Berbezanya Rindu : Bab 1



BAB 1*

Cahaya putih menghalang dirinya untuk melihat dunia yang dia berpijak kini. Kepalanya sedikit pening menbuatkan kepalanya masih lagi berdenyut-denyut lagi. Dia membuka matanya luas dan melihat keadaan sekeliling. Bilik putih bersih itu seakan sinonim dengan sesuatu tempat. Tak mungkin dia berada di situ tetapi di manakah dia sebelum ini?
Bukankah di sini adalah hospital? Bagaimana dia boleh berada di sini? Hati wanitanya tertanya-tanya.

Tiba-tiba, pintu bilik itu terbuka luas. Muncul seorang lelaki berusia 40an datang menghampirinya. Nuraini masih terpinga-pinga memandang ayahnya yang turut berada di sini dan tidak mengerti sama sekali.
“Ayah buat apa dekat sini? Kenapa Ain ada di sini? Ain sakit apa?” bertalu-talu dia bertanya kepada ayahnya yang sedang pucat saja wajah tuanya itu.

“Ain pengsan dekat rumah tadi. Lepas ayah beritahu Ain yang suami Ain kemalangan,” kata Encik Nazwan memberitahu perihal sebenar apa yang terjadi pada dirinya.
“Suami Ain? Abang Zam mana yah? Abang Zam mana?” terus Nuraini menyoal bila ayahnya menyebut tentang suaminya. Dia seakan teringat hal yang di beritahu ayahnya sebelum dia pengsan di rumah.
“Suami Ain ada dalam ICU. Doktor kata, suami Ain dalam kritikal. Mungkin harapan untuk hidup amat tipis. Ain doa-doakanlah supaya suami Ain cepat sembuh ya,” beritahu Encik Nazwan lagi tidak mahu berselindung. Baginya, Nuraini berhak tahu keadaan suaminya meski pun anak perempuannya tidak peduli akan sebelum ini.

“Ain nak jumpa suami Ain sekarang yah. Ain nak jumpa dia sekarang,” Nuraini bangun dari pembaringan dan mahu menuju ke pintu keluar.
“Doktor tak bagi sesiapa pun melawat suami Ain sekarang ni. Tunggu masa yang sesuai ya. Ain balik rumah dulu dan berehat. Suami Ain dah okey nanti, Ain boleh melawat,” ujar Encik Nazwan memberi kata jaminan. Awal-awal lagi dia tidak mengizinkan Nuraini melawat Zamri atas arahan doktor.

“Ain nak jumpa sekarang. Ain nak minta maaf dengan dia. Ain dah banyak salah dengan suami Ain. Ain rasa berdosa sangat dengan dia,” tutur Nuraini sebak dan tetap ingin berlalu pergi menjenguk suaminya.
“Tak boleh sayang. Doktor tak benarkan sesiapa pun masuk. Ayah pun tak boleh masuk. Suami Ain perlukan rehat dan ruang untuk sembuh. Ayah harap Ain faham dan redha apa yang berlaku,” Encik Nazwan cuba memujuk. Moga apa yang telah di rancang, dapat mengubah anak perempuannya suatu hari nanti.

Nuraini sudah kehilangan modal untuk membalas. Tidak tahu alasan apa lagi yang munasabah untuk di beri. Dia tidak betah duduk di sini dan berdiam diri tanpa melihat suaminya terlebih dahulu. Dia terlalu rasa bersalah pada Zamri kerana mengabaikan tanggungjawab seorang isteri saat mereka di satukan dalam ikatan yang sah.

Pada mulanya, dia benci melihat wajah itu. Di sebabkan itu dia telah menampar suaminya setelah mereka di ijab kabulkan kerana perasaan marah datang tanpa di undang gara-gara perbuatan Zamri terhadapnya semasa dia pulang dari keluar bersama teman rapatnya tempoh hari.
Kini, hampir tiga bulan berlalu. Dia tidak tahu rindu apa yang bertandang di hatinya saat ini. Rindu terhadap suaminya kian bercambah kerana cinta. Cinta yang suci dari ALLAH dan baru dia sedari, rindu terhadap suami adalah suatu perkara yang realiti. Bukan suatu perasaan yang di cipta sendiri oleh manusia. Semuanya dari Tuhan yang berkuasa.
Nuraini terpaksa akur dengan kehendak ayahnya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia mengangguk lemah dengan titisan air mata. Dia terlalu ingin menatap wajah suaminya. Saat dulu, dia pernah memuji kekacakan suaminya. Dia rindu semua itu dan setiap detik semakin membuak rasa di hati.

Nuraini bergerak mengiringi ayahnya keluar dari bilik itu. Menuju keluar dari bangunan yang menempatkan suaminya yang entah di bilik mana. Mahu saja dia berlari mencari sang suami namun mungkin menjadi hampa dalam pencarian. Dia biarkan saja agar waktu dapat merubah keadaan suaminya pulih seperti sedia kala.

