Berikan Aku Cinta : Bab 17


BAB 17*

“Tolong! Jangan rogol saya. Saya rayu dekat awak Zam. Jangan rogol saya,” jerit Nuraini begitu lantang memenuhi ruang biliknya. Tiba-tiba, pintu biliknya terbuka luas dan muncul Encik Nazwan berlari mendapatkan anak perempuannya yang meracau tidak tentu pasal.
“Kenapa ni Ain? Kenapa Ain jerit-jerit ni? Cuba beritahu ayah sayang,” pujuk Encik Nazwan tidak mahu memanjangkan cerita. Dia tidak mahu anaknya di bebani masalah jika dia tidak termasuk untuk mendengar masalah anak kandungnya itu.

“Ada orang nak rogol Ain yah. Ada orang nak rogol Ain. Ain hampir-hampir kena hari tu,” tanpa sedar, Ain mendedahkan semua rahsia yang ingin di simpan. Tetapi, kerana peristiwa itu masih menghantui dirinya, mulutnya menjadi ringan. Nuraini mengeratkan lagi pelukan ke tubuh Encik Nazwan. Wajahnya di sembamkan ke dada bidang milik lelaki itu dengan esak tangis yang belum berkesudahan.

Wajah Encik Nazwan sudah terkejut. Dia melihat wajah anak perempuannya bersama renungan tajam. Nuraini mula tidak keruan. Dia sudah bersedia untuk menerima tamparan hebat buat pertama kalinya. Matanya terkunci rapat. Air mata tetap mengalir tanda sesal di dada.
“Kenapa Ain tak beritahu ayah? Kenapa Ain nak rahsiakan dari ayah?” tanya Encik Nazwan serius. Dadanya juga berasa bergetar kencang. Tidak sanggup rasanya bila tubuh anak perempuannya hampir di nodai oleh lelaki yang tidak halal.

“Ain takut. Ain takut ayah takkan terima Ain lagi dalam hidup ayah. Ain dah kotor yah. Ain dah kotor. Ain rasa jijik dengan diri Ain sendiri,” bentak Ain meluahkan isi hatinya. Dia memukul dada ayahnya penuh rasa amarah yang mendalam.
Encik Nazwan yang melihat Nuraini mula tidak terkawal, merapatkan ke dadanya semula. Air matanya juga merembes keluar. Dia juga dapat merasai penderitaan anak tunggalnya itu.
“Sabar ya Ain. Nanti kita selesaikan cara berbincang dengan keluarga dia. Siapa lelaki tu kalau Ain tak keberatan untuk memberitahu ayah?” soal Encik Nazwan penuh lembut dan berhati-hati dalam menyusun ayat.

“Zamri yah. Lelaki yang pernah ayah lihat bersama dengan Ain dekat pondok menunggu sebelum ni,” beritahu Nuraini dalam tangisan.
Encik Nazwan mengucap panjang. Dia terkejut sekali lagi. Dia masih ingat lagi lelaki itu. melihatkan lelaki itu, dia dapat menjangkakan bahawa lelaki itu baik budinya, bijak dan sopan santun tetapi hatinya di jangkiti kehitaman nafsu serakah.

“Ain nak bunuh lelaki tu. Ain nak bunuh jantan sial tu!” Nuraini menjerit kuat dalam pelukan ayahnya di sertai dendam dalam dirinya.
“Syy… mengucap Ain. Mengucap dan ingat ALLAH sentiasa. Ini semua dugaan yang Ain kena terima. Jangan mudah putus asa dan mengalah. Tak baik Ain berniat macam tu. ALLAH tak sudah hambanya menarik nyawa manusia sesuka hati. Kita tiada hak atas nyawanya,” tegur Encik Nazwan dalam keadaan tenang dan terkawal perasaannya.

“Jadi, ayah sukalah Ain nak kena rogol dengan lelaki tu?” soal Ain menyindir.
“Apa Ain cakap ni? Ayah tak bermaksud pun begitu. Ain jangan salah sangka dengan ayah,” ujar Encik Nazwan bila Nuraini menyalahkan dirinya secara tiba-tiba.

“Ain minta maaf. Ain minta ampun. Ain tuduh ayah sembarangan. Maafkan Ain yah,” Ain di timpa rasa bersalah bila wajah ayahnya di tenung simpati. Dia telah melukan hati ayahnya sendiri bila dia membidas tanpa mengira luka di hati seorang lelaki bernama bapa kepadanya. Dia mencapai tangan tua itu lalu di kucup lembut. Terasa kehangatan di tangan itu. Lantas, dia memeluk lelaki itu semula meminta kekuatan.
Encik Nazwan mengeratkan lagi pelukan dari anaknya. Dia sedar, anaknya memerlukan semangat yang kuat dan cekal dalam kehidupan di bumi ini yang penuh pancaroba yang belum tentu senangnya untuk mengharungi tanpa bantuan ALLAH S.W.T..

Pang!!!
“Dasar anak tak guna! Berani Zam buat ayah macam ni. Kenapa Zam conteng arang dekat muka kami ni? Tak cukup lagi ke apa ayah bagi selama ni hah?!” tengking Encik Zakuan penuh amarah di dadanya yang berombak kencang. Nafasnya turun naik menahan geram yang teramat sangat.

