Berbezanya Rindu : Bab 10*



BAB 10*



Zamri bergegas untuk ke café kampus. Dia sudah terlewat 10 minit daripada masa yang di janjikan kepada Shahrul untuk sampai ke sana. Dalam sedang dia membuka langkah seribu, dia terlanggar seseorang perempuan. Perempuan itu tersungkur jatuh dan buku bertaburan. Termasuk bukunya juga jatuh.

“Woi! Buta ke hah?” tengking Zamri tidak semena-mena. Dia melihat wajah yang merempuhnya itu. Semakin naik darahnya naik ke muka.
“Bila jalan, tengok depan. Mata bukan letak bawah kaki,” herdik Zamri mengambil kesempatan untuk membalas. Dia membetulkan bajunya lantas menyambar bukunya di lantai dan terus berlalu pergi tanpa memandang wajah perempuan itu.

Luluh hati Sarah mendengar herdikan dari lelaki yang dia cintai itu. Dia terasa tercabar namun di biarkan saja dek tidak mahu mencari gaduh. Dia takut baran lelaki itu semakin menjadi-jadi jika dia membalas balik.
Sarah mengutip buku-bukunya yang jatuh akibat pelanggaran tadi. Dia mengerling sayu melihat ke arah lelaki itu pergi dan hilang dari pandangan mata. Dia mula membuka langkah dan terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Sorry lambat,” ucap Zamri lalu duduk bertentangan dengan Shahrul yang sudah lama menunggu kehadirannya.
“Kau pergi mana tadi?” soal Shahrul kepastian.
“Aku letak beg dalam bilik,” tutur Zamri memberi jawapan ringkas. Dia menghela nafasnya sambil melihat keadaan sekeliling.
“Buku ni kau bawak pulak,” kata Shahrul hairan.
“Lepas letak beg, aku pergi library nak pinjam buku. Lupa nak pinjam lepas kelas tadi. Langgar pulak dengan budak perempuan tu,” beritahu Zamri keadaan sebenar.

“Budak perempuan mana?” soal Shahrul berminat.
“Siapa lagi kalau yang bukan mengintip aku tu. Jalan pulak tak pakai mata,” gerutu Zamri bila membayangi kejadian tadi.
“Hah? Kau cakap apa dengan dia?” Shahrul menyoal semakin mendalam.
“Aku marahlah dia. Mata letak bawak kaki. Bukan pandang depan pun,” Zamri cuba mengulangi apa yang dia katakan tadi pada perempuan itu.

“Ambil kesempatanlah ni. Bila ada peluang, kau balas betul-betul punya. Dia pulak yang salah tu, bukan main lagi kau,” komen Shahrul sudah tahu agenda Zamri memarahi wanita itu saat peluang itu datang.
“Dah tu, bila lagi aku nak balas. Nak mengendap aku sangat kan. Itu habuan yang boleh aku bagi untuk amaran yang pertama,” ujar Zamri berasa puas dengan apa yang di lakukan.
“Amaran kedua macam mana pulak?”

“Kalau dia buat lagi, tahulah apa aku nak buat,” ujar Zamri masih belum terfikir lagi. Herdikan itu sekadar terlintas di fikirannya. Selebihnya, dia malas mahu memerah minda untuk mengenakan wanita itu.
“Roommate kau sapa? Tak bagi tahu aku pun,” adu Suhaila bila teringatkan Nuraini tinggal di asrama. Pasti ada teman sebilik yang menjadi rakan baru.

“Kawan lama aku masa sekolah rendah. Lama betul tak jumpa dia,” beritahu Nuraini sambil meluahkan perpisahan mereka sebagai sahabat rapat.
“Wah, jumpa balik dekat sini. Untung betul,” itu saja yang mampu Suhaila ujarkan.
Mereka kembali senyap seketika. Mata Suhaila terpandangkan pasangan yang sedang makan di restoran yang sama mereka makan.
“Nampak macam romantik betul pasangan tu,” komen Suhaila pendek.
Nuraini menoleh pada arah mata Suhaila maksudkan itu. Bukan main terkejut lagi Nuraini melihat pasangan itu. Mindanya terbayang kejadian lepas bila melihat pasangan itu juga bermesra antara satu sama lain di café kampus.
“Hah? Roommate aku?” tanpa sedar, Nuraini melafaz serta memberitahu.

