Berbezanya Rindu : Bab 7*



BAB 7*



“Adik cakap apa masa dia tanya hari tu?” tanya Amran setelah adiknya menceritakan bahawa Nuraini bertanyakan Ameera sudah ada teman lelaki atau tidak.
“Adik cakap yang abang hanya kawan adik je,” kata Ameera memberi jawapan.

Mahu tersembur juga makanan yang di kunyah Amran saat jawapan itu lintas di telinganya. Mujur dia dapat mengawal lalu menghirup sedikit air di dalam gelasnya.

“Kenapa adik cakap macam tu? Dahlah dia nampak apa yang kita buat masa tu. Mesti dia rasa pelik bila adik peluk abang,” ujar Amran hairan kenapa adiknya tidak memberitahu hal sebenar.
“Saja. Nak buat surprise dekat dia,” ujar Ameera memberi jawapan ringkas.

“Mesti dia fikir adiknya jenis sosial. Peluk ikut suka je lelaki yang adik nak,” kata Amran memberi gambaran jika Nuraini berfikir buruk terhadap adiknya.
“Adik belum pernah lagi tau buat macam tu. Just only hugging you, one and only my brother,” ujar Ameera sejujurnya. Dirinya memang kelihatan sukakan hiburan tetapi belum pernah dia memeluk lelaki lain selain dari abangnya. Dia masih tahu batas-batas yang perlu di jaga sebagai seorang wanita.

“One more thing, bila ada masa yang sesuai, adik kenal kan pada abang. Masa tu, baru dia tahu yang lelaki itu adalah abang Mera sendiri. Sekarang, kita bagi dia masa sikit,” ujar Ameera memberitahu perancangannya.

“Tak sabar pulak abang rasa. Alang-alang ada keserasian nanti, boleh abang terus kahwin,” luah Amran sejujurnya.
“Mom and dad already told you, right? Habis belajar dulu baru boleh nak kahwin,” ujar Ameera mengingatkan.
“I still remember. Abang hanya luah ketidaksabaran abang je. Maklumlah, kasanova baru nak insaf,” ujar Amran dia masih ingat pesan orang tua mereka.

“Kutuk diri sendirilah tu,” balas Ameera memperli abangnya. Mereka sama-sama ketawa. Namun cuba di kawal agar pengunjung lain tidak melihat mereka pelik. Mereka juga menghabiskan sisa makanan di pinggan sebelum Amran menghantar Ameera pula ke kampus.

“Semester dua aku nak kita duduk luar,” putus Zamri membuat keputusan.
“Kita? Nak duduk rumah dekat mana area Shah Alam ni?” ujar Shahrul kembali berkerut dahi. Setahunya, susah untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar Shah Alam ni. Semuanya mahal-mahal.
“Kita stay dekat rumah pak cik aku. Dia duduk dekat Shah Alam. Tempat kerja dia pun sama,” kata Zamri memberi jawapan.
“Aku boleh ke tinggal situ? Nanti apa pulak kata pak cik kau,” ujar Shahrul pula ragu-ragu. Dia tidak mahu orang lain mengatakan dia mengambil kesempatan.

“Apa pulak tak bolehnya. Aku bukan bawak orang asing. Kawan aku sendiri,” jawab Zamri menerangkan lebih lanjut.
“Okey. Aku tak kisah sangat tapi bila masa kau buat keputusan ni? Tiba-tiba je nak duduk dekat luar,” ujar Shahrul ingin tahu keputusan Zamri yang mendadak itu bila dia fikir semasaknya.
“Dari awal semester lagi. Sebab ayah aku ada bagi kereta. Sayang pulak rasa tak guna. Lagi pun, ayah aku suruh pak cik aku tolong tengok-tengokkan aku. Kau tahukan status aku sekarang ni macam mana,” ujar Zamri memberitahu.

“Oh, bukan sebab budak perempuan yang intai kau tu?” kata Shahrul menduga sebab Zamri mahu berpindah ke luar.
“Tak ada maknanya aku nak berambus sebab betina tu,” balas Zamri bengang bila isu itu di masukkan sekali.
“Amboi! Marahnya. Jangan kau kata kau jatuh cinta dengan dia sudah nanti,” ucap Shahrul memberi ramalan kebarangkalian.
“Mintak simpang. Aku pun tak ingin. Kalau kau nak, kau ambiklah. Aku relakan dan bukak pintu luas-luas untuk kau,” jawab Zamri sinis.
Shahrul sudah tergelak besar dengan jawapan Zamri. Ada kalanya, Zamri pandai membuat jenaka. Tidak hairanlah ramai yang menyenanginya bila berkawan. Termasuk dirinya juga. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Setakat ini, tiada lagi yang jatuh cinta kecuali perempuan misteri yang masih lagi mengekori Zamri melalui pandangan mata dari jauh.

