Berikan Aku Cinta : Bab 20 (The End)


BAB 20*

Encik Zakuan melangkah masuk ke dalam banglo miliknya bersama keluarga. Setelah pintu utama di tutup, dia menapak ke ruang tamu. Dia merebahkan diri di atas sofa sementara menghilangkan penat bekerja dari siang hari tadi. Bekerja sebagai Pengurus Jualan kereta terkemuka agak memenat tapi itu semua kerana minatnya. Dia juga bekerja demi keluarganya yang kecil ini tapi bahagia sehingga sekarang. Kini, suasana sedikit hambar. Isteri dan anaknya sudah pun kurang berbual bersama. Sepatah di tanya, sepatah di jawab. Bagai tiada mood bila berdepan dengannya sebagai ketua keluarga.

Semuanya gara-gara peristiwa tiga bulan yang lalu. Semuanya masih sama. Dia hanya menyabarkan hatinya saja sehingga keadaan pulih seperti biasa. Dia tidak mahu terlalu mendesak dua beranak itu. Dia takut pisang berbuah dua kali. Dia bersumpah untuk tidak mengulangi sikap panas baran dahulu. Keadaan beginilah dia terpaksa bayar akibat menurut kata hati.

Tangan kanan di letakkan di atas dahi sambil menghela nafas panjang. Belum sempat matanya tertutup rapat, dia terlihat kelibat anak lelakinya menuju ke pintu utama. Cepat-cepat dia bangun dari pembaringan dan menegur.

“Zam nak pergi mana?” soal Encik Zakuan ingin tahu. Dia masih lagi duduk di sofa sambil menunggu jawapan dari Zamri.
Zamri berpatah balik dan merapati ayahnya di sofa. Di situ, penuh kenangan silam yang tidak di lupakan sama sekali.
“Zam nak pergi rumah uncle Naz,” jawab Zamri ringkas tidak mahu terlalu berterus terang tujuan dia ke sana.
“Zam nak buat apa ke sana?” soal Encik Zakuan lagi.
“Saja.”

“Zam rindu isteri ya?” teka Encik Zakuan membuat andaian sambil menyimpul senyuman buat anak lelakinya sekadar mengusik mesra.
Zamri mengangguk tanda betul waima bukanlah tujuan itu niat di hati. Sekadar ingin berjumpa ayah mertuanya saja untuk berbual kosong sebelum dia pergi melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam bidang pemasaran.
“Zam pergi dulu ya. Jaga diri ayah baik-baik. Jaga mak untuk Zam ya. Zam sayang ayah sangat-sangat,” ucap Zamri menyalami tangan ayahnya penuh hormat. Dia mencium tangan tua itu dengan hati yang rela.

Hati Encik Zakuan mula tidak sedap. Entah kenapa dia merasakan ada getaran pada suara anak muda itu. Bicara sebelum meninggalkan rumah juga berlainan seperti biasa. Namun, dia menepis jauh-jauh perasaan tidak elok terhadap anaknya itu.
“Baik-baik bawa basikal tu Zam,” pesan Encik Zakuan di muka pintu menghantar anaknya sehingga ke halaman rumah. Zamri hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
Zamri mula mengayuh sehingga hilang dari pandangan mata Encik Nazwan yang memerhatinya sejak dari tadi.

“Assalamualaikum uncle Naz,” ucap Zamri menyalami tangan ayah mertuanya itu.
“Waalaikummusalam. Kan ayah dah cakap, biasakan dengan panggilan ‘ayah’,” tegur Encik Nazwan bila menantunya asyik terbiasa memanggilnya ‘uncle’.
“Baiklah yah,” akur Zamri tidak mahu memanjangkan cerita.
Mereka berdua duduk di halaman rumah di kerusi yang di sediakan bersertakan meja untuk mengambil angin di luar rumah.
“Zam sihat ke?” tanya Encik Nazwan berbasa-basi.
“Sihat yah,” jawab Zamri ringkas.

