Berikan Aku Cinta : Bab 12


BAB 12*


“Macam mana paper add math tadi? Boleh jawab tak?” tanya Suhaila sebaik saja mereka keluar dari kelas setelah tamat menjawab berserta pelajar-pelajar yang lain. Ketika itu, waktu rehat bermula dan selepas itu, masih ada lagi kertas peperiksaan yang mereka perlu hadiri untuk hari ini sebelum pulang.

“Entahlah. Aku pun jadi keliru. Okey atau tak je aku rasa. Macam tak yakin sangat jawab tadi,” Nuraini menjawab dengan rasa ragu-ragu. Dia sendiri tidak pasti jawapannya sebagai penjawab kertas soalan tadi.
“Biasalah tu. Masa jawab, rasa yakin dan tak yakin je. Result dah keluar nanti, lulus jugak,” kata Suhaila menghalau sedikit rasa gelisah pada Nuraini.
“Kalau lulus okey lagi. Kalau fail, kau nak cakap apa?” soal Nuraini mula geram.

“Kalau fail, aku akan cakap, kesiannya,” Suhaila membuat nada sayu dengan mimik muka seposen. Kemudian, ketawanya meletus bila bahunya di pukul kuat oleh Nuraini akan jenakanya itu.
“Bertuah punya kawan. Bukan nak bagi semangat, kutuk aku lagi adalah,” luah Nuraini dengan masih perasaan marahnya yang bersisa.
“Gurau pun tak boleh. Dah jawab pun still stress lagi. Apa kes? Kau study ke tak ni semalam?” soal Suhaila sedikit hairan apabila Nuraini sedikit sensitif hari ini.
“Study tapi aku tak yakinlah tadi. Buatnya fail lagi macam mana,” keluh Nuraini. Dia sedang menapak bersama Suhaila ke tangga untuk turun ke tingkat bawah.

“Kau asyik fikir fail, memang fail lah yang kau dapat. Cuba fikir positif sikit. Kau dah usaha pun masih tak yakin lagi. Kalau aku, baik tak payah study,” sedikit sebanyak Suhaila menasihati. Ada nada memerli di akhir kata kerana berasa geram bila usaha sudah di lakukan, masih ada ragu dalam diri. Sepatutnya, berasa yakin meski pun hasilnya tidak memberansangkan.
“Dahlah. Kau turun ke kantin dulu dengan Faridah. Aku nak ke library kejap,” Nuraini meminta diri bila sudah sampai ke tingkat tiga untuk berpisah di situ.

“Nak jumpa bakal laki ke?” Suhaila tidak putus-putus mengusik sahabatnya. Nuraini pula sudah mengangkat buku rujukannya ke udara tanda mahu memukul dengan rasa geram. Suhaila pula sudah melarikan diri dengan ketawa terbahak-bahak.
Hish! Kalau ketawa, sampai tingkat empat pun dengar. Bidas Nuraini sendirian lalu berlalu ke pusat sumber sekolah. Perlahan-lahan dia menapak sehingga dia berdiri di depan pintu lalu menjengah kepalanya ke dalam pusat buku itu mencari-cari si gerangan kalau-kalau ada di situ. Wajahnya kecewa kerana tubuh itu tiada di dalam namun hasrat tetap di teruskan kerana ingin memulangkan buku.
Ketika di kaunter, pelajar yang bertugas seperti tingkatan empat lalu tanpa segan-silu dia bertanya pada pengawas pusat sumber yang bertugas pada waktu itu.

“Dik, akak nak tanya. Abang Zam tak bertugas ke hari ni? Adik kenalkan dia?” dua soalan dalam satu kenyataan di tanya Nuraini dengan penuh tanda tanya dan ingin tahu.
“Kenal. Abang Zam dia tak masuk kot hari ni. Selalunya, dia yang paling rajin masuk sini. Sebab diakan pengerusi kelab pusat sumber,” kata pelajar perempuan itu bersama memberitahu tentang jawatan yang di sanding oleh lelaki itu.

Nuraini mengangguk tanda memahami. Pengerusi? Suitable! Komen Nuraini di dalam hati. Tidak sangka lelaki itu menyandang jawatan setinggi itu. Tengok oranglah. Segak macam jawatan yang di pegang. Setelah dia mengambil kembali kad meminjamnya, terus dia keluar dari pusat sumber itu lalu berlalu ke kantin di mana Suhaila dan Faridah menunggu mereka makan bersama seperti selalu.

