Berbezanya Rindu : Bab 5*



BAB 5*


Ameera kembali bersama air mata. Setitik mengalir di pipi dek di selubungi rasa bersalah. Bukan sesiapa lagi Amran Amri itu, darah dagingnya sendiri juga. Bukan niat mempersendakan niat baik abangnya cuma dia takut semuanya angan semata dan omongan kosong. Kenapa di akhir semestar mahu berubah? Kenapa di awal cerita abangnya bermain dengan wanita? Persoalan itu berlegar di mindanya. Bukan tidak mahu memperkenalkan Nuraini pada abangnya. Dia takut wanita itu kecewa. Dia tahu semua itu kerana dia juga wanita. Punya hati dan rasa cinta bila hati budi sudah kenal setelah lama berkawan.
Ameera melangkah terus ke depan. Meletakkan dua air tin di atas meja dan berpaling pada katil Nuraini.

Tidur pulak. Patutlah bilik senyap dari tadi. Komen Ameera sedikit. Baru saja dia melangkah setapak, terasa kakinya terpijak sesuatu. Dia memandang ke bawah. Sehelai kertas putih yang dia lihat lalu di capai penuh tanda tanya.

Ameera membaca dengan teliti isi kandungan surat tersebut. Dia tergamam. Kenapa penulis surat ini mengelarkan dirinya sebagai ‘abang’? Adakah surat ini dari suami Nuraini yang sudah tiada? Tetapi kenapa dia tidak di beritahu bahawa Nuraini sudah berkahwin? Atau hanya kekasih hati? Sekarang, pelbagai panggilan boleh di buat untuk pasangan kekasih. Melihatkan ada perkataan ‘isteri’ di dalamnya, sah bahawa Nuraini pernah berkahwin.

Fikirannya melayang pada abangnya pula. Bagaimana jika abangnya tahu hal ini? Kecewa atau gembira kerana mengikut apa yang ditulis, mungkin juga suami Nuraini sudah tiada. Adakah ini peluang abangnya mencuri hati wanita itu untuk di jadikan isteri buat selama-lamanya? Perlukah dia terlibat sama? Persoalan makin bertambah di kepalanya.
Nantilah fikir. Pening asyik fikir pasal orang saja. Rungut hati Ameera. Dia meletak kembali surat itu di sisi Nuraini yang masih lagi dalam lena. Matanya juga tidak terlepas untuk bersama teman sebiliknya itu. Lena di waktu petang memang tidak merugikan. Ameera melabuhkan badannya juga di atas katil. Sebentar saja matanya terkatup rapat.

Sarah Damia. Itulah nama pelajar perempuan yang tertera pada kad pelajar seorang wanita yang sedang membaca buku di kafeteria kampus. Dia hanya berseorangan. Tiba-tiba, matanya tertumpu penuh pada 2 orang lelaki yang baru tiba di meja makan bersama makanan masing-masing. Mereka asyik berbual sehingga tidak sedar dia merenung mereka berdua. Hatinya tertarik pada salah seorang jejaka itu.

“Aku tak selesa betullah kalau ada orang tenung aku ni,” adu Zamri apabila menyedari dia di perhatikan dari tadi semasa sedang makan.
“Siapa tenung kau?” Shahrul melihat sekeliling. Tercari-cari si gerangan yang di maksudkan Zamri.
“Belakang kau tulah. Meja belah kanan kau tu,” kata Zamri memberitahu lebih jelas lagi.
Shahrul menoleh. Zamri masih lagi menatap wanita itu. Wanita itu pula seakan malu-malu dan berbuat tidak tahu apa yang berlaku. Kerana tidak tahan di renung tajam begitu, dia menutup bukunya dan berlalu pergi meninggalkan kafeteria tersebut.
“Asal dia tenung kau tadi?” Shahrul berbalik pada soalan. Sekadar bertanya.

“Entah dia. Tiba-tiba tenung aku macam nak telan. Lapar sangat agaknya. Sekarangkan waktu lunch,” Zamri bersuara sinis.
“Kau handsome lebih kot hari ni,” Shahrul memberi pendapat. Dia sendiri yang tertawa kecil akan ayat yang di cipta.
“Aku dah ada isteri okey. Take a note,” tegas Zamri tolong ingatkan. Dia tidak mungkin untuk jatuh cinta kali kedua. Dia masih mencintai isterinya yang telah menganggap dirinya sudah meninggal dunia. Kini, dia hanya biarkan saja Nuraini hidup di dalam dunia yang penuh dengan bayang-bayangnya. Supaya dapat mempelajari erti kata cinta dan rindu.
“Eh! Bukan isteri kau dekat alam lain ke?” penuh makna Shahrul menutur ayat.

“Tak cukup nasi, dengan pinggan sama kau telan hari ni Shah,” balas Zamri mula bosan dengan usikan Shahrul.
“Okey, okey. Aku gurau je okey. Janganlah emotional sangat,” Shahrul cuba meredakan marah Zamri. Makin di main, takut juga bila-bila masa boleh meletup.

