Berikan Aku Cinta : Bab 15



BAB 15*


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir. Pelajar-pelajar mula bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran di saat-saat hampir genting. Tidak kurang hebatnya Zamri dan Shahrul bersama teman-teman dari kelas yang lain dan paling rapat iaitu Afiq, Syafiq & Hafizuddin. Sesekali Zamri membuat pertemuan dengan Nuraini atas permintaan wanita itu untuk mengajar subjek-subjek yang masih lemah. Zamri tidak keberatan dan tiada alasan malah mengalakkan lagi kerana itulah peluangnya mendekati wanita itu dengan lebih dekat.

Lima orang jejaka sedang tekun mengulangkaji pelaran di halaman rumah Shahrul yang agak luas dan di hiasi meja dan kerusi kayu. Itu semua atas permintaan Shahrul sendiri kepada ibu bapanya agar dia boleh mengajak sekali kawan-kawannya yang lain untuk mengulangkaji pelajaran di waktu petang atau pun malam.

“Rehatlah dulu anak-anaknya. Tak berhenti sekejap pun mak cik tengok kamu semua ni,” tegur Puan Sarihah menghantar air seteko teh panas di atas dulang bersama 5 cawan untuk di hidangkan kepada anak muda berlima itu.

“Banyak sangat nak kena cover mak cik. Lagi sebulan je lagi nak exam,” ujar Afiq tersenyum manis kepada wanita berusia itu iaitu mak Shahrul yang sememangnya menyenangi tetamu bertandang ke rumah terutama sekali berkumpul bersama mengulangkaji pelajaran bersama anak lelaki tunggalnya itu.

“Rehat pun perlu jugak. Jangan kamu semua asyik belajar jugak. Nanti rehat ke mana, kamu ke mana. Habis ganggu bila nak exam nanti. Kalau dah usaha lebih tapi tak dapat, jangan rasa putus asa. Gagal sekali bukan kita gagal terus dalam hidup. Sekurangnya kita ada usaha,” nasihat serba sedikit kepada anak-anak muda itu yang hanya mengangguk tanda setuju apa yang di katakan oleh orang tua itu.
“Minum dulu. Rehat sekejap. Nanti sambung balik,” arah Puan Sarihah lembut menuangkan air teh di setiap cawan yang tersedia. Kemudian, mereka semua mula mengambil cawan yang telah siap di tuang dan di sua ke mulut merasa kemanisan teh di waktu petang.

Puan Sarihah kembali ke dalam rumah bagi menyiapkan makan malam keluarganya. Sekali gus meninggalkan anak lelakinya bersama teman-temannya mengulangkaji pelajaran bersama-sama sehingga waktu dia sendiri tidak ketahui.
Dia hanya risau anaknya, Shahrul tidak menitikberatkan soal rehat daripada berterusan begitu. Walaupun bagus tetapi tubuh juga perlukan rehat yang mencukupi. Dia tidak mahu Shahrul menghadapi masalah kesihatan pada hari peperiksaan meski pun tubuh anaknya itu kelihatan sihat saja di matanya dan suaminya nanti.

Zamri mengelap kepalanya yang basah dengan tuala yang di gunakan tadi semasa mandi. Di capai pula baju t-shirt kosong berwarna putih dan di sarungkan ke tubuh tegapnya untuk di padankan bersama seluar track suit yang hanya di buat tidur saja. Perlahan-lahan punggungnya di letakkan di birai katil lalu mengetengahkan lagi badannya di dada katil agar lebih selesa. Kepalanya terasa ringan bila mencecah bantal lembut itu. Baru saja matanya ingin melelap, pintu biliknya di ketuk dua kali dari luar. Zamri memberi kebenaran untuk masuk dan muncul ayahnya di sebalik pintu itu sambil menguntum sebuah senyuman.

Zamri hanya membalas lalu membetulkan tubuhnya untuk bersandar pada kepala katil. Ayahnya pula menghampiri di sisi katil lalu duduk di tepi bersamanya.
“Zam nak tidur ke? Ayah ganggu Zam ke sekarang ni?” pertanyaan pertama terpacul dari mulut Encik Zakuan kepada anak tunggalnya.
“Taklah ayah. Zam okey je. Hari ni penat sikitlah badan,” Zamri meluahkan keletihan di siang hari tadi.

