Berbezanya Rindu : Bab 2*



BAB 2*


Buat kesekian kalinya Nuraini menangis lagi. Kali ini lebih sebak daripada biasa. Dia tidak tahu sama ada mahu menerimanya atau tidak dengan hati yang rela. Kenapa semuanya harus terjadi pada dirinya? Kenapa bukan orang lain? Dia rela menggantikan tempat suaminya menghadap ILAHI ketika ini. Dia tidak sanggup berpisah dengan suami buat selamanya. Kematian Zamri menjadikan dirinya lemah dan tidak bernyawa. Mahu saja dia meraung bagaikan orang gila namun itu semua hanya melawan ketentuan Takdir.

Rindunya semakin membuak kala ini. Semakin jauh suaminya pergi, semakin dia mengenal erti rindu seorang isteri kepada suami sendiri. Dia sudah buntu. Sekarang, dia pasrah dalam soal ini. Mana mungkin dia dapat mengembalikan suaminya yang sudah tidak bernyawa.
“Mana Abang Zam yah? Tak sampai lagi ke?” tanya Nuraini bila penantiannya berpanjangan. Dia semakin pelik bila apa yang di nantikan masih belum sempat bagi melihat suaminya buat kali terakhir.
“Jenazah suami Ain terus ke masjid untuk di solatkan. Ayah lupa nak beritahu Ain. Lepas solat terus di kebumikan,” beritahu Encik Nazwan bila anaknya mempersoalkan. Jika tidak, pasti dia lupa.
“Kalau macam tu, Ain nak ke masjidlah. Nak tengok arwah Abang Zamri buat kali terakhir,” putus Nuraini meninggalkan ayahnya serta-merta.

Belum sempat dia melangkah pergi, ayahnya sudah pun memegang pergelangan tangannya tanda menghalang. Dia berpaling pada ayahnya meminta penjelasan kenapa menahan dia dari terus berlalu.
“Ain tak perlulah pergi sana. Biar mereka saja yang uruskan semua tu,” ujar Encik Nazwan.

“Apa salahnya kalau Ain nak pergi. Lagi pun, Ain ada hak nak pergi tengok sebab Abang Zam tu suami Ain,” jawab Nuraini tidak puas hati bila ayahnya mengemukakan alasan sebegitu rupa.
“Itu ayah tahu tapi ini amanah arwah suami Ain sendiri. Dia yang tidak izinkan Ain melihatnya jika dia sudah tiada nanti,” beritahu Encik Nazwan lagi tidak mahu berselindung.

“Kenapa Abang Zam buat macam tu dekat Ain? Apa salah Ain yah?” air mata bergenang lagi. Lebih deras dari tadi. Tangan yang di pegang oleh ayahnya tadi, terlepas serta merta. Dia menekup mulutnya mengawal bunyi tangisannya yang mungkin menjadi semakin gila. Kakinya mula lemah dan terjelopok di atas lantai.
Encik Nazwan yang melihat keadaan anak perempuannya yang mula tidak stabil, memaut tubuh kecil itu dari terduduk di atas lantai.
“Sabar Ain. Ini semua dugaan dari ALLAH. Dia sedang menguji Ain sekarang ni. Ain kena banyak bersabar dan redha dengan apa yang berlaku,” Encik Nazwan memberi sedikit kata nasihat. Dia sudah meminta dari ayah Zamri sendiri namun dia terpaksa akur dengan permintaan terakhir menantunya itu.

“Ini surat dari arwah suami Ain. Ayah harap, Ain bersabar dan terima dengan hati yang terbuka. ALLAH lebih sayangkan suami Ain lagi. Mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,” Encik Nazwan menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih. Nuraini sekadar menyambut dengan rasa sebak dan lemah bila sampul bertukar tangan.
Encik Nazwan beransur pergi. Tidak mahu menganggu Nuraini membaca surat dari arwah suaminya.
Nuraini membuka surat itu dengan esak tangis yang masih bersisa. Dia membuka lipatan surat itu perlahan dan mula membaca isi surat dari mula.

