Berbezanya Rindu : Bab 3*



BAB 3*


“Jaga diri elok-elok Ain. Kita di tempat orang ni kena beringat sikit. Jaga adab dan ingat mak dan ayah dekat Kuala Lumpur tu. Kalau rasa nak balik, beritahu ayah ya. Nanti ayah masuk duit untuk Ain beli tiket. Kalau Ain nak kami berdua datang, ayah akan cuba kalau tak ada apa-apa kerja,” nasihat Encik Nazwan sepatah dua saat dia menghantar anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara di Pulau Pinang. Setelah habis sesi pendaftaran, mereka menghantar pula Ain ke bilik di blok asrama perempuan.

“Baiklah yah. Ain akan ingat pesan ayah sampai bila-bila,” ujar Nuraini lemah. Sedih pula saat ini bila terpaksa berjauhan dengan keluarga.
“Satu lagi, ayah nak Ain selalu doakan kesejahteraan suami Ain. Moga Ain terima dugaan dengan tabah tanpa suami di sisi. Ain kena pandai jaga diri dan jaga maruah keluarga,” pesan Encik Nazwan lagi.
“Baiklah yah. Ain akan selalu doakan buat Abang Zam. Ayah pun jangan lupa juga ya,” ucap Nuraini mula sebak. Dia peluk tubuh Encik Nazwan bila teringatkan arwah suaminya yang sudah tiada.

“Sudah, jangan menangis lagi anak ayah ni. Ini semua ujian ALLAH untuk Ain. Biarkan ia berlalu. Ain jangan terlalu banyak memikirkan. Kesian suami Ain kat sana,” ujar Encik Nazwan turut sebak. Bukan kerana sedih tetapi ada sesuatu yang tersimpan di hatinya sekarang.
“Mak pun jaga diri ya. Jaga ayah sama untuk Ain,” sempat lagi Nuraini bergurau meski pun hatinya tidak segembira untuk melanjutkan pelajaran di negeri orang di kala ini.

Puan Nasehah hanya tersenyum kecil. Moga kegembiraan milik anaknya nanti bila berada di sini. Dia tidak mahu anaknya bersedih lagi atas pemergian suaminya. Dia mahu Nuraini menjalani kehidupan normal di sini. Bukan di bayangi si suami yang telah tiada di sisi.
“Mak dan ayah balik dululah. Ain jaga diri Ain elok-elok. Kalau ada apa-apa, call saja ayah atau mak di rumah,” kata Encik Nazwan lagi memberi peringatan sebelum pergi meninggalkan anaknya di asrama.
Nuraini hanya mengangguk faham. Dia mencium tangan ayah dan juga maknya sebelum mereka berlalu pergi. Pintu bilik di tutup rapat. Tanda tidak mahu di ganggu ketika ini. Dia menghempaskan punggung di birai katil sambil mengeluh halus. Memandang penuh pertanyaan pada katil kosong di hadapan. Roommate aku belum sampai ke lagi atau aku memang tinggal sorang? Nuraini sedikit kegusaran. Takut juga tinggal keseorangan di sini walaupun kedua-dua belah ada bilik lain dan berpenghuni semuanya.
Nuraini memutuskan untuk mengemaskan barangnya terlebih dahulu. Meletakkan barang yang di bawa pada tempat yang sepatutnya. Baju untuk ke kelas, di sangkut pada penyangkut dan di gantung di dalam almari.

Perkakasan alat tulis semuanya di letak di atas meja dan selebihnya yang tidak di gunakan, di letakkan saja dalam laci meja.
Setelah semua barang di kemas rapi dan tersusun di semua tempat, Nuraini terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Terasa empuknya menyerap ke dalam tubuh yang sedang penat mengemas tadi. Bila kepala sudah mencecah bantal, perlahan-lahan matanya terkaup rapat dan akhirnya memulakan mimpi di waktu masih lagi petang.
Nuraini masih lagi lena kala jam mahu merangkak pada pukul 6 petang. Tiba-tiba, dia di kejutkan oleh ketukan pintu sebanyak tiga kali serta salam dari luar pintu. Nuraini yang mula terjaga, bergegas bangun untuk melihat gerangan yang baru saja datang. Bila pintu bilik terbuka luas, seorang wanita berdiri tegak sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis. Di sebelahnya terdapat bagasi beroda dan sebuah lagi beg pakaian besar.

“Hai. Awak tinggal di bilik ni ek?” sapa wanita itu serta soalan. Di hulurkan tangan tanda mula berkenalan.
Nuraini sudah melopong terkejut. Tidak sangka wanita di hadapan kini cukup dia kenal walaupun sekarang jauh beza dari dulu.
“Oh My God. You’re Ameera, right?” soal Nuraini kepastian. Dia mahu memastikan bahawa dia tidak silap orang.