“Zam, kau tak bertugas ke hari ni?” tanya Shahrul menukar topik perbualan tatkala mereka sedang makan bersama teman sekelas dan dari kelas yang lain. Sikap Zamri yang peramah membuatkan dia di senangi oleh semua yang mengenalinya. Dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa meski pun orang itu duduk di kelas yang tercorot. Zamri tetap melayan seperti biasa malah mereka juga tidak malu untuk bertanya pada Zamri berkaitan pelajaran terutama sekali subjek-subjek teras.

“Tak. Malas pulak aku hari ni. Biar orang lain pulaklah yang ambil alih. Bukan selalu pun,” jawab Zamri sambil menghirup kuah laksa perlahan-lahan ke mulutnya.
“Selalunya, tak sah kalau kau tak pergi,” komen Shahrul juga teman setugasnya sebagai pengawas pusat sumber sekolah. Di kelas mereka, hanya mereka berdua saja yang memegang jawatan pengawas gedung ilmu itu. Selebihnya, banyak di kelas kedua dan seterusnya.
“Boleh tak kau jawab paper add math tadi?” soal Shahrul pula ingin tahu.

“Boleh. Okey je,” jawab Zamri penuh yakin.
“Bolehlah sebab budak pandai. Aku ni pun, terkial-kial jugak nak jawab tadi. Elok-elok je ingat macam mana konsep jalan kira. Dah buka kertas soalan, melayang terus apa yang aku study,” Shahrul meluahkan penuh perasaan. Geram pun ada, tidak puas hati pun turut terselit.

“Biasalah tu. Kadang-kadang ingat. Kena study lebih sikitlah lepas ni,” itu saja Zamri mampu katakan pada Shahrul. Dia menolak mangkuk laksa itu ke tepi tanda sudah habis menjamah lalu bangun ke sinki untuk membasuh mulut dan kembali ke sisi Shahrul untuk duduk.
“Kau study tak semalam?” sekali lagi Shahrul menyuakan pertanyaan.
“Studylah beb. Mahunya tak, kosonglah kertas aku tadi,” ujar Zamri lagi memberi jawapan benar.
“Cakap je kau. Tak study pun, tinggi jugak markah kau. Jenis otak geligakan,” omel Shahrul berbicara setelah habis nasi lemak di ratahnya kenyang.

“Kau study dekat rumah ke?” soal Shahrul lagi.
“Tak. Aku study dekat luar,” jawab Zamri ringkas. Dia meneguk sedikit sisa air di dalam gelasnya.
“Luar? Bila masa pulak kau rajin study luar? Selalunya, asyik memerap je dalam bilik kau supaya tak ada orang ganggu,” Shahrul berasa hairan dengan jawapan yang di berikan Zamri. Setahunya, Zamri memang tidak suka suasana belajar dalam keadaan bising. Semua orang pun juga begitu. Dalam hingar-bingar, mana ilmu nak masuk.

“Tak adalah. Saja tukar selera. Bosan juga asyik terperap je dalam bilik. Lagi tension adalah aku nak study. Especially matematik tambahan tu. Lagi kusut otak aku tau,” jawab Zamri selamba.
“Kau study dengan siapa semalam?” pancing Shahrul menyoal. Dia sememangnya ingin tahu gerangan yang bertuah dapat mengulang gaji pelajaran bersama jejaka hot sekolah ini. Shahrul sudah pun tersengih menunggu jawapan dari Zamri.

“Err… aku study dengan… dengan Nuraini,” jawab Zamri teragak-agak untuk memberitahu. Tak sangka pula Shahrul dapat menghidu gerak-gerinya selama ini dia mengulang kaji bersama siapa.
“Aku dah agak,” kata Shahrul ringkas sambil tergelak kecil. Zamri mula buat muka tidak keruan. Kenapalah Shahrul membangkitkan isu begini ketika ini. Mujur saja sahabatnya yang lain tidak fokus pada perbualan mereka berdua sejak dari tadi. Jika tidak, adalah sorang dua nak join sekali. Pertemuan begitulah peluangnya untuk mendekati Nuraini agak dia dapat menyelami hati wanita itu.
“Mana kau tahu ni? Kau intip aku ke?” Zamri terus bertanya tanpa berselindung.

“Selalunya, kalau study dekat luar, mesti ada teman istimewa dekat sebelah, kan?” Shahrul mengeluarkan kenyataan nakal. Zamri agak sedikit gelabah. Wajahnya seakan merona merah menahan malu.
“Fakta mana kau petik ni?”
“Fakta sendiri,” jawab Shahrul tergelak sendiri seraya bunyi loceng tanda rehat sudah tamat.

**Continue Bab 13


0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!