Berbezanya Rindu : Bab 6



BAB 6*


Nuraini menutup daun pintu dengan kuat. Dia menangis semahunya bila melihat adegan pasangan kekasih itu. Dia akui dia terlalu cemburu dan perasaannya tidak dapat menafikan bahawa dia inginkan kasih sayang dari seorang lelaki. Dia juga tidak tahu menahu bahawa Ameera punya kekasih. Melihatkan lelaki itu, sudah cukup membuatkan dia terasa cemburu pada Ameera kerna punya kekasih hati yang cukup lengkap pada pandangan matanya. Kacak dan bergaya. Bertubuh tegap dan tinggi lampai. Dia terasa rugi melepaskan Zamri dahulu. Tidak banyak beza antara lelaki itu dan Zamri. Masing-masing ada tarikan tersendiri.

Nuraini meletakkan buku di atas meja. Begnya pula di letakkan di sisi katil. Tubuhnya di rebahkan pada dada katil. Dia ingin berehat dan mahu ketenangan sepenuhnya. Dia cuba mengawal air matanya. Agar dia tidak terus menangisi pemergian arwah suaminya, Zamri. Dia cuba menerima waima dia pasrah dengan ketentuan ILAHI.
Dia menutup matanya perlahan. Menghalau segala masalah yang membelenggu diri dan hatinya kini. Akhirnya, tertutup rapat dan lena di waktu petang yang baru saja memasuki jam tiga.

Sarah termenung panjang sementara menunggu pensyarah masuk ke dalam kelas. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lain. Ada yang berbual sesama sendiri. Ada yang bertanyakan hal tugasan dan macam-macam lagi. Dia juga menunggu rakan baiknya tiba untuk duduk di sebelahnya.
“Hai Sarah,” sapa seorang perempuan mula menghampirinya.
“Termenung jauh nampak,” tegur salah seorang dari mereka berdua pula. Mereka mula duduk di kerusi sambil saling berpandangan sesama sendiri kerana pelik dengan sikap pendiam yang ada pada sahabat mereka yang sorang tu.

“Hei Sarah. Asal ni? Muka macam mati laki je kita orang tengok,” sergah Nazurah menyedarkan Sarah dari lamunan yang berpanjangan.
“Tak ada apa-apalah,” ujar Sarah tidak mahu membangkitkan apa yang dia lalui hari ini.

“Mesti ada apa-apa ni. Ceritalah dekat kita orang. Kita orang pun nak tahu jugak,” Nazurah sudah mendesak serta teruja untuk mendengar. Kalau bab-bab cerita, dialah paling laju hendak tahu. Sambil menjadi pendengar setia masalah yang di hadapi sahabat baiknya itu.
“Mana ada apa-apa. Aku cuma penat je hari ni. Bosan tak ada mood nak belajar,” ujar Sarah memberi alasan agar kedua sahabatnya itu puas dengan jawapannya.
Nazurah dan Atikah saling berpandangan. Sama-sama mengangkat bahu tanda masih lagi tidak mengerti. Mereka sekadar menerima jawapan Sarah dengan sepintas lalu. Malas mahu bersoal banyak jika wanita itu sendiri tidak mahu membuka mulut. Lagi pula, pensyarah sudah pun tiba di dalam kelas.

Mereka semua mula menumpu perhatian. Agar setiap seorang tidak tercicir satu pun apa yang cuba di sampaikan oleh pensyarah. Mereka mula tekun saat ucapan pembukaan di berikan lalu pensyarah itu mula menyambung pengajaran yang tergendala pada kelas sebelum ini. Ketika itu, otak Sarah ligat memutarkan wajah jejaka itu. Padanya, lelaki itu kacak di matanya. Terasa di hatinya ingin bercinta. Dia tidak punya pengalaman namun hatinya keras mahu mencuba juga.

Ameera sedang tekun membaca majalah Remaja. Sesekali, tangannya menyelak muka surat seterusnya setelah selesai. Mata terus tertumpu pada isi majalah itu tanpa melihat kiri dan kanan. Nuraini pula asyik dengan tugasan yang belum selesai.
“Kau dah siap ke kerja yang pensyarah bagi?” soal Nuraini tiba-tiba.
“Belum. Lagi sikit. Malam nantilah aku buat,” jawab Ameera masih lagi dalam penumpuan pembacaannya.

Suasana kembali sunyi. Nuraini tidak tahu tajuk perbualan apa lagi untuk di bangkitkan agar sunyi di bawa pergi dari bilik mereka berdua. Fikirannya terlintas lelaki yang memeluk sahabat baiknya tempoh hari. Siapakah jejaka kacak itu? Kekasih hati Ameerakah? Beruntungnya Ameera punya teman lelaki seperti itu. Dia terlalu idamkan tetapi dia lebih idamkan arwah suaminya yang telah pergi. Untuk menatap wajahnya, dia tidak punya sebarang gambar. Alangkah indahnya jika dia menyimpan gambar perkahwinan mereka berdua. Bukan itu yang di beri pada Zamri malah tamparan hebat saat Zamri mahu menyentuh tangannya.

