Berikan Aku Cinta : Bab 16


BAB 16*

Setelah dua bulan peperiksaan berlalu dengan begitu pantas, baru hari ini mereka semua ada masa yang terluang untuk keluar bersama. Akhirnya, mereka berjumpa juga setelah lama merancang untuk bertemu. Meski pun sesi persekolahan sudah tamat bagi mereka, jalinan persahabatan tetap kuat. Tidak kira di mana jua walaupun terpisah dek dunia yang luas terbentang. Sesekali, Nuraini, Suhaila dan Faridah tergelak mesra antara mereka dengan berborak kosong di dalam Plaza Sungai Wang sambil mengambil angin.
“Nanti kau minta apa Dah?” soal Suhaila mengubah tajuk perbualan mereka bertiga.

“Aku nak minta masuk IPG. Mungkin dalam Kuala Lumpur jugak kot,” ujar Faridah memberi jawapan yang dia sendiri kurang yakin.
“Cikgu rupanya. Kau pulak Ain?” soalan yang serupa di ajukan untuk Nuraini pula.

“Aku nak minta UiTM. Ambil course akauntan,” jawab Nuraini ringkas. Dia sememangnya minat dalam perakaunan.
“Kau pula Su? Asyik kita orang je. Kau nak masuk mana?” Faridah bertanya pula pada Suhaila. Mereka berdua juga pasti ingin tahu cita-cita sahabat karibnya itu.

“Aku nak masuk dalam bidang marketing. Tak kisah dekat mana pun,” jawab Suhaila penuh teruja. Dari dahulu lagi dia minat dalam bidang perniagaan cuma bidang tersebut banyak cabangnya. Salah satu adalah pemasaran.

“Wow! That’s so interesting,” Nuraini meluahkan kata pujian. Tidak sangka sahabat baiknya itu meminati dalam selok-belok perniagaan.
“Kita dah lamakan kat sini. Nanti kita keluar tempat lain pulak nak? Tapi bukan hari ni ya. Aku rasa penat sangat jalan hari ni,” rungut Suhaila tiba-tiba sambil mencadangkan tempat lain dan hari yang lain untuk keluar bersama.

“Kita orang boleh je. So, kau dah nak balik ke ni?” tanya Faridah bimbang jika apa-apa berlaku pada Suhaila. Mungkin mereka seharian keluar bersama menjadikan kaki Suhaila mula rasa lenguh dan penat berjalan tanpa henti.
“Kau orang tak nak balik lagi ke?” Suhaila menjawab dengan soalan. Meminta kepastian.

“Aku bila-bila masa je boleh tapi Ain kan ayah dia yang hantar. Kita lainlah naik LRT,” tutur Faridah mengingatkan tentang mereka bagaimana mereka sampai di sini mengunakan kemudahan apa. Hanya Nuraini saja ayahnya tidak berani melepaskan begitu saja menaiki kemudahan awam walaupun sudah berteman seperti mereka.
“Kau call ayah kau sekarang Ain. Kita orangkan naik LRT. Sekarang pun dah nak hampir pukul 10 malam dah,” ujar Faridah mengerling jam tangan yang melilit di tangan kanannya.

“Okey,” akur Nuraini mencapai telefon bimbitnya di dalam beg sandang. Setelah berada di dalam genggaman, dia menelefon ayahnya untuk mengambilnya dengan segera.
“Aku dah call ayah aku. Kau orang dah boleh baliklah. Aku kena pergi tempat ayah aku ambil nanti,” kata Nuraini setelah menamatkan perbualan dengan ayahnya.

“Betul ni? Tak nak kita orang temankan?” tanya Suhaila meminta kepastian. Dia seolah risau akan kepermergian Nuraini ke tempat yang di janjikan ayahnya keseorangan. Dia takut apa-apa terjadi pada wanita itu.
“Tak apalah. Nanti kau orang berdua lambat pulak sampai rumah. Aku pergi dulu ya. Jumpa nanti. Assalamualaikum,” Nuraini terus beredar setelah memberi salam perpisahan. Faridah dan Suhaila menyahut salam dengan suara yang kendur.
“Aku risaulah dia pergi sorang-sorang,” Suhaila meluahkan rasa tidak sedap hati pada Faridah pula.

“Dah dia kata okey, tak apalah tu. Jangan risau sangat,” Faridah sudah pun menarik tangan Suhaila untuk menuju ke stesyen LRT yang berdekatan. Untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, mereka berdua perlu menaiki Monorail untuk tukar ke aliran yang berlainan. Mereka berdua mula beransur pergi dan tenggelam dalam kesesakan orang ramai yang masih belum keluar dari pusat membeli-belah itu.