“What? Kau pun roommate? Mean that, kawan lama kau dekat sekolah rendah dulu? Are you kidding with me?” Suhaila meminta penjelasan.
“Yes and I admit it. Sebelum ni pun aku pernah tengok dia orang dekat café. Aku tak salah orang dan lelaki tu pun sama jugak,” tutur Nuraini menjelaskan. Moga Suhaila berpuas hati dengan jawapan dia.
“You know what I saw just now, right? Berpegang tangan, pegang pipi, belai rambut. What kind of roommate you have?” sinis saja suara Suhaila.

“Hei! She my roommate.”
“And ex-schoolmate,” tambah Suhaila lagi.
“You have to becareful Ain. Tak pasal-pasal, kau jadi macam dia jugak,” Suhaila memberi peringatan.
“Tadi kata suruh cari lain,” tutur Nuraini pelik.
“Right but not like that in level zero,” ujar Suhaila lagi bernada memerli.
“I know what I’m doing. Zam baru je pergi. Aku tak perlu tergesa-gesa sangat,” ujar Nuraini faham apa yang di maksudkan Suhaila. Dia menyuap nasi ke mulutnya lagi dan mengunyah perlahan.
“Yes. I know what you feel. The problem is, that guy is so awesome. Handsome sangat-sangat,” luah Suhaila menjurus kepada pujian lelaki itu sebenarnya.

“Oh God. Please Su. Dia yang tolong ingatkan kita. Dia pulak yang tertawan,” jawab Nuraini mengangguk faham apa yang di katakan Suhaila sebentar tadi.
“Untungnya aku kalau jadi roommate kau tu. Dapat lelaki yang handsome gila-gila macam tu,” Suhaila meluahkan rasa terujanya. Dia tidak dapat membayangkan jika dia bersama lelaki itu sekarang. Rasa mahu pecah jantungnya itu. Kalau pecah, mati pulak!
“Mungkin rezeki dia dapat lelaki macam tu, apa boleh buat. Kalau rupa macam tu, satu bonus bagi dia,” ucap Nuraini memberi tazkirah.
“Aku pun nak macam tu jugak,” rengek Suhaila bagai anak kecil.
“Kau nak macam tu? Take Shahrul.”
“Hah? Shahrul?” Suhaila sudah melopong terkejut.
“Kenapa?” tanya Nuraini pelik. Ada yang terkurang ke pada sahabat arwah suaminya itu?
“Tapi Shahrul…”

Ayat Suhaila tidak habis. Tidak tahu untuk komen lebih lanjut. Separuh hatinya pula berasa malu yang teramat.
“Shahrul apa?” Nuraini tidak puas hati. Memohon Suhaila menjawab dengan penuh alasan kukuh.
“Tapi Shahrul tak macam tu,” teragak-agak Suhaila menuding jari pada jejaka tadi. Jejaka yang menjadi idamannya.
“Fine. I tell Shah later,” putus Nuraini tiba-tiba.
“What? Kau gila!” sekali lagi Suhaila terkejut.
Nuraini tergelak besar. Bukan main seronok lagi mempermainkan Suhaila. Sudah lama tidak mengusik sahabat baiknya itu.
“Suka sangat usik aku. Jalan kaki balik kampus baru tau,” Suhaila membuat ugutan.

“Aku okey je. Aku boleh tumpang boyfriend roommate aku,” sengaja Nuraini berkata begitu agar Suhaila cemburu.
“Oh no. Kawan telan kawan,” mereka berdua tergelak. Tidak peduli akan suasana restoran yang mula bising bila pengunjung sudah ramai di waktu kemuncak akan tengah hari.



**Continue Bab 11






0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!