Nuraini tidak tahan lagi. Air mata gugur dari kelopak matanya bila mengenangkan kejadian itu. Tanpa di sedari membasahi kertas tugasannya. Cepat-cepat di sapu agar cepat kering. Dia cuba mengawal air matanya supaya tidak bertukar menjadi tangisan. Dia juga berharap Ameera tidak menyaksikan dirinya saat ini.
“Mera,” panggil Nuraini memecahkan lagi kesunyian antara mereka.
“Hmm…” sahut Ameera bersedia mendengar. Matanya tidak berganjak.

“Kau dah ada teman lelaki?” soal Nuraini berani.
“Kenapa? Muka aku macam dah ada teman lelaki ke?” soal balik Ameera dengan soalan. Dia tidak mahu terlalu memberi jawapan. Biarkan rahsia seketika.

“Tak sebab hari tu aku ada nampak…”
“Oh, dia kawan aku je. Tak lebih dari tu pun,” pantas Ameera memotong Nuraini dari terus berbicara. Mungkin Nuraini telah menyaksikan adegannya dia di peluk abang kandungnya tempoh hari. Melihatkan reaksi Nuraini seperti terpinga-pinga, dia mahu ketawa tetapi di tahan saja agar rahsia tidak bocor.
Nuraini semakin hairan. Dia seakan tidak boleh terima jawapan Ameera itu. Kawan? Sampai berpelukan pun masih lagi berkawan. Atau Ameera tidak mahu memberitahu dia siapakah jejaka itu? Kesimpulannya hanya dua, Ameera tidak mahu memberitahunya atau memang benar lelaki itu hanya kawan saja gelarannya.
Nuraini tidak mahu berfikir lagi. Dia lebih suka jika tugasannya di siapkan secepat mungkin. Dia tidak suka kerja selalu bertangguh kemudian. Semakin lama, semakin banyak jika di biarkan. Ameera sesekali menjeling pada Nuraini yang sedang tekun membuat kerja. Mujur bakal kakak iparnya tidak soal banyak. Detik hati Ameera tersenyum kecil dengan ayatnya itu.

Zamri masih lagi rimas dengan renungan tajam oleh seorang wanita sejak dia makan tengah hari bersama Shahrul tempoh hari. Entah kenapa renungan itu membawa maksud yang mendalam untuknya. Dia tidak tahu apa yang cuba di lakukan oleh wanita itu. Sekadar melihat atau mahu menggodanya. Dia tidak akan terpesona sesekali pun. Dia ada isteri dan dia ada cinta. Cintanya hanya buat Nuraini. Bukan untuk wanita lain. Dia tidak mahu di label kasanova di mata Shahrul jika dia melayan wanita misteri itu.

“Aku rasa, budak perempuan tu syok dekat kaulah,” ulas Shahrul memberi pendapatnya sendiri ketika mereka sedang sarapan pagi di café.
“Aku harap mulut kau tak masin. Aku dah ada isteri dan aku hanya cintakan isteri aku sahaja,” dalam soal ini, Zamri bersuara serius. Dia tidak mahu main-main. Jika benar wanita itu cinta padanya, dia perlu lunturkan rasa cinta itu agar dia tidak di buru oleh wanita lain.
“Tapi tak salahkan kalau kau…”
“Never! Never and ever. Aku sesekali tak kan pernah kahwin dua. Itu bukan cara aku. tak kiralah isteri aku setuju atau tidak, aku tetap hanya satu. Kau ingat, senang ke nak jaga?” Zamri menyoal. Dia ingin tahu juga pendapat dari Shahrul.

“Bagi aku, kalau mampu, tak apa kan,” Shahrul menjawab dalam nada teragak-agak. Dia sendiri tidak pasti dengan jawapannya sendiri. Adakah dia akan berbuat begitu pada isterinya nanti suatu hari kelak? Fikir Shahrul seketika namun dia sukar untuk menjangka perkara rahsia ALLAH.

“Mampu, semua orang boleh buat. Masalahnya, nak jaga hati tu yang susah,” ujar Zamri memberi pendapatnya. Pendapatnya itu memang betul dan Shahrul mengiyakan saja tanda setuju.
Mata Zamri terarah pada tubuh yang mula datang menghampiri di kawasan café. Dia sudah menduga. Wanita itu datang mengikut waktunya.
“Shah, jom blah,”



**Continue Bab 7



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!