“Kau Nuraini?” soal wanita itu kembali. Dia juga turut terkejut.
Huluran tangan tidak di sambut lalu mereka berpelukan sesama sendiri tanda rindu. Tidak sangka mereka berjumpa di tempat belajar yang sama. Setelah berpisah jauh setelah tamat sekolah rendah, mereka terputus hubungan.
“Tak sangka jumpa kau dekat sini Mera. Kenapa tak contact aku lepas habis sekolah rendah dulu?” tanya Nuraini ingin dengar dari mulut sahabat lamanya sendiri.

“Sorry. Habis je sekolah rendah, telefon aku rosak. Maklumlah, parents aku bagi telefon murah je masa tu. Sebab tu ada je masalah selalu,” terang Ameera hal sebenar. Dia sendiri tergelak kecil melihat jawapannya sendiri.
“Anak orang kaya pun pakai telefon murah lagi?” soal Nuraini dalan nada memerli. Dia tahu Ameera dari golongan orang yang berada. Mustahil sekarang masih lagi menggunakan telefon yang murah dan biasa saja sepertinya.

“Sekarang dah up sikit. Tak adalah mahal sangat,” Ameera tergelak besar. Nuraini turut ketawa tapi cepat-cepat di perlahankan agar mereka berdua tidak menjadi tumpuan pelajar perempuan yang lain di situ.

“Asyik membebel je tak nak bakal roommate kau masuk ke?” tanya Ameera pula sinis dan selamba.
“Jom, jom. Buat macam asrama sendiri,” sekali lagi mereka berdua tergelak. Gelak tawa mereka semakin tenggelam dek pintu bilik itu di tutup rapat dan di kunci dari dalam.

Seorang lelaki sedang menunggu penuh kesabaran di meja café yang terdapat di kampus itu. Sesekali, mukanya mula berkerut tanda penat menunggu. Matanya juga liar melihat sekeliling jikalau orang yang sedang di tunggu itu muncul di matanya. Namun, sehingga kini masih hampa.

“Hai handsome,” sapa seorang wanita entah dari mata. Wanita itu duduk bertentangan dengan lelaki tersebut. Wajahnya masam mencuka saja.
“Kenapa lambat?” soal lelaki itu mula serius.
“Alah bang. Nama pun perempuan. Memang wajiblah kalau lambat datangkan,” ujar wanita itu selamba. Dia membetulkan rambutnya yang mencecah ke bahu seketika.

“Dah. Abang suruh datang sini nak ajak makan dekat luar. Bilik, so far okey tak?” soal lelaki itu ingin tahu komen dari wanita itu.
“Okay. Not bad. Paling best bila roommate adik ialah kawan lama masa sekolah rendah dulu. Tak sangka betul dapat jumpa balik,” cerita Ameera begitu teruja. Meski pun baru terpisah lima tahun, terasa lama untuk mereka bertemu kembali di sini semula.
“Ye ke? Siapa nama dia?” soal lelaki itu berminat.
“Aik, bila masa jejaka hot dekat kampus ni dah tak ada pilihan lain sampai roommate adik pun nak try jugak,” perli Ameera pelik bila abang sulungnya berminat dengan teman lamanya itu merangkap teman sebiliknya sekarang.

Abang kandungnya, Amran Amri adalah satu-satunya abang yang dia ada. Mereka hanya dua beradik. Cuma abangnya kini sudah di semester akhir. Hanya dia saja yang baru masuk ke UiTM Pulau Pinang di sini. Dia tahu abangnya itu cukup terkenal di sini. Dengan raut wajah yang cukup kacak dan pandai mengenakan pakaian berjenama. Badannya usah di bilang lagi, tegap dan berotot kejap. Wanita mana tidak mahu lelaki seperti itu? Seribu kali sayang, abangnya itu boleh di kategorikan sebagai kaki perempuan. Tak pernah melekat tetap sebagai bakal kakak iparnya.

“Malaslah layan adik ni. Abang tanya je. Mana tahu kali ni abang betul-betul serius ke,” Amran sudah naik bosan. Tahu sangat bahawa Ameera sedang memerlinya. Dia hanya ingin berubah untuk dirinya saja kepada hubungan yang serius.
“Abang nak berubah? Haram!” bidas Ameera cukup sinis. Dia takut itu hanya angan-angan semata yang lahir dari mulut abang sulungnya.


**Continue Bab 4



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!