Berikan Aku Cinta : Bab 19


BAB 19*

“Aku terima nikahnya Nuraini binti Nazwan dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai,” lafaz Zamri penuh lancar.
Akhirnya, bercantumlah pasangan adam dan hawa dalam satu ikatan yang sah di sisi ALLAH. Encik Nazwan berserta para tetamu yang lain berserta Zamri, membaca doa selamat setelah akad nikah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Nuraini menitiskan air mata dengan perlahan. Semakin berdetik, semakin deras mengalir ke pipinya. Dia bagaikan bermimpi bila menjadi seorang isteri di kala usia remaja begini. Apalah kata orang keliling nanti. Pasti dia di label perempuan gatal yang tidak sabar-sabar dahagakan kasih sayang dari seorang lelaki bergelar suami.
Nuraini yang tidak sanggup untuk melihat Zamri ketika lelaki itu menghampirinya, mula bangun dan menuju ke bilik sambil menahan esak tangis dan menekup mulutnya dari di ketahui orang bahawa dialah pengantin yang termalang apabila terpaksa berkahwin dengan lelaki yang dia langsung tidak cintakan segumit pun. Bagaimana dia ingin hidup untuk hari-hari mendatang jika terpaksa berdepan dengan lelaki itu yang pernah menjadi ‘guru’nya.

Zamri tergamam seketika. Dia bangun semula dari melutut dan menuju ke bilik Nuraini yang telah di tutup rapat pintunya. Dia memberi isyarat pada maknya, Puan Zulaika untuk memberi ruang untuk dia saja berdepan dengan Nuraini yang telah menjadi isterinya itu.
Pintu bilik di buka perlahan dan dia mula masuk. Pintu bilik di tutup semula bagi memberi ruang antara mereka berdua menyelesaikan masalah yang di hadapi Nuraini sehingga tegar memasuki bilik tanpa menyalami suami dalam upacara membatalkan air sembahyang. Dia ingin sekali menyentuh tangan lembut itu penuh rasa cinta.
Zamri melutut kembali menghadap Nuraini yang sedang tersedu di birai katil. Saat dia menyentuh tangan isterinya…

Pang!!! Buat sekian kali dia menerima tamparan kuat di pipinya oleh si isteri. Dirinya sebagai lelaki dan suami amat tercabar namun, untuk memenangi hati wanita sekeras batu itu, bukan membalas balik tamparan itu caranya. Dia perlu sabar dan sabar sepanjang masa dia melayan kerenah isterinya itu.
“Kau tak layak nak sentuh aku. Aku jijik dengan kau tahu tak. Dasar jantan tak guna. Kau sengaja perangkap aku kan supaya kau boleh kahwin dengan aku. Sampai mati pun aku tak terima kau sebagai suami aku dan aku tak pernah ada suami sampai aku mati!!” Nuraini menjerit bagai orang gila yang sudah hilang kewarasannya.

“Sekarang baik kau keluar dari bilik aku. Aku kata keluar, keluar!” arah Nuraini bersama jeritan yang bergema di setiap sudut bilik tidurnya yang selepas ini, dia harus berkongsi bersama suami. Tetapi, sakitnya masih lagi terasa dan dia sesekali tidak akan terima lelaki itu sebagai suami dan apa-apa pun sebarang perkongsian. Dia tidak rela berkongsi segala hal bersama lelaki yang meranapkan janji dia selama ini di mana dia tidak akan bercinta dan jatuh cinta selagi pendidikan yang dia dapat belum sempurna.

Zamri tetap bangun semula dari tersungkur ke lantai akibat tamparan isterinya. Dia harus redha dan bersabar. Hatinya juga sakit bila Nuraini tidak menghormati dia sebagai suami.
“Izinkan abang menyarungkan cincin ke jari Ain. Abang nak Ain terima cincin ni sebagai cinta abang pada Ain kekal selamanya. Sampai nafas terakhir abang,” sayu suara Zamri menyatakan niat sucinya.
Zamri mencapai tangan kanan isterinya lalu dia menyarungkan cincin di tangan itu ke jari manis Nuraini penuh berhati-hati. Saat sudah selesai, dia memandang wajah isterinya dengan tenang.
“Abang nak Ain tetap cintakan abang walaupun abang dah tak ada nanti. Jangan berhenti cintakan abang. Sebab abang nak bawa Ain masuk syurga bersama nanti,” ujar Zamri penuh pilu. Dia mencium tangan isterinya penuh kasih.