“Hoi, dahlah gelak tu. Macam sebilik dengan orang sewel pulak aku ni,” gerutu Zamri lantas membaling bantalnya kepada Shahrul yang sedang ketawa sakan.
“Tak ada apalah. Tak tahan gila dengan ayat kau,” kata Shahrul masih lagi dengan sisa tawanya.
Zamri merengus. Malas mahu melayan kerenah sahabat baiknya itu. Di ambil bantal lain untuk menutup mukanya kerana silau dek lampu yang masih lagi terpasang.
“Eh, ayah kau bagi kereta apa ek?” tanya Shahrul setelah ketawanya reda.

“Kenapa? Kalau kereta murah, kau tak nak naik? Kalau tak nak naik, kau jalan kaki je pergi kelas,” Zamri membidas sebelum Shahrul mengkritik apa-apa mengenai keretanya.
“Sampai hati kau ek tak nak tumpangkan aku. Aku tak cakap apa-apa pun lagi,” Shahrul sudah membuat ayat simpati.
“Sebelum kau cakap apa-apa, baik aku bagi habuan dulu,” ujar Zamri di susuli ketawa.

“Takut sangat aku kutuk kereta kau. Tahulah kau tu anak orang kaya. Sah kereta besar-besar ayah kau bagi punya,” balas Shahrul kembali tetap mahu menang.
“Banyaklah kau. Manalah aku tahu ayah aku bagi kereta apa. Itu pun, pak cik aku yang beritahu aku,” tutur Zamri menceritakan perihal sebenar.
“Okay. Fine. Off topic,” Shahrul tidak berminat lagi untuk dia meneruskan. Mereka berdua berdiam diri dan menjadikan bilik itu di huni sepi seketika. Kedengaran pula komputer riba milik Shahrul berbunyi saat paparan mula keluar di skrin meminta kata kunci di masukkan.

Zamri memandang Shahrul yang mula tekan melayan komputer riba. Dia tahu, sahaja Shahrul melayan, tidak akan di layan lagi dunia yang berpijak kini. Sebentar lagi akan masuk ke dalam dunia permainan yang ada di dalam komputer itu. Zamri malas mahu menganggu lantas dia cuba memejamkan matanya. Zamri terlena manakala bilik mereka sedikit di temani dengan bunyi dari komputer riba Shahrul meski pun di perlahan sedikit agar lena Zamri tidak terganggu.

Sarah tidak dapat tidur dengan sempurna. Mindanya merayap pada wajah yang menjadi bayangan hidupnya kini. Dia seperti mahu menjadi gila bila memikirkan jejaka tampan itu. Dia tidak minta untuk jadi begini. Ianya lahir dari hati yang membuak-buak dengan sendiri. Dia takut dirinya semakin parah. Takut cintanya hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Dia perlu mengawal dirinya juga dan cuba untuk berusaha memikat hati lelaki itu.
Tidakkah nampak ianya terlalu terburu-buru mencari cinta. Dia baru semester pertama sudah pandai mencari cinta. Dia masih mentah meski pun dia sudah mampu mencari pasangan hidup sendiri. Namun, dia buntu memikirkan caranya.

Tidak salahkan jika wanita memulakan dulu meluahkan rasa cinta? Dia tidak pinta untuk jatuh cinta pada waktu terdekat ini namun hatinya memaksanya untuk mencintai lelaki itu sepantas ini.
Aduh! Jiwanya semakin tertekan. Dirinya gelisah. Teman sebiliknya sudah lama di buai mimpi. Hanya dia saja tiba-tiba meroyan kerana seorang lelaki yang dia tidak kenali.
Mindanya di cuba membuang jauh bayang-bayang lelaki itu. Dia tidak mahu membayangkan lelaki itu ketika dia sedang lena. Matanya di pejam rapat. Deruan nafas di tarik agar lebih tenang. Semakin lama dia menyelesakan diri dan akhirnya terlena jua.



**Continue Bab 8







0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!