Berikan Aku Cinta : Bab 10


BAB 10*


“Awak… tolong ajar saya Permutations and Combinations. Saya tak berapa faham,” pinta Nuraini ketika dia berjumpa lelaki itu waktu rehat dan sedang makan bersama sahabatnya di satu meja dalam satu kelompok.
Zamri berkalih. Sedikit sebanyak patah moodnya untuk menjamu selera di waktu rehat ketika harinya bukan untuk bertugas di pusat sumber. Dia melihat wajah itu penuh kasihan bila wanita itu meminta pertolongan dalam soal pelajaran. Dia tidak boleh kedekut ilmu. Dengan pemberian ilmu pada oranglah membuatkan ilmu padanya bertambah secara tidak langsung. Dia juga ingin melihat orang lain berjaya. Tidak padanya seorang. Tidak terkecuali cinta hatinya itu.

“Boleh. Tak ada masalah. Awak nak saya ajar dekat sekolah atau pun luar? Saya ikut je,” ujar Zamri memberi kata persetujuan.
“Kalau dekat luar, boleh awak ajar saya lama sikit. Awak free ke hujung minggu ni?” soal Nuraini pula tentang jadual lelaki itu pada waktu cuti. Jika boleh, dia tidak mahu menganggu rehat lelaki itu sehinggakan terjejasnya kesihatan jejaka di mana tenaga pengajarnya juga.
“Saya sentiasa free untuk saya ajar awak. Nanti awak set tempat dan timing bila nak buat. Jumaat ni awak beritahu saya, boleh?” ujar Zamri tidak kisah wanita itu menganggunya di waktu hujung minggu. Dia pula, sehari tidak bersua muka untuk melihat wajah comel itu, menjadikan hatinya sedikit gelisah. Jiwanya berkocak tidak tenang.
“Okay. Nanti saya beritahu awak. Saya pergi dulu. Jumpa di kelas,” kata Nuraini memohon diri untuk beredar. Lagi lama dia berada di situ, lebih banyak mata-mata yang memandang mereka berdua. Terutama sekali lelaki yang berada di sekeliling Zamri. Mungkin sahabatnya dari kelas yang lain dan juga kelasnya.

“Cantik awek kau Zam. Bukan nak pass dekat aku!” perli Hafizuddin dengan senyuman nakal.
“Banyaklah kau. She is mine okay. Langkah mayat aku dulu kalau kau nak dia,” tegas Zamri berkata-kata. Sesekali dia tidak akan biarkan orang lain mengambil Nuraini sebagai suri di hati.
“Nak langkah mayat macam mana, kau pun tak mati lagi,” perli Hafizuddin lagi tergelak terbahak-bahak dengan kata-kata sinisnya. Sahabatnya yang lain pun turut tidak terkecuali dalam ketawa akan jenaka itu. Hanya Shahrul saja tersenyum kecil sambil menggeleng bila melihat gelagat kawan sekaribnya menyakat Zamri secukup-cukupnya.
Zamri tetap meneruskan suapan. Malas mahu melayan sindiran panas yang di lemparkan oleh Hafizuddin iaitu sahabat baiknya juga cuma kelas saja yang berbeza.

“Relakslah Zam. Din bergurau je tu. Tak payah ambil hati sangatlah. Dia usik je tu,” Shahrul cuba memahamkan Zamri supaya tidak semena-mena amarah sahabatnya tidak melonjak naik tanpa kawalan. Begitulah sikap Hafizuddin. Bab sakat-menyakat dengan ayat pedasnya itu, tidak usah bilang. Memang pandai.
Zamri sekadar mengangguk lemah sambil tersenyum kecil. Senyuman yang hanya melegakan hati Shahrul saja sedangkan hatinya sedikit terhiris. Tidaklah terlalu banyak. Jika tidak, sudah melayang penumbuknya di muka Hafizuddin itu jikalau hilang kawalan kemarahannya dengan kata-kata sinis itu.
Selesai saja Zamri menghabiskan nasi lemak di dalam pinggannya, dia terus berlalu meninggalkan kawannya yang lain yang masih lagi rancank berbual. Shahrul yang berada di sebelahnya tadi, menoleh ke arah langkah Zamri pergi begitu saja.

“Asal Zam tu, merajuk ke?” soal Hafizuddin tiba-tiba bersuara ketika melihatkan Shahrul lama melihat pergerakan Zamri pergi dari situ sejak dari tadi.
“Entah. Nantilah aku tanya dia,” ringkas saja balasan Shahrul meneguk sisa air di dalam gelas plastic miliknya.
“Aku tak ada niat pun. Kau tahukan perangai aku macam mana. Sekadar usik,” kata Hafizuddin seikhlas hati. Sesiapa yang mengenalinya, lebih kenal bagaimana sikapnya yang lepas cakap tanpa berlapik. Itu pun, cuba di kawal bahasanya agar tiada sesiapa yang terasa.
Shahrul mengangguk faham. Dia yang sudah masak dengan perangai sahabatnya itu, tidak perlu memberi apa-apa komen. Setiap persahabatan, perlu ada tolak ansur dan memahami antara satu sama lain. Tahu kelemahan dan kekurangan pada setiap seorang manusia yang di jadikan sahabat.