Nuraini kaku di situ. Dia bagaikan tidak percaya akan perubahan drastik suami barunya itu bila bercakap soal mati. Hatinya juga terasa kesedihan bila ada air mata lelaki itu jatuh di tangan halusnya.
“Abang keluar dulu. Terima kasih sebab benarkan abang sarungkan cincin ke jari Ain. Abang gembira sangat jadi suami Ain. Walaupun sekejap saja,” ujar Zamri dengan kata akhir sebelum beredar dari situ.
Hati Ain sedikit tersentak. Bicara terakhir membuatkan dia berasa tidak sedap hati. Kenapa suaminya terus berubah sedemikian rupa? Adakah perkara buruk bakal menimpa perkahwinan barunya? Hatinya penuh persoalan takut dan bimbang.

Bayangan Zamri hilang di sebalik pintu biliknya. Air mata merembes keluar. Entah kenapa dia gelisah saat tubuh itu lesap dari bilik tidurnya yang turut hilang dari pandangan matanya. Lindungilah suami aku Ya ALLAH. Aku mohon padaMu agar dosa-dosa aku dan suami di ampuni olehMu Yang Maha Kuasa dan Maha Esa. Doa Nuraini sekadar di dalam hati.

“Tahniah Ain. Semua subjek kau lulus. Lima matapelajaran je dapat ‘A+’. Okeylah tu daripada tak ada langsung kan,” ujar Suhaila penuh keterujaan di hari keputusan SPM keluar di akhir bulan tiga.
“Aku dapat tujuh ‘A’ je,” ucap Faridah bersuara pula menyertai perbualan antara mereka berdua.
“Tujuh ‘A’ je pun, suara macam dah fail semua,” perli Suhaila ketawa terbahak-bahak mengenakan Faridah.
“Eleh! Mentang-mentanglah dia dapat lapan ‘A’. Berlagak! Gelak pun macam nak runtuh dah kantin ni,” bidas Faridah kembali turut ketawa. Nuraini hanya tersenyum hambar mendengar jenaka dua sahabat baiknya itu.

“Eh! Korang sembang dulu ya. Aku jumpa kawan aku kejap,” Faridah mengundur diri. Nuraini dan Suhaila mengiyakan saja.
“Zam dapat berapa Ain? Kau ada tanya dia tak?” dua soalan di ajukan buat Nuraini oleh Suhaila sekadar mencipta perbualan.
“Aku tak tahu. Aku tak tanya pun,” suara Nuraini begitu lemah. Cukup jelas di telinga Suhaila seperti mereka berdua punya masalah besar.
“Kau bergaduh dengan laki kau ek?” ujar Suhaila sedikit mengusik.
“Iya. Dia memang laki aku pun,” jawab Nuraini berlaku jujur.
“Amboi… statement berani matilah kau ni,” balas Suhaila ketawa kecil akan jawapan dari Nuraini sedangkan ianya benar.

“Dia memang suami aku Su. Aku dah pun kahwin dengan dia,” beritahu Nuraini serius melihat wajah Suhaila dengan rasa malu.
“Ya ALLAH. Bila kau kahwin dengan dia Ain? Kau tak beritahu aku dengan Dah pun. Kenapa kau beria-ia kahwin dengan dia Ain? Cuba cerita dengan aku,” pinta Suhaila tidak faham kenapa dia tidak tahu menahu perkahwinan Nuraini bersama Zamri yang dia sendiri tidak tahu bilakah ianya berlaku.

Nuraini menceritakan bagaimana dia hampir kena rogol sewaktu mereka bertiga keluar bersama. Tanpa sedar, dia membocorkan rahsianya bila dia peristiwa itu menghantui dirinya hari demi hari pada ayahnya. Sehinggalah Zamri di masukkan ke hospital akibat hentakan kepala di sofa dek tamparan yang di terima oleh Encik Zakuan sendiri.
“Sanggup Zam buat kau macam tu. Tapi, mungkin dia cintakan kau sangat-sangat. Kau pulak degil tak nak sambut Ain,” rungut Suhaila. Dia juga tidak tahu untuk menyalahkan siapa dalam hal ni.
“Aku pulak, menyesal bagi kau balik sorang-sorang hari tu. Kalau tak, benda ni takkan jadi,” ucap Suhaila dalam nada kesal.
“Tak apalah. Perkara dah nak jadi pun. Aku terima je,” ujar Nuraini tenang sambil menguntum sebuah senyuman menutup kedukaan dalam dirinya. Mereka berpelukan seketika.

**Continue Bab 20



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!