“Penat belajar ke tadi?” soal Encik Zakuan ringkas.
“Ha’ah yah. Study dekat rumah Shah tadi. Saja ajak kawan-kawan sama,” jawab Zam sependek yang boleh.
“Zam dah tak main bola ke? Lama ayah tak tengok kamu pergi training dekat padang tu,” ujar Encik Zakuan menyoal ingin tahu.
“Taklah yah. Dah lama dah Zam berhenti. Mahu lima bulan rasanya. Tak sempat yah. Masa banyak habis untuk study je,” balas Zamri jujur. Anggotanya sudah lama tidak di pakai untuk bermain suka kegemarannya itu tapi apakan daya, peperiksaan penting bakal kunjung tiba menjadikan dia membatalkan niat saja untuk terus bermain.
“Zam dah tak aktif ni, kesihatan Zam tetap kena jaga. Jaga dari semua aspek. Takut nanti terbawa-bawa masa hari exam nanti. Ayah tahu, anak ayah ni kuat orangnya,” ujar Encik Zakuan memuji di akhir kata. Tangannya mengusap perlahan rambut anaknya itu penuh kasih. Zamri tersenyum suka akan pujian itu.

“Ayah keluar dulu ya. Ganggu pulak Zam nak tidur,” ucap Encik Zakuan mengucup dahi anaknya sebelum meninggalkan bilik tidur si anak teruna. Bukan pertama kali Zamri menerima kucupan di dahi dari seorang ayah. Oleh kerana dia hanyalah anak tunggal, segala kasih sayang di curahkan buatnya seorang. Dia bersyukur mempunyai ibu bapa yang peduli segala halnya dan mengambil berat tentang dirinya.
Zamri membetulkan pembaringan untuk dia melelapkan matanya di kala malam semakin larut. Saat kepalanya melabuh di bantul empuk, matanya tertutup rapat dan mula bermimpikan nan indah.

“Para pelajar semua, anda hanya ada 10 minit terakhir. Semua pelajar tidak di benarkan keluar dari dewan peperiksaan sehingga peperiksaan tamat,” seorang pengawas peperiksaan memberitahu menggunakan mikrofon menandakan masa yang di tetapkan hampir tamat untuk menjawab.

Zamri yang mendengar terus memeriksa kembali kertas soalan terakhirnya bersama rakan sekelasnya yang lain untuk kali terakhir jika ada sebarang kesilapan. Setelah puas melihat, Zamri menutup kembali helaian jawapan dan menarik nafas lega. Akhirnya, perjuangan pertamanya kini berakhir di sini. Kertas soalan matematik tambahan kertas dua di jawab dengan jayanya dan tenang serta mudah.
10 minit sudah pun berlalu, ketua pengawas peperiksaan mula memberi arahan untuk para pelajar berhenti menulis dan letakkan kertas jawapan masing-masing di tepi kanan mereka. Pengawas yang di tugaskan bersama mula mengutip kertas jawapan dari meja hadapan sekali. Zamri menanti penuh sabar. Saat kertas jawapannya di ambil, mindanya mulai kosong. Tiada lagi istilah subjek-subjek lalu dan semua itu hanyalah kenangan di sekolah menengah.

“Pelajar semua, anda boleh keluar,” arah ketua pengawas itu lagi memberi arahan pelajar di dalam dewan peperiksaan keluar dari dewan dengan segera. Geseran kerusi kedengaran di seluruh dewan. Para pelajar mula bangun dan meninggalkan meja dan berpusu keluar dari dewan peperiksaan.
“Aku mesti rindu kau nanti Ain. Nak sangat nak masuk Uni sekali dengan kau,” luah Suhaila sedikit rasa sedih akan meninggalkan sahabat baiknya itu.

“InsyaALLAH kalau dapat tempat yang sama. Result pun tak keluar lagi,” kata Nuraini tergelak kecil mendengar ketidaksabaran Suhaila untuk melanjutkan pelajaran.
“Kau nak kerja tak nanti?” soal Suhaila pula.
“Aku kena tanya parents aku dulu. Kalau parents aku izinkan, aku kerja. Kalau tak, duduk je lah dekat rumah,” jawab Nuraini tidak berapa pasti.

“Okey. Apa-apa nanti, jangan lupa beritahu aku tau. Beritahu Dah sekali. Dia dah balik tadi. Mak dia dah tunggu dekat pintu depan. Aku pun nak gerak dululah. Jaga diri baik-baik tau. Jaga Zam sekali,” usik Suhaila tersengih suka. Nuraini memasamkan muka lalu tubuhnya di peluk Suhaila sebelum wanita itu beredar pergi di kantin sekolah.
“Saya cintakan awak,” ucap seseorang dari belakang. Nuraini yang terdengar ucapan keramat itu pantas menoleh ke belakang dan dia terkejut. Seorang lelaki sedang santai menyandarkan bahunya di tiang sambil mengukir senyuman menggoda.

Entah kenapa dia tidak dapat menerima ucapan itu kerana dia sudah berjanji bahawa tidak akan ada cinta selagi pembelajaran belum berakhir. Paling tidak di sangka, ucapannya itu datang dari mulut lelaki yang pernah menjadi ‘cikgu’ kepadanya saat dia memerlukan bantuan.

**Continue Bab 16




0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!