Berikan Aku Cinta : Bab 7



BAB 7*

“Macam mana exam add math tadi, okey tak?” soal Suhaila sebaik saja tamat peperiksaan subjek Matematik Tambahan di luar kelas. Mereka berdua menghampiri beg masing-masing yang di letakkan di luar kelas. Ramai pelajar yang sedang mengemas dan meletakkan kembali alat tulis yang telah di gunakan tadi semasa peperiksaan. Tidak kurang juga yang membawa masuk semula beg dan di letakkan di kerusi semula di mana tempat mereka mengambil ujian tadi.

Selesai saja Nuraini dan Suhaila berbuat begitu seperti pelajar yang lain, mereka berdua bergegas ke kantin memandangkan waktu rehat telah tiba. Ramai pelajar tahap dua di kantin ketika itu. Ada yang sibuk membeli makanan dek terlalu lapar. Mungkin dari pagi tadi tidak menjamah sebarang makanan gara-gara mengulang kaji pelajaran untuk kertas pagi tadi. Sudah masak sangat dengan pelajar zaman sekarang. Nuraini juga turut tidak terlepas dalam kategori itu. Saat-saat akhir barulah dia mula melihat apa yang patut sebelum peperiksaan bermula.

Sedang asyik mereka berdua menjamah makanan, mereka di datangi seseorang lalu menyapa mereka berdua. Nuraini dan Suhaila berkalih melihat empunya suara.
“Awak, awak buat apa kat sini? Tak makan?” mesra saja Nuraini membalas tatkala melihat wajah itu ada di depan matanya.

“Baru je habis makan dengan kawan saya tadi. Sekarang saya nak ke library pulak,” kata Zamri memberitahu.
“Rajin betul awak pergi library. Awak tak bosan ke?” entah bagaimana soalan begitu muncul di bibir Nuraini. Seolah-olah, benci amat dia pada gedung ilmu itu walhal, di situ jugalah dia meminjam buku.

“Buat apa saya nak bosan. Dah itu tugas saya sebagai pengawas pusat sumber. Sebab saya suka sangat kerja bersama ilmu,” penuh makna Zamri bertutur sambil tersenyum manis. Ada ketawa kecil di sertakan kerana wanita itu tidak tahu bahawa dia adalah pengawas di gedung ilmu itu.

Dia pengawas kat situ rupanya. Kenapa pakaian dia tak nampak macam pengawas kat sana pun? Hari-hari pakai baju putih lengan panjang je. Bukan ada warna rasmi ke untuk setiap pengawas yang ada di sekolah ini? Pelik sangat-sangat. Patutlah tak lekang lelaki itu pakai baju lengan panjang. Sesekali, tampak segak dengan tubuh tegapnya itu. Getus Nuraini sekadar di dalam hati.
“Awak tak cakap kat saya pun yang awak pengawas kat situ,” Nuraini merungut kecil. Suhaila pula sudah mengangkat kening tanda tidak mengerti. Asal pulak minah ni tau tahu semua pasal budak ni? Omel Suhaila sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.

“Dah awak sombong sangat sebelum ni. Bila saya pandang je, muka awak macam nak telan saya je. Takut saya tengok. Mana tahu, jadi dinner set awak kan,” seloroh Zamri di akhir kata.

Nuraini sudah pun tergelak dengan jenaka lelaki itu. Masih sempat di kawal lagi takut ketawanya itu menjadi tontotan umum di khayalak ramai yang berada di kantin sekolah. Zamri sudah pun tersenyum senang bila wanita itu ketawa kerananya. Cuma perlu tunggu hati itu berbunga kerana cinta saja sebelum dia memetik untuk di jadikan suri hidupnya.

Mahu saja sudu yang di pegang Suhaila, terendam dalam kuah bihun sup miliknya. Nuraini kelihatan semakin berani melayan lelaki ini. Semakin selesa dan semakin mesra. Adakah ini petanda yang baik dalam jodoh mereka berdua?
“Awak ni kelakarlah Zam. Awak pun, asyik renung saya je. Saya tak berapa selesa sangat. Sebab tak biasa dengan lelaki,” tutur Nuraini sebetulnya.

“Jangan takut sangat. Saya tak makan orang. Sekarang, awak kena selesa dengan saya sebab sayakan dah jadi cikgu awak,” ujar Zamri lagi. Ingin saja dia menyambung, “dan cinta hati awak”. Tapi, masa masih belum sesuai. Dia perlu menanam lagi rasa cinta itu ke dalam hati wanita itu dengan layanan yang lebih mesra.

“Awak tak nak pergi bertugas ke? Nanti lewat pulak,” ujar Nuraini memandang jam di tangannya yang sudah pun menunjukkan 10.45 pagi. Waktu rehat tamat bagi tahap dua iaitu tingkatan 4 dan 5 ialah 11.00 pagi.
“Lupa pulak. Saya pergi dululah kalau macam tu. See you in class,” ucap Zamri sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua yang masih lagi belum habis menjamah makanan. Nuraini pula melambaikan tangan ke arah lelaki itu. Dia tersenyum sendirian bila kembali menyuakan sudu ke mulutnya menyambung penyuapan yang tergantung sebentar tadi.