Dia mencari kelibat Zamri keliling kantin. Lesap entah ke mana. Hafizuddin juga begitu. Matanya memandang setiap sudut mencari sahabat baiknya itu. Tiada pada pandangan mata lalu berkalih pada Shahrul pula. Hanya mengangkat bahu saja dia mampu kerana tidak tahu ke manakah si Zamri menghilang.

Zamri membuka langkah seribu menaiki anak tangga menuju ke pusat sumber di tingkat 3. Sesudah sampai, dia melangkah masuk tanpa berfikir panjang lagi meski pun dia tidak bertugas pada hari itu. Dia terpaksa pergi begitu saja tanpa memberitahu kawannya yang lain. Mengekalkan diri situ bagaikan menghiris lukanya sedikit demi sedikit. Dia tahu niat Hafizuddin hanya mengusik tetapi entah kenapa kenyataan itu terlalu menusuk sehingga dia terasa tercabar.
Terutama sekali bila Hafizuddin menyatakan seperti mahu merampas Nuraini darinya. Sedangkan hatinya meronta inginkan wanita itu sehingga menjadi milik mutlaknya suatu hari nanti. Biarlah wanita itu mengambil masa terlalu lama pun untuk belajar mencintainya, janji, wanita itu harus di sisinya setelah mereka berdua berada dalam ikatan yang sah.

“Zam, awak tak sihat ke? Muram je ustazah tengok,” sapa seorang wanita berusia 30-an dari depan kaunter. Zamri mengangkat muka bila ada satu suara menegurnya. Dia yang hanya berdiam diri di kaunter peminjam dan pemulangan buku, sekadar termenung ke arah ruang gedung ilmu itu yang kian surut dengan pengunjung.
“Tak adalah ustazah. Saya sihat je cuma penat sikit hari ni,” sempat lagi Zamri beralasan. Dia tidak mahu berkongsi kisah cintanya itu dengan guru-guru yang ada di sini. Jelas sangat dia seperti terdesak dalam menjalinkan hubungan awal dengan seorang wanita yang dia cintai sepenuh hati.

“Penat lain je ustazah tengok hari ni. Zam ada masalah lain ke?” soal Ustazah Suzana lagi ingin tahu. Dia tidak mahu anak-anak didiknya terbiasa dengan keadaan sebegini. Nanti pelajaran ke mana, semua ke mana. Termasuk tugas-tugas di dalam gedung ilmu itu. paling penting, pelajaran di utamakan dahulu. Untuk bagi pelajar PMR & SPM, dia tidak memberi bebenan kepada pelajar-pelajar peperiksaan agar mereka semua dapat menumpukan sepenuhnya pada perkara yang lebih penting.

“Tak adalah ustazah. Saya okey je,” Zamri sudah tidak tahu alasan mana lagi yang boleh di terima oleh gurunya itu yang pernah mengajarnya subjek Pendidikan Islam di tingkatan 4.
“Kalau awak tak keberatan, bolehlah cerita dekat ustazah. Itu pun kalau awak tak kisah. Hidup ni, tak lengkap kalau tak ada masalah. Orang kata apa, macam tak mencabar hidup ni kalau kita tak hadapi masalah. Dengan masalah tulah kita belajar sesuatu. Kalau tak, mesti kita akan berada di takuk yang sama saja,” nasihat Ustazah Suzana serba-sedikit.
“Saya tahu ustazah tapi saya tak tahu nak selesaikan macam mana. Buat pun salah, tak buat pun salah. Saya jadi keliru dengan keputusan saya sendiri,” adu Zamri tentang keputusan yang ingin di buat oleh dirinya sendiri.

“Biasalah tu. Mainan syaitan je semua tu nak kelirukan kita. Akhir sekali, dia suruh kita buat keputusan yang di mana kita sendiri yang menerima padahnya. Sebab tu kena buat keputusan betul-betul. Tanya pendapat dari orang lebih di percayai. Buat keputusan dan sendiri fikir, apa akan jadi kalau kita buat sesuatu keputusan tersebut. Kalau positif yang kita dapat, teruskan. Kalau sebaliknya, lebih baik jangan dan pilih yang terbaik untuk kita,” sambung Ustazah Suzana lagi dengan nasihat buat Zamri tanpa putus.

“Baiklah ustazah. Saya akan cuba yang terbaik. Apa-apa pun, ustazah doakanlah untuk saya dalam apa jua keadaan sekali pun,” balas Zamri menutup bicara mereka berdua sebelum loceng tamat rehat berbunyi dering tepat jam 11 pagi.

**continue bab 11




0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!