Berikan Aku Cinta : Bab 6


BAB 6*

Zamri menunggu di sebuah restoran KFC di dalam Sungei Wang Plaza. Sudah hampir 30 minit dia menunggu Nuraini di situ tetapi masih belum muncul batang hidung wanita itu. Bosannya juga sudah sampai ke puncak. Ingin berlalu pergi, tidak sampai hati membiarkan wanita itu tidak di bantu dalam subjek yang susah seperti di war-warkan oleh sesetengah pelajar.

Ketika Zamri menyedut minuman Ice Lemon Tea di hadapannya, matanya terpaku pada seorang wanita yang terkocoh-kocoh menghampirinya dengan beg yang di sangkut pada bahu kirinya. Tangannya juga ada sebuah buku. Macam gaya nak ke sekolah pun ada, macam nak ke kelas tambahan pun ada. Zamri sekadar ketawa geli di dalam hati melihat telatah lucu wanita yang menjadi cinta hatinya.
“Maaf lambat,” ucap Nuraini ikhlas. Entah kenapa dia berasa bersalah dengan lelaki itu yang mungkin sudah lama menunggu kedatangannya.

“That why I very don’t like to teach someone outside the school. Especially, kena tunggu orang yang nak di ajar,” sinis saja suara Zamri menegur sambil menghirup air pepsi di dalam cawan plastik miliknya.
“Saya minta maaf banyak-banyak. Jalan jam tadi, tu yang saya lambat. Lagi pun ayah saya yang hantar tadi,” ujar Nuraini lemah menghadap muka ke lantai. Tidak berani memandang muka wajah lelaki di hadapannya yang sedang tegang saja di lihatnya.

Zamri sudah ketawa geli di dalam hati. Baiknya perempuan ni. Takkan lambat sikit sampaikan tunduk kat lelaki. Lambatlah berapa lama pun, aku tetap menunggumu cinta hatiku ini. Sempat lagi Zamri bermonolog dengan ayat cintanya di dalam hati.

Zamri mula bangun dari duduk dan menuju ke kaunter. Nuraini berpaling melihat gelagat lelaki itu yang tiba-tiba saja berlalu pergi. Ke manakah dia? Adakah dia mahu memesan makanan dan terus pulang? Oh tidak, subjek tu macam mana? Siapa nak mengajar dia kalau bukan lelaki itu? Hati Nuraini tidak keruan buat sementara. Dia sekadar berdiam diri sehingga lelaki itu pulang ke meja.

Zamri memegang dua cawan di tangannya. Sampai di meja, di letakkan satu di hadapan wanita itu sambil melabuhkan punggung semula di kerusi serta menyedut minuman di dalam cawan itu. Nuraini melihat pelik. Minum air lagi? Dahaga sangat ke tunggu aku sampai dua cawan yang di pesan? Rasa simpati mula bertamu di hati wanitanya.
“Awak beli air kat saya?” penuh sopan Nuraini bertanya.
“Yup! Krushers Yogurt Blueberry Blast flavor. Try this. Maybe you will like it, don’t you?” pelawa Zamri.

Nuraini teragak-agak untuk mengambil lalu di gagahkan juga untuk menyedut jenis minuman yang di sebut lelaki itu. Sedap! Itu saja komen yang mampu dia beri setelah mencuba. Tidak tahu pula restoran francais ini menyediakan minuman sebegini rupa. Kuno betul! Buat malu kat orang je. Orang dah sampai Paris, dia baru nak beli tiket flight.
“Should we start now?” tanya Zamri inginkan kepastian bila tujuan mereka berdua untuk ke sini sudah lama berkubur dari tadi tanpa melakukan apa-apa.

Nuraini sekadar mengangguk setuju. Sambil membelek ke muka surat di mana tajuk yang kurang faham berada, dia menjeling sesekali ke wajah lelaki itu. Tidak kurang kacaknya dan tiada cacat celanya. Semuanya sempurna dan sederhana. Pakaiannya juga tidak melambangkan kekayaan dan kepapaan. Sedap mata memandang kata orang.
“Bab mana yang awak tak faham?” soal Zamri memandang wajah wanita itu ingin kepastian.

“Bab 5 form 5,” jawab Nuraini ringkas.
Zamri mencapai buku di dalam begnya dan di keluarkan buku rujukan matematik tambahan tingkatan lima. Kemudian, dia memulakan pengajaran agar Nuraini lebih memahami hukum log. Pada mulanya, dia sendiri juga pening memikirkan apabila berhadapan dengan pelbagai soalan dari bab itu. Lama kelamaan, dia cuba untuk menguasainya.
Nuraini mendengar teliti setiap prospektus dari Zamri agar dia lebih memahami tajuk berkenaan. Apa yang perlu di ingatkan, dia mencatit di atas buku nota bersama latihan supaya dapat dia mengingati sampai bila-bila sebagai rujukan tambahan.

