Berbezanya Rindu : Bab 4*



BAB 4*


Shahrul mengemas barangnya di bilik. Semuanya hampir selesai. Teman sebiliknya sudah pun habis mengemas. Tinggal dia saja berseorangan di bilik. Teman sebiliknya sudah pun keluar dari tadi. Katanya, menjumpai kawan lamanya yang juga memasuki ke Universiti yang sama. Setelah selesai, dia melabuhkan punggung di birai katil. Terasa lenguh di tubuhnya kerana penat mengemas barang di bilik barunya itu. Belum sempat badannya mendarat di atas katil, pintu bilik di buka luas. Muncul sebatang tubuh yang cukup dia kenali. Mujurlah mereka berdua di tempatkan di bilik yang sama.
“Zam, lama kau pergi. Ingatkan sekejap tadi,” sapa Shahrul menegur dulu.

“Aku berbual dengan dia. Lama-lama, makin panjang pulak. Tak sedar sampai berapa jam sembang tadi. Itu pun, dia nak jumpa aku lagi. Biasalah, kawan lama,” ujar Zamri merebahkan tubuhnya di atas katil cuba untuk melelapkan mata.
“Oh, patutlah. Minggu depan dah start kelas. Bermulalah al-kisah kita sebagai pelajar balik,” ucap Shahrul dengan nada bosan.
“Semua orang alami benda yang sama Shah,” ujar Zamri membalas.
“Hanya kau je yang berbeza,” kata Shahrul memberi respons.
“Apa yang berbeza?” soal Zamri melihat Shahrul dengan penuh minat.
“Kau dah mati tapi hidup balik,” terbuntang mata Zamri mendengar kenyataan dari mulut Shahrul itu. Pantas di baling bantal yang dia gunakan pada Shahrul penuh geram. Shahrul pula, sudah memburaikan tawanya berdekah-dekah.
“Bengong! Tak payahlah nak sindir aku pulak,” bidas Zamri penuh protes. Mahu saja di cekik teman sebiliknya itu merangkap kawan baiknya.

“Aku bukan reka cerita tau. Kau yang cipta sinopsis kau sendiri. So, aku cakap benda yang betul,” Shahrul tetap tidak mahu mengalah dalam berbalas.
“Itu aku tahu tapi tak perlulah mengungkit balik. Kau fahamlah sikit kenapa aku buat macam tu. Aku nak bagi dia faham dan pengajaran dekat dia,” tutur Zamri serius. Moga Shahrul faham siapakah ‘dia’ yang dia maksudkan itu.

“Kenapa nak beri pengajaran dekat orang yang tak bersalah?” soal Shahrul mula menduga.
“Kau tahukan dia tampar aku masa hari pernikahan. Aku malu tau. Aku suami, jadi aku tercabar. Tapi, aku tetap sabar sebab aku terlalu cintakan dia. Sikit pun aku tak balas apa yang dia buat,” ujar Zamri mempertahankan dirinya.

“Jadi, perbuatan kau sekarang ni, tak menunjukkan kau sedang membalas balik apa yang dia dah buat dekat kau sebelum ni?” Shahrul masih lagi mahukan jawapan.
“Itu bukan niat aku nak balas balik. Aku cuma mahu dia belajar menghargai aku. Belajar merasai kehilangan dan belajar cintakan aku,” kata Zamri tegas.

“Kalau dia cari orang lain?”
“Entah. Aku tak berani nak cakap apa-apa. Mungkin aku pasrah. Aku tak boleh nak paksa dia lagi,” ujar Zamri kembali berbaring.
“Kau pun, carilah ikhtiar sikit. Takkan kau nak lepas dia macam tu je,” ujar Shahrul pula memberi kata semangat.
“Macam aku cakap tadi, aku pasrah,” ucap Zamri sebelum berpaling pada dinding untuk mengakhiri perbualan mereka berdua pada petang itu.

Shahrul pula menggeleng. Jelas Zamri tidak mahu bersoal jawab lagi tentang itu. Biarkan saja. Buatlah Zamri selagi perkara itu terbaik. Aku tetap sokong dari belakang. Desis hati Shahrul sebelum matanya tertutup rapat. Bilik itu mula bertemankan sepi. Sesekali, langsir di tepi tingkap menari mengikut angin berlalu masuk ke bilik di waktu masih petang.

Nuraini melalui kehidupannya di sini dengan rasa tenang. Dengan adanya teman barunya iaitu teman sebiliknya, Ameera, dia tidak kekok lagi di sini. Semuanya rasa mudah baginya. Seronok juga turut terasa bila berlama di sini dengan kawan-kawan baru. Tidak di sangka juga bila Ameera mengambil bidang yang sama sepertinya, perakaunan.
“Alamak, tiba-tiba pulak rasa dahaga. Aku pergi beli air kejap ek. Kau nak jugak tak?” soal Ameera kepastian.
“Boleh jugak. Aku tak kisah,” balas Nuraini meletakkan buku dan failnya di atas meja.