Sedang Nuraini melalui jalan ke tempat yang di janjikan untuk ayahnya mengambil dirinya, tanpa sedar dia melalui lorong gelap yang menghubungkan jalan ke tempat lain. Setelah melepasi, gelisahnya hilang di terbang angin namun hatinya tetap berdebar-debar bila seperti sesuatu mengekorinya dari belakang. Tanpa sempat mengelak, tubuhnya di tarik ke belakang ke dalam lorong gelap itu dan di tolak hingga jatuh ke atas jalan. Dia terkejut bila di perlakukan sebegitu rupa tapi wajah yang menjadikan dia begitu, tidak kelihatan dek kegelapan yang menyulubungi di kawasan itu.

Dengan pantas, bajunya seperti ingin di tanggalkan tapi tangan kasar itu memegang kedua-dua bahunya erat.
“Saya cintakan awak,” ayat keramat itu muncul lagi. Berderau darahnya naik ke muka bila
“Saya cintakan awak Ain. Saya terlalu cintakan awak,” ucap lelaki itu penuh sayu dalam ketegasan.
“Awak dah gila ke Zam? Dari awal-awal lagi saya dah kata yang saya tak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki,” bidas Nuraini tanpa segan-silu yang mereka berdua sedang berada di lorong yang gelap. Pantas dia menetip tangan itu dan berusaha untuk bangun semula.

Semuanya hampa, lelaki itu menolak tubuhnya kasar. Sekali lagi dia terduduk di atas jalan. Dia mula berang.
“Tolonglah terima cinta saya Ain. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya sangat mencintai awak,” rayu Zamri lagi tidak berputus asa.
“Awak tak faham bahasa ke? Saya tak nak!!” jerit Nuraini lantang dengan pantas merempuh bahu lelaki itu dan ingin keluar dari kegelapan malam. Keadaan masih lagi sama, bahunya di tarik ke belakang. Dengan penuh berani, Zamri mencumbui wajah Nuraini dengan rakus.
Nuraini sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Kedua-dua tangannya di genggam kuat oleh tangan sasa lelaki itu. Tubuhnya juga telah di tindih oleh tubuh tegap lelaki itu. Air mata wanitanya mengalir deras. Dia terasa masa depannya hanya gelap gelita.

“Tolong terima cinta saya Ain. Saya cintakan awak,” masih sempat lagi Zamri meluahkan rasa cintanya kepada wanita yang telah di tawani itu. Nuraini sudah tidak tahan untuk mendengar kata-kata cinta dari lelaki yang memang dari mula cintakan dia dari awal. Dia tidak mampu dan tidak boleh.
“Go to hell Zam!” dengan segala kudrat wanitanya, dia menolak tubuh itu dengan kuat. Sekali gus dia dapat bangun dari pembaringan yang telah di halang oleh lelaki itu. Pantas Nuraini melarikan diri dan keluar dari lorong itu tanpa sempat Zamri menghalang seperti tadi. Kini dia terlepas.

Zamri merengus geram. Dia takut jika Nuraini melaporkan pada ayahnya. Hatinya mendidih panas lalu dia menyepak kotak kosong yang ada di situ penuh protes. Kotak itu hancur. Sebagaimana hancurnya hati lelakinya untuk memiliki cinta hatinya yang hanya milik Nuraini.
Encik Nazwan mulai resah. Dia sudah menunggu kedatangan anak perempuannya lebih dari 15 minit. Tiba-tiba, pintu di sebelah tempat pemandu di buka luas dan dia dapat melihat anaknya membolosi ke dalam perut kereta. Kelihatan Nuraini seperti di dalam ketakutan. Dia mula pelik. Adakah ada orang yang mengekori anak perempuannya semasa dia perjalanan ke sini?

Encik Nazman menoleh ke belakang kereta. Tiada sesiapa yang mencurigakan melainkan ada orang ramai yang sedang berjalan di tepi kedai di mana anaknya menggunakan jalan yang sama. Tanpa ada rasa ragu lagi, dia memberi signal ke kanan untuk masuk ke jalan besar dan mula bergerak meninggalkan kawasan itu.

Nuraini masih lagi dalam trauma. Belum pernah lagi dalam hidupnya ada lelaki menagih cinta darinya. Hati wanitanya belum lagi bersedia untuk membuat satu hubungan halal antara lelaki dan perempuan. Dia tidak sangka orang yang banyak berjasa padanya, mempunyai agenda tersendiri. Zamri hampir mahu merogol dirinya. Kebencian terhadap lelaki itu mula memenuhi ruang hatinya. Moga, bayangan hitam itu akan lenyap suatu hari nanti dan sesekali dia tidak mahu bertembung dengan lelaki bernafsu bernama Zamri.

**Continue Bab 17




0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!