“Amboi… senyum. Sampai 3 sudu pun muat dalam mulut kau tu tau. Ajar add math sikit, layan macam putera raja dari istana buruk aku tengok,” sinis saja suara Suhaila memerli.
“Takkan cemburu kot,” komen Nuraini bila mendengar bebelan dari Suhaila itu yang sedang menghabiskan sisa makanannya yang terakhir.

“Bukan cemburu tapi syukur alhamdulillah kau dapat terima dia. Sebelum ni, bukan main lagi kau benci dia. Mamat lurus bendullah, hidup kau tak amanlah lepas dia kacau kau. sekarang, tengoklah. Macam orang baru dapat laki tau,” sambung Suhaila dengan celotehnya itu.
“Ayat ikhlas ke tidak ni?” soal balik Nuraini sekadar menduga hati sahabatnya.

“Ikhlas kat mulutnya je lah. Kalau hati, susah aku nak cakap,” jelas Suhaila seolah tidak berminat mengolah panjang tentang itu.
“Kau jugakkan suruh aku berbaik dengan dia, sekarang lain pula ceritanya,” kata Nuraini membalik kepada suruhan dari sahabatnya itu sebelum ini.

“Aku tahu suruh berbaik dengan dia tapi jangan sampai jatuh cinta. Kau jugakan cakap kau takkan jatuh cinta dan bercinta selagi tak habis pelajaran. Kita baru je nak ambil SPM. Cara layanan kau tu, memelikkan aku sampai semesra begitu sekali. Aku tak nak kau tertunduk dengan cara yang kau tunjukkan sekarang ni,” terang Suhaila tujuan sebenarnya agar mereka berdua berbaik daripada bergaduh bak anak kecil.

“Mustahillah aku nak jatuh cinta dengan dia. Lagi pun, dia just ajar aku subjek add math je. Kau pun tahukan hal tu,” tutur Nuraini masih dalam membela dirinya lagi.
“Tak mustahil kau akan jatuh cinta dengan dia! Sebab aku berani jamin. Kau jumpa dia pun dah kerap. Hati kau tu tetap akan terasa. Kau tu normal, bukannya songsang. Kalau taman tu dah di siram dengan air hari-hari, mesti jadi cantik dan subur. Sama macam hati kita ni. Setiap hari di siram dengan air lelaki, mesti berbunga. Lagi segar, lagi cepat proses kau akan jatuh cinta dengan dia,” kata Suhaila lagi menyambung nasihatnya.

“Kau jangan risau. Aku akan cuba pegang dengan prinsip aku dulu. Tapi, sebab dah tuntutan belajar, aku terpaksa ambil dia jadi pengajar aku. Jadi, aku akan cuba kawal perasaan aku ni untuk jatuh cinta dengan dia,” Nuraini memberi sedikit jaminan. Hanya untuk menutup kebimbangan di hati Suhaila dari terus menerus takut dia akan tumbang dalam dunia lain.

“Cubalah kawal Ain ooii… kalau si Zam tu sekali simbah dengan air, kau jangan pendam perasaan tu pulak. Aku takut merana jadinya. Terima je lah kalau hati dah mahu. Aku tak nak halang. Itu hati kau punya cerita. Aku cuba ingatkan prinsip kau dulu. Aku tak nak kau kecewa sebab cinta. Nanti, study ke mana. Kau ke mana,” penuh makna ayat permulaaan Suhaila dalam mengingatkan sahabatnya. Dia mula bangun dari duduk untuk meletakkan mangkuk di dalam besen besar yang di sediakan di kantin itu untuk pelajar yang sudah menjamah makanan.

Loceng berbunyi tanda waktu rehat telah tamat. Semua pelajar meluru masuk ke kelas masing-masing untuk menyambung pengajaran dan pembelajaran di sesi yang seterusnya.

Nuraini pula hilang tumpuan saat cikgu mula mengajar di hadapan di dalam kelas. Mindanya ligat memikirkan kata-kata Suhaila tadi di kantin. Nuraini menghela nafas perlahan-lahan cubaan dalam menenangkan dirinya yang sedang serabut di kepala. Matanya terarah pada susuk tubuh di meja hadapan yang cukup dia kenali.

Tubuh itu milik seorang lelaki yang bernama Zamri. Adakah dia bakal jatuh cinta dengan lelaki itu gara-gara jejaka itu menjadi tenaga pengajarnya di dalam subjek yang dia lemah menguasai? Adakah sekadar pertemuaannya melibatkan akademik menjadi rasa cinta di hati? Dia sendiri pun tidak pasti kerana ianya baru saja permulaan.

Melihatkan cara percakapan Suhaila tadi di sertakan berani jamin bahawa dia akan jatuh cinta dengan lelaki itu, dia sendiri menjadi takut. Dia tidak mahu rasa takut itu membuatkan dia terpaksa berjauhan semula dengan lelaki itu dek tidak mahu hatinya terpikat. Bagaimana pula soal perlajaran? Dia tidak mahu tergantung begitu saja. Peperiksaan penting masih belum kunjung tiba. Nuraini akhirnya buntu. Di buangnya jauh-jauh dan kembali fokus pada penerangan di hadapan.

**continue bab 8



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!