“Sabar Zack. Jangan kau buat anak kau macam tu. Kesian dia,” ujar Encik Nazwan kepada sahabat baiknya. Mereka sudah lama tidak bersua muka. Hampir beberapa tahun tidak berjumpa. Tidak sangka, lelaki itu adalah anak kepada kawan baiknya sendiri. Namun, dia sabarkan hati. Berserah saja pada Yang Maha Esa.
“Sabar kau cakap Naz. Dia yang berani rogol anak kau pun kau suruh aku sabar. Aku sekolahkan dia supaya jadi manusia, bukan jadi binatang!” marah Encik Zakuan sudah memuncak. Dia menarik rambut anaknya kasar lalu tanpa kasihan, dia menghempas kepala anaknya itu di sofa ruang tamu tanpa sempat Encik Nazwan melarang. Puan Zulaika dan Puan Nasehah hanya melihat saja adegan itu bersama air mata. Nuraini pula memejamkan mata tatkala kepala Zamri terhantuk kuat pada sofa itu.

Zamri yang lemah terkulai ingin bangun tetapi matanya terasa berat. Termasuk kepalanya juga lalu matanya tertutup rapat dan pengsan di situ. Rebah ke lantai tidak sedarkan diri.
“Ya ALLAH Zam!” Encik Nazwan yang pertama meluru ke Zamri yang tidak berdaya bangun. Dia meribakan kepala Zamri di atas pahanya. Dia menepuk-nepuk pipi anak lelaki sahabatnya itu berkali-kali.
“Apa yang abang dah buat ni? Sampai hati abang buat anak kita macam tu. Abang tak kesian ke tengok dia? Tak boleh ke bawa berbincang elok-elok?” Puan Zulaika juga turut lemah. Lututnya longgar dan terjelopok di lantai dengan tangisan bila Zamri tidak sedarkan diri.
“Abang minta…”

“Abang memang tak guna. Kalau anak kita mati nanti, sampai mati pun Ika takkan maafkan abang. Ika nak abang ceraikan Ika kalau terjadi apa-apa dekat anak kita nanti,” bentak Puan Zulaika kasar menepis tangan suaminya. Dia bangun dan meluru ke bilik tidurnya. Hempasan pintu yang cukup kuat membuktikan isterinya terlalu kecewa sikap panas baran suaminya yang melampau sehingga mencederakan darah daging sendiri.

“Kau memang dah melampau Zack. Kau sanggup hentak kepala dia dekat sofa semata-mata kesalahan dia. Dia hampir rogol anak aku. Bukan dah kena rogol. Aku tak marah anak aku macam ni sebab aku boleh terima ketentuan Tuhan. Anak aku tak bunting tapi kau buat anak lelaki kau sampai macam ni sekali. Ayah jenis apa kau ni Zack?” marah Encik Nazwan tidak semena-mena. Kekecohan yang berlaku sudah melampau baginya jika melibatkan isteri sahabatnya sendiri sehingga terjadi cerai-berai.

“Aku minta maaf. Aku tak dapat kawal perasaan marah aku dan aku tak boleh terima apa yang dia buat pada keluarga aku,” luah Encik Zakuan dengan nada kesal.
“Dah jadi macam ni baru nak kesal? Kau memang tak layah jadi ayah Zack. Kita boleh berbincang elok-elok dan bukan macam ni caranya nak selesaikan sampaikan kau nak jadi pembunuh anak kau sendiri,” sengaja Encik Nazwan menekankan sikit perkataan ‘pembunuh’ agar sahabatnya sedar.

“Aku tak sangka benda ni berlaku sepantas begini,” ujar Encik Zakuan lagi. Dia mula terduduk di sofa ruang tamu di mana sofa itu, anaknya terhantuk kuat sehingga pengsan.
“Sudah! Seha pergi pujuk Ika dekat dalam bilik. Ain ikut ayah, hantar Zam pergi hospital,” arah Encik Nazwan tegas tanpa Encik Zakuan sedikit pun membantah.

Ruang tamu mulai sunyi dari suasana tegang sebentar tadi. Dia mula merasa kesal teramat dengan perbuatannya itu. Air mata lelakinya menitik perlahan dan mengalir ke pipi. Amarahnya terbang di bawa angin yang berlalu. Dia takut nyawa anaknya berada dalam keadaan bahaya. Dia belum sanggup kehilangan permata hati jantungnya itu. Zamri hanyalah satu-satunya anak kandung yang dia ada bersama isteri tercinta.

Kehilangan Zamri, dia turut merasai kehilangan Zulaika. Permintaan isterinya tidak sanggup untuk dia lunaskan jika terjadi apa-apa pada anak lelakinya. Ya ALLAH, ampunkanlah dirinya yang begitu hina ini Ya ALLAH. Sesunggunya, hamba tidak mampu untuk menghadapinya seorang diri. Aku tidak sanggup berpisah selamanya dengan anakku. Rintihnya penuh hiba.

**Continue Bab 18



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!