Zamri meneruskan suapan. Ikutkan hati, mahu saja dia beredar dari situ. Di sebabkan Shahrul kawan susah senangnya, di batalkan saja. Mesti dia di label terlalu ambil hati sedangkan Shahrul hanya bergurau.
Setelah mereka berdua selesai makan tengah hari, Zamri memutuskan untuk kembali ke bilik memandangkan dia tidak punya kelas di belah petang. Sama juga seperti Shahrul. Apa yang di fikir mereka berdua sekarang adalah mahu rehat sebentar sebelum menyiapkan tugasan.
Shahrul di landa bimbang. Dalam perjalanan, Zamri diam seribu bahasa. Wajahnya seakan serius. Terasa lagikah Zamri dengan gurauan tadi? Sudah dua kali dia berbuat demikian. Tiada niat untuk menyindir atau memperlekehkan. Hanya usikan dari seorang sahabat agar Zamri tidak terlalu hidup dalam tekanan. Itu saja.

Sesekali Amran menyedut minuman untuk hilangkan dahaga di tekaknya. Dia sudah selesai makan. Menunggu adik perempuannya pula menghabiskan makan tengah hari di luar kampus. Boleh di katakan hari-hari dia membawa adik perempuannya keluar untuk makan tengah hari dan malam dan tidak terlepas juga untuk sarapan pagi jikalau masing-masing sempat sebelum ke kelas.

“Kenapa adik macam senyap je hari ni? Ada masalah ke?” soal Amran memecah kesunyian antara mereka berdua dari tadi. Dia hairan. Selalunya, adiknya selalu mempunyai pelbagai cerita untuk di kongsi bersamanya. Selaku ahli keluarga paling rapat selain orang tua mereka, mereka berdua sentiasa berkongsi rahsia.

“Tak ada apa-apalah bang. Adik cuma penat sikit hari ni,” Ameera terpaksa beralasan. Dia tidak mahu abangnya membaca air mukanya yang tidak tenang saat ini. Pelbagai perasaan ada saat ini. Semuanya bercampur baur dan sukar di mengertikan melalui kata.
“Cuba adik beritahu abang perkara sebenar. You look different today,” Amran cuba memujuk. Dia risau benar pada satu-satu adik perempuannya itu. Dia tidak mahu adiknya terlalu memendam rasa sedangkan dia punya abang yang cukup mengambil berat tentangnya. Sebagai abang, dia berhak tahu apa yang terkandung di dalam hati seorang adik. Tidak kira lelaki atau perempuan. Semuanya saling mengambil berat.

Ameera meletakkan sudu dan garpu pada pinggan semula. Dia melihat ke arah lain sebentar. Belum sempat dia menahan, air matanya gugur membasahi pipi mulusnya. Amran sedikit terkejut akan perubahan drastik adiknya. Pantas dia bangun dan merapati adiknya itu. Di ambil sehelai tisu yang berada di atas meja milik adiknya dan di lap air mata itu agar tidak terus mengalir lagi.

Ameera mencapai lengan sasa abangnya. Di elus lembut lengan berotot itu dan di cuba untuk menahan air mata dari terhasil semula.
“Adik just nak minta maaf tentang semalam. Bukan niat adik sebelum ni nak persendakan abang cuma hati adik asyik menafikan bahawa abang takkan berubah sampai bila-bila. Adik tak tahu nak cakap apa lagi,” ucap Ameera sedikit sebak. Itu saja dia mampu ulas setakat ini. Semua kerana hibanya dia memperlekehkan perubahan abangnya untuk menjadi lebih baik.

“Listen, adik tak pernah ada salah dengan abang. Abang cukup bersyukur ada adik yang selalu mengambil berat tentang abang. Kalau tak, abang tak tahulah abang dah sampai mana. Mungkin takkan berubah sampai bila-bila. Abang cuba sedarkan diri abang dan ternyata abang nak berubah sebab kali ini, abang nak serius,” tutur Amran memujuk. Dia elus lembut rambut adiknya penuh kasih.
“I’m so sorry,” Ameera menangis lagi. Empangan air matanya sudah pecah.

“Just forget about it okay,” pujuk Amran lagi tidak berputus asa. Di tarik adiknya ke dalam pelukan. Esak tangis Ameera masih lagi bersisa. Ameera menyandarkan kepalanya di dada bidang milik Amran Amri.
Ameera terasa aman dan tenang. Mujur abangnya tidak mengambil mengambil hati apa yang dia buat selama ini. Selepas ini, dia akan cuba membantu sedaya yang mampu agar abangnya mengenali teman sebiliknya. Dia tahu, Nuraini juga layak untuk bercinta lagi meskipun suaminya sudah tiada di muka bumi ini. InsyaALLAH.
Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata yang melihat dari jauh adegan adik-beradik itu. Secara tidak langsung, tidak mungkin sama apa yang di tafsirkan melalui mata itu.


**Continue Bab 6



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!