“Aku turun kejap ya. Tunggu tau,” kata Ameera sebelum menutup daun pintu bilik mereka berdua. Nuraini hanya mengangguk. Kemudian, kelibat Ameera hilang dari pandangan mata. Dia melangkah ke meja dan membuka laci untuk mengambil barang.

Niatnya terbantut serta-merta. Ada sekeping kertas di dalam laci itu dan di lipat kemas. Dia sudah lupa, surat apakah itu. Nuraini mencapai dan membuka lipatan surat perlahan serta melihat isi kandungan. Tanpa sedar, air matanya menitis perlahan. Mengalir ke pipi dan menitis pula di atas kertas itu. Surat dari arwah suaminya yang telah pergi buat selamanya. Rindunya mula timbul di dasar hati. Semakin menitik, semakin seluas lautan biru. Dia membawa surat itu ke dadanya. Seakan memeluk tubuh hangat si suami. Alangkah indahnya jika itu berlaku sekarang. Berada di sisi Zamri menjadikan dia lebih tenang dan indah di mata. Namun, semuanya hilang begitu saja. Suaminya pergi kerana takdir. Dia pasrah dan tidak berminat untuk bercinta lagi.

Nuraini merebahkan tubuhnya di atas katil. Di bawa bersama surat itu dan di letakkan di tepinya. Terbayang lagi jika Zamri berada di sisinya. Tidur nyenyak menemaninya tidak kira siang dan malam. Wajah kacak itu cukup di rinduinya ketika ini. Dia memeluk bantal di sisinya. Matanya semakin berat dan akhirnya terlena mencipta mimpi. Surat di biarkan di situ tanpa menyimpannya kembali.

Ameera memegang 2 tin air yang di beli tadi di dalam satu gengaman tangan. Dia ingin cepat pulang ke bilik kerana tidak mahu Nuraini ternanti-nanti kepulangannya. Perjalanannya terbantut bila dia di sapa dari belakang.

“Hai dik, laju jalan. Nak tengok abang pun tak sudi,” usik Amran tersenyum simpul kepada adik perempuannya itu.
“Eh, Abang Am. Adik mana perasanlah. Bukan sengaja tak nampak okey,” ucap Ameera selamba. Faham benar akan usikan dari abangnya itu. Pura-pura merajuk!

“Air sampai dua, nak bagi abang satu ke?” Amran mencipta soalan. Sekadar berbasa-basi pada pertemuan hari ini. Hari-hari di katakan dia berjumpa adik perempuannya sejak di masukkan ke Universiti yang sama. Walaupun berlainan bidang, dia tetap menjaga adiknya dari semua segi. Takut juga ada lelaki-lelaki yang mahu menganggu adik perempuannya di tempat pengajian ini. Sekarang, semua tempat dia harus berwaspada. Ada saja orang yang suka mengambil kesempatan dengan kelemahan wanita.

“Ini roommate adik punya. Saja beli untuk dia,” jawab Ameera malas. Pantang nampak rezeki depan mata. Semua nak kebas! Gumam Ameera berbisik di dalam hati.
“Oh, adik tak kenalkan dia lagi pada abang. Bila nak kenalkan?” soal Amran lagi bila teringatkan teman sebilik adiknya itu. Teringin benar untuk melihat wanita itu merangkap teman sebilik adik perempuannya. Mahu berkenalan dalam niatnya.
“Baiklah adik kenalkan dia dengan abang cleaner. Lagi banyak faedahnya,” balas Ameera menjawab.

“Tukang cleaner tak ada masa depan. Buat apa cari pasangan macam tu sedangkan ada yang lebih baik,” kata Amran sedikit bosan dengan kenyataan adiknya itu.
“Sekurang-kurangnya, not a playboy okay,” jawab Ameera kembali menyindir.

“Abang nak berubah okey. Tak boleh ke bagi abang semangat sikit? Ini tidak, ada je nak sakitkan hati abang. Abang serius okey,” Amran menyusun ayat. Kalinya ini, dia ikhlas menuturkannya. Bukan tika dia di waktu dulu.

Ameera kehilangan kata. Mendengarkan abangnya memberi kata begitu, hatinya di rundum rasa bersalah. Namun, hatinya sedikit tidak percaya abangnya bakal melakukan perubahan. Sejak abangnya masuk ke Universiti, di situlah abangnya memulakan perangai kasanova. Dia tahu semuanya itu namun baginya, sukar untuk dia terima jika abangnya ingin melakukan sesuatu kebaikan dalam masa yang singkat.


**Continue Bab 5



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!