“Ain nak tunggu suami Ain pulih dulu baru Ain sambung belajar. Ain tak boleh pergi tenang kalau suami Ain masih dalam keadaan yang sama lagi yah,” kata Nuraini memberi kata putus pada malam itu. Setelah pulang ke rumah, hatinya tidak betah duduk diam sendirian. Fikirannya terbayang-bayang akan suaminya yang berada di hospital.

“Ain jangan macam ni. Takkan Ain nak lepaskan apa yang Ain dah dapat. Susah kita nak dapat peluang macam ni. Lagi pun, Ain pergi untuk ambilan pertama untuk tahun ni. Kalau suami Ain tahu, mesti dia kecewa Ain buat keputusan macam ni. Walau apa pun terjadi pada kita, kita tetap kena teruskan hidup kita. Perkara lain, biar ALLAH saja tentukan,” panjang lebar Encik Nazwan memberi kata-kata perangsang buat anak perempuannya. Dia juga terkejut akan keputusan mendadak Nuraini.

“Macam mana Ain nak belajar yah kalau Ain asyik fikirkan suami Ain saja? Macam mana Ain nak lalui di sana kalau abang Zam pun dalam keadaan kritikal?” Nuraini sebak bila menuturkan ayatnya. Dia terlalu risaukan Zamri daripada pembelajaran yang ingin dia sambung di negeri orang. Walaupun masih dalam negara, hidupnya tetap tidak akan tenang selagi tidak berjumpa suaminya dahulu atau tahu keadaan terkini suaminya di hospital.

“Sebab itu ayah suruh Ain banyak-banyakkan berdoa. Moga ALLAH dapat menyembuhkan suami Ain nanti. Hanya masa saja yang di perlukan. Sebab itu kita perlu banyakkan bersabar. ALLAH sedang uji kita. Kita kena redha apa yang berlaku pada diri kita. ALLAH tak uji kita dengan dugaan yang melebihi kemampuan kita. Ini baru sikit sayang. Bila kita bersabar, semuanya akan rasa tenang,” tidak putus Encik Nazwan memberi kata nasihat. Dia tidak mahu Nuraini melepaskan peluang yang sudah ada di depan mata. Nanti, diri sendiri yang bakal rugi.

“Hati Ain tak tenang yah. Ain terlalu banyak sangat dosa dengan suami Ain. Kenapa suami Ain yang jadi mangsa? Kenapa tak Ain je yang kena semua tu?” Nuraini sudah menangis teresak. Dia tidak mampu menahan rasa bersalahnya kepada si suami.

“Sabar sayang. Mesti ada hikmah di sebalik kejadian ni. Ayah nak Ain sabar je apa yang ALLAH bagi dekat kita. Mungkin juga cara ini Ain dapat belajar mencintai suami Ain suatu hari nanti. Cuba perlahan-lahan dan ayah yakin cinta Ain hanya kekal untuk suami Ain saja,” ujar Encik Nazwan menyambung tegurannya kepada si anak.

Esak tangis Nuraini semakin perlahan. Bagaikan di simpan kemas apa yang di katakan oleh ayahnya itu. Dia cuba mengawal riak mukanya agar tidak bersedih lagi. Pantas dia memeluk ayahnya dengan erat. Encik Nazwan yang melihat tindakan pantas itu hanya membalas pelukan dengan senang hati. Moga anaknya tabah dengan apa yang di hadapi dalam dunia ini.

Nuraini semakin lama semakin selesa menyandarkan kepalanya ke dada itu. Alangkah indahnya jika semua itu adalah dia bersama suaminya. Dia memejamkan mata seketika. Membayangkan jika rumah tangganya di usia muda mengecapi kebahagiaan bersama Zamri. Oh Tuhan, moga Engkau memberikan aku sedikit rindu agar cinta kami bersatu. Doa Nuraini tenang di dalam hati.

Seorang lelaki berjalan ke arah wad yang menempatkan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan. Dia yang baru saja tahu sahabatnya terlibat dalam kemalangan, bergegas ke mari untuk mengetahui perkembangan keadaan sahabat baiknya itu.

Setelah masuk, bilik itu di huni sepi di setiap sudut. Perlahan dia menapak kakinya melangkah ke depan merapati katil pesakit itu dan melihat dengan penuh kesayuan. Air matanya hampir menitis tapi di tahan juga agar tidak bertukar menjadi esak tangis.
Mereka berdua akan memasuki ke universiti yang sama tidak lama lagi. Memandangkan keadaan sahabat baiknya itu agak teruk, mungkin dia seorang saja yang akan pergi melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam bidang pengajian Komunikasi dan Media.

Dia mencapai tangan sahabat baiknya itu penuh simpati. Belum sempat dia ingin menggengam tangan itu, tangan itu mula bergerak sedikit. Dia mula terkejut dan tidak menyangka. Bukankah sahabat baiknya itu di khabarkan kritikal padanya setelah di masukkan ke dalam wad? Hatinya penuh dengan persoalan pelik.

**Continue Bab 2



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!