am yang lain. Setelah menjumpai, dia memulakan operasi mencari buku yang berkenan di hati dan cita rasanya.

Sedang sedap matanya melihat isi-isi di dalam buku yang sedang di pegangnya itu, matanya beralih secara tiba-tiba ke arah susuk tubuh yang cukup di kenali di matanya. Tubuh tegap dan tinggi lampai itu di amati dengan teliti. Memang sah lelaki yang di bencinya itu. Sedang asyik bersama buku juga sepertinya dalam keadaan berdiri sambil membelek buku itu di atas meja.

Hati Nuraini memaksa untuk bersua muka dengan lelaki itu gara-gara ingin menyampaikan hasrat tetapi egonya tetap berdiri teguh. Oleh kerana tidak mahu tertangguh lama, runtuh juga di rempuh simpati. Dia mula melangkah perlahan kepada lelaki itu secara diam.

“Err… awak…” ujar Nuraini terketar-ketar memulakan bicara.

Lelaki itu tetap membisu sambil tangannya setia membelek satu persatu setiap helaian muka surat yang menjadi santapan matanya.

“Awak boleh tolong saya tak?” Nuraini meminta pertolongan. Tidak tahu sama ada tindakannya ini betul atau tidak. Dia seakan keliru. Rasa benci pun ada, malu juga tidak terlepas.

“Hmm…” itu saja yang di balas lelaki itu. Sedikit pun tidak memandang wajah Nuraini untuk di tatap sepenuhnya.
“Saya nak pergi makan,” kata Zamri tiba-tiba pergi dari situ.

“Nanti!” entah bagaimana tangan Nuraini menyentuh lengan sasa lelaki itu menghalang daripada pergi. Mahu terjerit juga dia berkata begitu semata-mata terkejut dengan sikap lelaki itu seperti hilang mood saja memilih buku.
Sepantas yang boleh Nuraini menarik tangannya semula dari menyentuh lengan lelaki itu. Malu usah di bilang lagi, teramat malu jikalau adegan itu di saksikan oleh orang sekeliling yang berada di dalam pusat sumber itu. Sudahlah lelaki itu memakai baju berlengan pendak, lagi mudahlah dia tersentuh lelaki itu tanpa berlapik apa-apa.

“Awak nak apa sebenarnya?” soal Zamri penuh serius. Sedangkan, hatinya berbunga riang tatkala wanita itu seperti mahu menunduknya.

“Saya… saya nak awak tolong saya,” tergagap-gagap Nuraini meminta. Malunya kian menebal.
“Tolong apa?” balas Zamri tidak sabar ingin tahu.
“Tolong saya dalam subjek add math. Saya tak pandai. Exam kan dah nak dekat,” penuh lembut Nuraini meminta. Marahnya seolah-olah hilang entah ke mana gara-gara subjek itu menjadi kelemahannya.

“Tak apalah. Nak cakap pun macam tak sudi, buat apa minta tolong dari saya. Banyak lagi orang lain yang pandai add math dari saya,” ujar Zamri sengaja berkata begitu seperti merajuk. Dia mahu lihat sejauh mana rayuan wanita itu kepadanya.

“Bukan macam tu maksud saya sebelum cuma…” Nuraini kematian kata-kata. Sudah habis modal untuk dia bersuara. Perlukah dia berkata begitu di mana dia tidak melayan lelaki. Dia takut, kesudian lelaki itu untuk mengajarnya semakin nipis sedangkan banyak lagi pelajar perempuan yang lebih pandai subjek itu. Entah kenapa dirinya mahu lelaki di hadapannya kini menjadi tenaga pengajar kepada subjek yang dia lemah.