“Zam nak ayah panggilkan Ain?” tanya Encik Nazwan jika menantunya itu ingin berjumpa dengan isterinya, Nuraini. Zamri memang ada hak untuk berjumpa kerana mereka tinggal berasingan. Perkahwinan di usia muda membuatkan Nuraini masih lagi tidak boleh menerima hakikat. Zamri juga bersetuju apabila Nuraini membuat persetujuan bahawa mereka tinggal di rumah ibu bapa masing-masing. Dia tahu, jiwa Zamri sedikit terseksa tanpa kehadiran isteri di sisinya sentiasa.
“Tak perlulah yah. Zam rasa, dia pun tak nak jumpa Zam,” Zamri membuat andaian sendiri sedangkan hatinya menjerit ingin berjumpa. Semuanya kerana rindu memenuhi ruang hatinya. Mahu saja dia berlari masuk dan meluru ke bilik Nuraini dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti orang lain.
“Harap Zam bersabar ya. Makin lama, dia tahulah macam mana nak cari Zam nanti,” pujuk Encik Nazwan moga menantunya faham akan sikap anak perempuannya yang keras kepala dan hatinya.
“Zam dapat masuk Uni mana?” soal Encik Nazwan beralih tajuk perbualan.

“Zam dapat masuk UiTM Shah Alam. Dapat jurusan pemasaran. Memang Zam minat pun dalam bidang tu,” ujar Zamri jujur. Dia bersyukur sangat bila impiannya bakal terlaksana.
“Baguslah kalau macam tu,” kata Encik Nazwan pula bila menantunya dapat melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi. Berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang, Zamri memang layak belajar di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam.
Ketika itu, Puan Nasehah muncul membawa minum petang untuk mereka berdua.

“Zam sihat ke hari ni?” buat kali kedua, dia di tanya lagi oleh mak mertuanya tentang keadaan dirinya.
“Sihat mak,” jawab Zamri tersenyum manis melihat wanita tua itu menghantar minuman untuknya dan juga ayah mertuanya. Puan Nasehah kembali ke dalam rumah tidak mahu menganggu dua beranak itu berbual di luar rumah.

“Ain pula, dapat sambung dekat mana yah?” soal Zamri pula setelah menghirup sedikit air teh di cawannya yang masih panas.
“Ain dapat masuk UiTM pulau pinang. Dia pun dapat jurusan yang dia minat, akauntasi,” beritahu Encik Nazwan.
Zamri hanya mengangguk faham. Terpaksa dia berjauhan dengan isterinya sendiri selama tempoh pengajian. Kemudian, Zamri meneruskan perbualan bersama Encik Nazwan di kala petang masih panjang. Saat matahari ingin terbenam bila malam pula mengambil alih, Zamri mengambil langkah untuk mengundurkan diri. Dia tidak mahu ayahnya di rumah risau akan dirinya yang mungkin sedang menanti akan kepulangannya.

Nuraini sedang asyik mengemas bajunya untuk di masukkan ke dalam bagasi besar untuk di bawa ke alam barunya di negeri baru. Dia bakal berpisah dengan ayah dan maknya, termasuk suaminya, Zamri buat seketika. Memandangkan suaminya juga berlainan tempat pengajian, hatinya sedikit lega. Mungkin ALLAH sedang menguji dirinya dalam dugaan bercinta jarak jauh saat mereka berdua bergelar suami isteri di usia muda.

Dia tidak dapat menafikan hatinya bahawa dia rindu terhadap suaminya. Tidak tahu kenapa. Dia cuba untuk menghalang perasaan itu namun semakin di halang, semakin membuak rasa rindu dan cinta kian berbunga di hati. Apalah yang sedang di buat oleh Zamri ketika ini? Sedang berkemaskah dia untuk melanjutkan pelajaran sepertinya juga? Hati Nuraini sesekali bertanya pada dirinya sendiri.
Ketika itu, telinganya jelas kedengaran bila ayahnya menjerit namanya dari luar. Dia bangun dari bersimpuh dan keluar dari bilik. Ayahnya sudah pun berada di luar tepi pintu biliknya.
“Ayah harap, Ain bersabar dengan berita yang ayah nak sampaikan,” ujar Encik Nazwan rasa bersalah. Dia tidak sanggup sebenarnya untuk memberitahu hal sebenar pada anaknya itu.
“Ayah nak beritahu apa. Cakaplah,” desak Nuraini juga tidak sabar ingin tahu.

“Zam kemalangan. Suami Ain kemalangan nak,” ucap Encik Nazwan sebak.
Mulut Nuraini melopong. “Abang Zam,” itulah kata terakhir terucap di mulut Nuraini sebelum rebah ke lantai mendengar berita itu. Dunianya bagai gelap-gelita bila cintanya mula berputik, semuanya tenggelam dalam badai kehidupan.

TAMAT



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!