Berikan Aku Cinta : Bab 8


BAB 8*

Nuraini menunggu kedatangan ayahnya di pondok hadapan pagar sekolah. Berdekatan dengan pondok pengawal menjadikan tempat itu selamat dari sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku. Ketika itu, sudah ramai pelajar yang sudah pulang. Hanya segelintir saja yang tinggil bersamanya di situ. Kesemuanya hanyalah pelajar perempuan. Kawasan di situ pula, sunyi saja tanpa sebarang kereta yang lalu-lalang. Hanya waktu tertentu saja di mana bunyi kereta agak hingar-bingar membuatkan asap hitam berterbangan merata tempat.

Sedang Nuraini asyik melihat sekeliling kawasan, dia di sapa dari tepi dengan salam di hulurkan.
“Waalaikummusalam. Eh! Awak Zam. Awak tak balik lagi?” soal Nuraini bila kehadiran lelaki itu mengejutkan di waktu sekolah sudah tamat.

“Belum. Jumpa kawan kejap tadi,” ujar Zamri duduk di sisi Nuraini. Sengaja dia membuat pertemuan dengan sahabatnya agar dapat melihat bahawa wanita itu sudah pun pulang atau pun tidak.

Bila melihat cinta hatinya itu masih belum pulang, di pendekkan lagi masa pertemuan dengan sahabatnya itu. Itu pun, sekadar berbincang tentang perlawanan bola sepak antara kelas tingkatan lima yang bakal di adakan tidak lama lagi. Selepas ini, harus meninggalkan perkara itu semua gara-gara peperiksaan penting semakin dekat. Jika mengikut perancangan, dia harus bersiap sedia 6 atau 7 bulan sebelum tarikh keramat itu. Sekarang, bulan 4 hampir tamat. Bulan 5 pula hampir menjelma.

Nuraini melihat lelaki itu mula diam tanpa berbicara untuk menghilangkan kesunyian di antara mereka. Sesekali, di pandang pemandangan di hadapan. Hanya sebatang jalan yang jarang di gunakan oleh kenderaan untuk lalu-lalang. Hanya melalui jalan ini untuk mengambil dan menghantar anak-anak mereka untuk ke sekolah. Bukanlah jalan utama ke pusat Bandar dan seumpamanya.
“Awak…” Zamri bersuara memecahkan kesunyian antara mereka. Mungkin ada topik yang ingin di bicarakan dek kebosanan yang melanda.

“Hmmm…” sahut Nuraini berkalih pada lelaki itu sambil menunggu butir bicara seterusnya. Matanya tidak lekang dari memandang wajah jejaka kacak yang agak kacak pada pandangan matanya.
“Awak tak menaruh hati pada mana-mana lelaki ke dalam kelas kita tu?” soal Zamri giliran dia pula berkalih melihat Nuraini untuk mendengar jawapan dari mulut wanita itu sendiri.
“Entah! No komen,” jawab Nuraini selamba berpaling pada arah lain tanda malas. Tiba-tiba saja lelaki itu membangkitkan isu itu pada waktu begini.

“Atau awak dah berpunya?” Zamri tetap meneruskan sesi soal jawab. Kali ini, dia ingin tahu siapakah lelaki bertuah yang berjaya mengisi hati wanita itu darinya.

“Tak. Saya masih keseorangan dan tidak punya apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Sebab saya tak minat nak bercinta sedang belajar,” agak sinis kenyataan yang di keluarkan Nuraini bagi menjelaskan punca dia tidak mahu bercinta.
“Atau alasan itu awak gunakan kerana awak ada mencintai seseorang dalam diam?” tanya Zamri masih tidak berpuas hati.

“Buat apa saya mencintai seseorang dalam diam? Baik saya beritahu satu dunia yang saya cintakan dia. Kalau saya sorok pun, itu hak saya,” begitu bijak Nuraini menyusun ayat. Dia tetap melayan dan sabar saja melayan lelaki yang mula tumbuh bendulnya.
“Setakat ini, awak tak menyimpan perasaan dekat saya ataupun mencintai saya?” terus-menerus Zamri bertanyakan tanpa berselindung lagi.

“Hah? Mencintai awak? Saya dengan awak hanya kawan dan mungkin agak mustahil untuk saya jatuh cinta pada awak iaitu cikgu saya sendiri,” ujar Nuraini menyangkal sehabis tentang itu.
“Kalau saya kata, saya mencintai awak? Awak sudi untuk cintakan saya?” tanya Zamri memendekkan cerita.

Apa jenis soalan yang di tanya aku ni. Getus hati Nuraini pelik. Adakah lelaki itu memang benar mencintainya atau sekadar cinta di mulut? Hakikatnya, perempuan keliling pinggang atau sekadar memainkan perasaan yang lemah sepertinya.