“Cuma sebelum ni saya tak biasa. Sebab tu saya tak selesa dengan lelaki,” alasan yang cukup ringkas bagi Nuraini. Tidak tahu sama ada ayatnya klise atau pun tidak.
“Kalau tak selesa dengan lelaki, kenapa nak suruh saya ajar? Banyak lagikan pelajar perempuan dalam kelas kita yang boleh bantu awak dalam subjek tu,” Zamri tetap begitu. Dia tidak mahu mengalah. Dia berdoa juga wanita itu tidak mahu mengalah begitu saja.

“Salah ke kalau saya suruh awak ajar saya? Kawan saya yang lain pun, tak berapa pandai jugak. Yang pandai pun, saya tak berapa rapat,” Nuraini tetap tidak mengalah. Sudah pelbagai pujukan dan alasan di beri. Tidak bersudah berdebat dengan lelaki itu.

Entah-entah, malu tahap dewa perempuan ni. Sampaikan aku juga yang menjadi pilihannya untuk di ajar subjek tu. Harap-harap, dia tersungkur di depan aku suatu hari nanti. Lagi cepat, lagi bagus dia mudah menjadi hak aku selamanya. Bisik hati Zamri seketika sambil tersenyum di dalam hati.
“Baiklah kalau macam tu, awak hanya beritahu pada saya bila awak free dan setkan tempat. Saya tidak kisah di mana. Di dalam sekolah boleh, di luar pun tidak masalah bagi saya,” ucap Zamri akhirnya memberi kata putus. Dia terpaksa mengalah dalam menjadi pengajar kepada wanita itu. Itu juga menandakan peluangnya semakin terbuka luas.

Nuraini tersenyum senang. Ada juga yang sudi mengajarnya subjek itu. Jika tidak, entah apalah yang bakal terjadi pada peperiksaan pertengahan tahun kali ini. Dia sudah serik untuk gagal. Kini, sudah tiba masanya untuk dia bangun semula dari kegagalan berterusan. Takut ianya terbawa-bawa semasa peperiksaan penting yang bakal menemui pelajar tingkatan lima pada hujung tahun ini.
“Thanks sebab sudi tolong,” ucap Nuraini sebelum lelaki itu mahu berlalu pergi.

Zamri sekadar tersenyum sambil mencapai buku yang ingin di pinjam dan beredar pergi dari situ dan menuju ke kaunter peminjaman. Dia hanya melihat lelaki itu hilang di sebalik pintu keluar pusat sumber sebelum kembali ke tujuan asalnya semula gara-gara tergantung dek pertemuannya dengan lelaki itu.

Setelah Nuraini mendapat buku yang mahu di pinjam, terus dia ke kaunter untuk meminjam. Usai saja, dia terus meninggalkan gedung ilmu itu dan menuju ke kantin pula. Sudah pasti sahabatnya ternanti-nanti kedatangannya. Kalau tidak pun, kena ceramah ringkas di waktu rehat yang hanya tinggal 10 minit saja lagi.

“Woi! Asal lambat? Selagi kita orang tak habis makan, selagi tu lah dia tak datang,” rungut Suhaila yang sejak dari tadi asyik menunggu kawannya meminjam buku di pusat sumber.

“Sorrylah girls. Aku tak tahu nak pilih buku mana tadi. Banyak sangat aku belek,” Nuraini sudah mula mengemukakan pelbagai alasan. Tangannya kini sedang menyeluk poket bajunya untuk mencapai duit membeli bahan makan.

“Belek buku ke, belek benda lain ni?” timbul kesangsian dari Faridah walaupun tidak dapat menafikan bahawa kawan baiknya itu memang lama dalam bab memilih buku. Belum masuk dalam membeli buku lagi.

Nuraini sekadar tersenyum sumbing. Entah kenapa hatinya berbunga riang di kala ini. Adakah perasaan itu yang di namakan cinta yang berputik? Mustahil pula dia boleh jatuh cinta pada lelaki itu iaitu bakal pengajarnya sendiri. Dia mula berlalu meninggalkan sahabatnya itu untuk membeli makan sebelum tempoh rehat tamat pada hari itu.

**continue bab 6



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!