Buat isteri tercinta,
Maafkan abang jika surat ini menganggu emosi sayang. Kehadiran surat ini, mungkin sayang tidak lagi berjumpa dengan abang buat selamanya. Abang pergi kerana ALLAH. Ajal maut semuanya di tangan TUHAN. Abang hanya mampu katakan abang hanya cintakan Ain seorang sampai sekarang. Sehingga nyawa abang terlerai pun, cinta abang tetap untuk Ain selamanya. Tidak akan ada sesiapa yang boleh gantikan tempat Ain di hati abang sebagai seorang isteri. Walaupun kita tinggal berasingan, sayang tetap isteri terbaik untuk abang. Layanan sayang cukup istimewa buat abang. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang meskipun sekejap cuma. Abang berdoa, moga Ain juga mencintai abang suatu hari nanti. Bukan hari ini, esok dan seterusnya tapi sampai bila-bila abang akan tunggu saat cinta mula ada di hati sayang. Abang juga cukup bertuah menjadi suami sayang. Akhirnya, impian abang tercapai waima sayang terpaksa berkahwin dengan abang. Mohon maaf dari abang terlebih dahulu.
Salam Sayang
Zamri

Nuraini sudah tidak tahan. Air matanya kian lebat. Surat itu terlepas dari pegangan. Lututnya makin lemah dan akhirnya jatuh bila dunia semakin gelap gelita. Mujur dari tadi Encik Nazwan memerhati anak perempuannya membaca surat itu dan sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku. Nuraini rebah untuk kali kedua. Encik Nazwan mengendong Nuraini masuk ke bilik bersama surat tersebut.

Encik Zakuan memandu keretanya dari tempat kerja ke suatu tempat. Dia ingin berjumpa dengan seseorang yang penting buatnya masa sekarang. Buat masa ini, perkara ini menjadi rahsia antara dia dan seseorang juga tapi tidak ramai yang terlibat. Dia terpaksa merancang ini semua demi mengajar erti sebuah perkahwinan.

Keretanya berhenti di hadapan rumah banglo setingkat milik adik lelakinya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota sebagai ketua eksekutif sumber manusia. Tidak hairanlah adiknya berjaya sepertinya juga. Dalam usia muda, sudah mampu memiliki sebuah banglo bersaiz sederhana. Meski pun tidak sekaya dengan orang lain, mereka dua beradik tetap bersyukur dengan rezeki yang datang dari ALLAH. Cuma adiknya saja yang masih hidup membujang. Mungkin masih belum bersedia untuk menepuhi alam rumah tangga yang penuh likunya.

Encik Nazwan melangkah keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu utama. Pintu pagar pula tidak di tutup. Dia sedikit hairan. Adik dia lupa tutupkah? Hatinya bertanya. Dia mengetuk pintu utama serta salam di beri pada waktu yang sama. Setelah itu, terpacul wajah adiknya yang masih berpakaian kerja. Cuma tali leher saja di longgarkan dari di ikat kemas.

“Abang rupanya. Ingatkan siapa tadi datang,” ucap Zahri menyimpul senyuman buat abang sulungnya. Di hulurkan tangan tanda hormat.
“Kamu baru balik kerja ke?” tanya Encik Nazwan ingin tahu.
“Ha’ah. Sebab tu pintu pagar tak tutup lagi,” ujar Zahri mula tersengih sudah tahu apakah bakal di ucapkan abangnya nanti.
“Risau jugak abang. Buatnya kamu kena rompak. Tak ke cari masalah namanya,” kata Encik Nazwan ketika mereka berdua sedang menuju ke ruang tamu.

“Suka sangat abang bagi andaian macam tu. Bagilah yang positif sikit. Orang datang repair paip ke, orang datang meminang ke,” jawab Zahri sekadar berjenaka.
“Berapa kali sangat paip rumah kamu rosak. Meminang lagilah, memilih sangat adik ni,” Encik Nazwan membalas sambil menampar lutut adiknya yang berada di sebelah di atas sofa.
“Eh! Mana ada. Dia orang yang tak nak. Tak kan adik nak paksa pulak,” ujar Zahri acuh tak acuh.
“Abang datang ni saja je nak tengok…”

“Abang jangan risaulah. Adik boleh jaga dia. Lagi pun, dekat sikit dia nak pergi tempat study dia dekat Shah Alam tu. Kereta abang dah bagi kan. So, abang tak perlu risaulah. Dia pun dah besar panjang,” ujar Zahri sudah faham sedikit sikap abangnya yang cukup risau dengan darah daging sendiri. Mungkin dia juga akan berbuat perkara yang sama juga jika itu terjadi.

“Baiklah kalau adik dah kata macam tu. Abang nak perkara ni jangan di beritahu pada sesiapa pun. Hanya abang, adik dan uncle Nazwan saja yang tahu. Terutama sekali, jangan beritahu Kak Ika, isteri uncle Nazwan dan juga Ain. Tunggu masa yang sesuai dulu,” ujar Encik Zakuan memberi ingatan kepada adiknya.
“Baiklah bang. Adik akan pastikan,” Zahri memberi kata jaminan. Di mana perkara ini sesekali tidak akan bocor pada sesiapa pun.


**Continue Bab 3



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!