“Macam mana saya nak cintakan awak kalau rasa itu tak pernah ada dalam hati saya? Kan saya dah kata yang saya takkan cintakan sesiapa selagi masih belajar. Benda itu, nothing for me at this moment,” tegas kata-kata akhir Nuraini sebelum mengangkat punggung bila kelibat kereta ayahnya sudah sampai.
“Tapi saya cintakan awak,” luah Zamri seikhlasnya. Mujur saja tiada sesiapa di pondok menunggu itu yang menjadi saksi luahan hati kepada wanita itu.

“Sorry Zam. Jangan kerana ungkapan itu, satu subjek dalam SPM saya gagal,” penuh makna Nuraini melafaz sebelum melangkah ke dalam perut kereta milik ayahnya.

Encik Nazman yang melihat seorang lelaki yang sedang menghampiri keretanya, hanya mampu tersenyum manis. Seperti ingin mengatakan sesuatu kepada anak perempuannya bila anak daranya itu mempercepatkan langkah ke dalam kereta. Hatinya di kala itu, sudah dapat meneka apakah yang sedang berlaku itu.
“Apa yang Ain dengan lelaki tadi bincangkan? Macam penting je ayah tengok,” ujar Encik Nazman ingin tahu.
“Tak adalah ayah. Pasal study. Bukan benda lain pun,” bagaikan malas Nuraini mahu menjawab.

Encik Nazman sekadar sekilas pandang ke arah anak perempuannya. Mengikut gaya muka, seperti orang yang menghadapi masalah besar. Keruh saja mukanya dan kelihatan bosan sama sekali untuk menjawab soalannya tadi. Ikhlas atau tidak, dia sendiri pun tidak tahu. Apa yang pasti, seperti lelaki itu meluahkan sesuatu pada anak perempuannya. Apakah itu? Encik Nazman mahu tergelak kecil. Cara orang muda bercinta zaman sekarang. Macam-macam ada!

Nuraini menghempaskan tubuhnya di atas katil. Hilang sudah bebannya di sekolah bila tubuh bertemu tilam di waktu petang ini menjadikan dirinya ingin lena dan berehat panjang. Tapi, apakan daya bila mindanya menangkap kata-kata yang di ucapkan oleh Zamri tadi.

Benarkah Zamri mencintainya? Atau hanya mimpi semata-mata yang didengari tadi? Dia di cintai oleh lelaki kacak meski pun bukanlah kegilaan ramai wanita di sekolah itu. Mungkin pada pandangan matanya saja kacak. Lain orang, lain pendapatnya. Hati lelaki itu baik dan sopan tetapi sayang sekali, dia tidak mampu untuk belajar mencintai kepada sang adam gara-gara berpegang janji dan masih lagi dalam usia belajar.
Perlukah dia membalas cinta lelaki itu? Perlukah dia mencintai lelaki itu untuk ketika ini? Dia sendiri keliru dengan keputusannya. Bila tolak, rasa bersalah. Bila terima, takut menyesal kemudian hari. Semuanya jadi takut untuk menerima takdir yang telah menentukan dan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Ya Allah, apakah yang harus ku lakukan sekarang? Menerima atau pun tidak? Aku keliru dan buntu. Semua pilihan memberi kesan yang mendalam jauh ke lubuk hati miliknya. Berjayakah cintanya bersama lelaki itu? Sehingga ke gerbang perkahwinan dan alam bahagia seperti orang lain juga? Itu semua kerja Allah. Dia tidak mahu melawan dengan apa yang bakal berlaku terhadap dirinya nanti. Dia harus redha.
Tidak! Aku harus berpegang pada janji. Sesekali aku tidak akan melanggarnya. Aku tidak boleh cintakan mana-mana lelaki buat masa ini. Pelajaran mesti di utamankan terlebih dahulu. Jika tidak, dia akan terkeluar dari landasan sebenar. Dia akan cuba sedaya-upaya untuk menafikan dan mengawal hatinya dari mencintai dan di cintai.

Nuraini mula bangun dari pembaringan. Dia ingin membersihkan diri untuk menyegarkan tubuh badan yang masih melekit dek cuaca yang panas terik sejak akhir-akhir ini. Kemudian, barulah dia mahu mengisi perutnya dengan makan tengah hari yang di masak ibunya yang baru saja pulang dari sekolah sejurus saja dia dan ayahnya sampai ke rumah.
Sekarang, barulah kepalanya ringan dari memikirkan perihal itu lagi. Dia mahu bebas. Bebas dari sebarang percintaan yang melalaikan.

**continue bab 9



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!