“Awak faham tak apa yang saya terangkan tadi?” soal Zamri setelah habis memberi keterangan lanjut tentang bab itu.
“Faham. Faham sikit walaupun tak banyak,” ujar Nuraini jujur.
Zamri sekadar mengeluh halus. Dia cuba untuk berfikiran positif meski pun panjang lebar dia menerangkan dengan lebih nyata tadi. Faham sikit lebih baik daripada tak faham langsung. Itulah yang sentiasa menjadi prinsip dalam belajar buat Zamri.

“Bab yang mana lagi awak tak faham?” soal Zamri lagi untuk memberi penjelasan seterusnya.
“Banyak juga tapi saya tak tahu yang mana satu. Saya bukannya pandai sangat add math ni,” kata Nuraini sedikit pening.
“Awak tengok dulu bab mana yang awak tak faham, lepas tu tanya saya which part and I will try explain to you,” kata Zamri sebelum bangun semula dari duduk dan berlalu pergi menuju ke kaunter.
Mamat ni, asyik speaking dengan aku pulak. Pergi macam tu je. Perut aku dah mula lapar dah ni. Dari pagi tadi tak makan apa. Bebel Nuraini di dalam hati.

Zamri kembali dengan dulang berisikan makanan di atasnya. Nuraini sekadar melihat perbuatan Zamri yang kembali duduk dan meletakkan pinggan yang ada di atas dulang itu, di atas meja. Usai saja, dulang di letakkan di meja sebelah agar tidak memakan ruang di meja mereka berdua yang kecil saja.

“Makanlah dulu. Awak mesti laparkan,” pelawa Zamri menolak pinggan berisikan dua ketul ayam kepada Nuraini. Termasuk secawan air pepsi.
“Awak tak kisah ke belanja saya?” entah kenapa soalan yang begitu bodoh di soalnya kepada lelaki itu.

“Kalau saya kisah, tak adalah saya beri awak makan. Dah nama pun saya belanja, jadi saya tak kisah,” terang Zamri ringkas moga Nuraini memahami dengan niatnya.

Nuraini sekadar tersenyum kecil. Tidak tahu sama ada ikhlas atau pun tidak. Dia keliru dengan sikap lelaki ini sesekali. Ada kalanya, menyakitkan dan ada kalanya menyenangkan. Terutama sekali baginya bila wajah itu sedap mata memandang jika di lihat dengan teliti.
Sekali pandang, kacak. Dua kali pandang, naik menyampah. Tiga kali pandang bersertakan sikap baik hatinya, semua yang jahat di ketepikan dan di ganti dengan rasa senang di hati. Ingin sekali bercinta dengan lelaki sebaik ini jika inilah yang di sangkakan. Tetapi sayang, dia harus menolak tepi perasaan itu agar pembelajarannya tidak terganggu.
“Kenapa awak tenung saya macam tu, macam dah lapar sangat saya tengok,” usik Zamri ketawa kecil.

“Tak adalah. Mana ada,” ujar Nuraini berselindung sambil tersenyum malu. Mahu merah pendam mukanya kerana di sedari oleh lelaki itu atas perbuatannya yang tanpa segan silu merenung tajam ke arahnya.
“Atau awak teringat dekat boyfriend awak kot,” duga Zamri sengaja.
“Eh! Saya mana ada teman lelaki. Saya tak berapa minat,” kata Nuraini sejujurnya. Dia berkata begitu pun, moga lelaki itu juga tidak mempunyai niat yang sama untuk memilikinya sebagai teman wanita suatu hari nanti.

Zamri sekadar mengangguk faham. Tidak membalas sebarang jawapan atau komen pun dengan alasan wanita itu. Di dalam fikirannya hanyalah wanita itu bakal menjadi hak multaknya. Malas mahu berdebat, dia meneruskan suapan ayam goreng ke dalam mulutnya.
Nuraini juga begitu. Tiada patah bicara untuk modal berkata. Dia hanya memandang kosong ke dalam pinggan berisikan dua ketul ayam itu sambil menyuap hanya beberapa kali. Seperti tiada selera lagaknya. Matanya juga tidak terlepas untuk melihat wajah jejaka itu di hadapannya. Mereka sekadar diam seribu bahasa sehinggalah mereka menyambung semula perbincangan antara satu sama lain usai saja habis menjamah makanan.

**continue bab 7



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!