Berbezanya Rindu : Bab 8*



BAB 8*

“Korang percaya tak dengan cinta pandang pertama?” soal Sarah tiba-tiba sekali gus memghentikan perbualan Nazurah dengan Atikah.
“Hah?” mereka berdua melongo. Terasa pelik dengan soalan Sarah kali ini.

“Aku tanya kau orang berdua ni,” cepat-cepat Sarah menyedarkan mereka dari tadi seperti batu saja lagaknya.
“Apa yang kau tanya tadi?” Nazurah kembali bertanya. Ingin sekali lagi Sarah mengulangi soalan itu agar dia tidak silap dengar. Sama juga seperti Atikah.

Sarah sudah merengus geram. “Korang percaya tak dengan cinta pandang pertama?” sekali lagi Sarah mengutarakan pertanyaan.
“Cinta pandang pertama? Percayalah jugak sikit-sikit. Dalam 50-50. Kenapa? Jadi, sebab yang inilah ya kau muram sejak dua menjak ni ek? Kau jatuh cinta dengan siapa?” perangai menyibuk Nazurah mula muncul. Pelbagai soalan di ajukan dalam satu masa.
“Siapa lelaki bertuah ni? Mesti handsome kan. Aku tahu taste kau mesti tinggi punya,” kata Atikah pula menduga.

“Handsome tu memanglah handsome tapi aku tak kisah sangat. Aku tak tahulah kenapa aku jatuh cinta dekat dia. Aku tak mintak pun semua ni,” ujar Sarah apa yang lahir dalam hatinya.
“Wow, cinta ikhlaslah ni ya,” sedikit sinis suara Nazurah. “So, apa kau nak buat sekarang? Kau nak tackle lelaki tu ke?” Nazurah tetap ingin tahu rancangan Sarah. Dia lebih untuk tahu bagaimana perubahan Sarah dalam hadapi soal cinta.

“Tengoklah dulu macam mana. Aku sebenarnya malas nak fikirkan sangat hal-hal begini,” kata Sarah letih jika di fikirkan banyak kali soal cinta yang mungkin tiada penghujungnya.
“Okey. Kalau kau ada terjumpa lelaki yang kau suka tu, beritahulah kita orang ek. Kita orang pun nak tengok jugak,” pinta Atikah teruja ingin melihat wajah dambaan sahabat baiknya itu.

Sarah mengelus halus. Inilah punca dia malas untuk menceritakan hal cintanya. Mulalah mereka turut mahu lihat lelaki itu sedangkan, selalu juga dia mengekori lelaki itu ke mana saja. Habis rosak rancangan dia jika mereka berdua tahu siapa gerangan lelaki itu. Dia takut mereka berdua merampas cinta hatinya itu. Argh! Hatinya membentak kuat. Dia akan cuba menyepikan diri untuk tidak memberitahu lagi tentang cintanya itu.

Zamri merasa lega setelah membuang air di tandas. Setelah membetulkan seluarnya agar tidak longgar, matanya terpaku pada seorang wanita yang cukup dia kenali. Wanita misteri yang selalu merenungnya dengan tajam dan penuh minat. Zamri seolah rimas dan gusar akan wanita itu. Seperti ingin membaham mangsanya untuk di ratah puas.

Zamri membuka langkah seribu untuk kembali ke kelas. Tidak tahan hatinya bila melihat wanita misteri itu asyik mengikutinya ke mana saja. Sampai saja di kelasnya, dia meluru masuk dan menutup daun pintu dewan kuliahnya segera.

“Zam, kenapa dengan kamu ni?” soal Puan Zilawati kepada Zamri seperti termegah-megah masuk semula ke dalam kelas.
“Tak ada apa-apalah puan. Takut terlepas pula apa yang puan ajar nanti. Tu saya balik cepat tu,” ujar Zamri mereka alasan. Jika dia memberitahu, pasti akan menjadi bahan ketawa rakan sekelasnya. Seorang wanita mengintip seorang lelaki di UiTM Shah Alam. Jangan masuk Metro Harian sudah. Desis hati Zamri. Dia kembali ke mejanya.
“Asal muka kau nampak pucat je bila masuk kelas?” soal Afiq. Rakan sekolah menengahnya dulu merangkap rakan sekelasnya kini yang mengambil jurusan yang sama sepertinya.

“Nantilah aku cerita,” ujar Zamri malas. Dia mahu menumpukan perhatian pada pensyarah sekarang. Itu lebih penting dari memikirkan wanita misteri itu yang semakin gila mengekorinya ke mana saja.

“Kau tak rasa pelik ke dengan Sarah tu?” tanya Nazurah bersuara meminta pendapat dari teman sebiliknya, Atikah sendiri. Mujur mereka sebilik. Senang mahu bercerita dan melakukan kerja bersama-sama.
“Apa yang pelik dekat Sarah tu?” soal Atikah yang sedang mengemas pakaiannya yang telah di basuh.

“Tiba-tiba je dia jatuh cinta. Masa sekolah menengah dulu, mana dia layan lelaki. Nak bercinta pun tak nak. Bila masuk sini, terus jatuh cinta. Entah siapa lelaki tu aku pun tak tahulah. Entah laki orang apa yang dia nak tu,” ujar Nazurah membuat spekulasi buruk kepada sahabatnya itu. Bukan dia mahu mengata tetapi perubahan drastik Sarah membuatkan dia rasa hairan.

“Tak kanlah Sarah nak rampas laki orang. Lagi pun, ada ke lelaki yang tengah belajar yang dah kahwin?” soal Atikah lagi ingin tahu.
“Ada apa. Orang kahwin mudalah Tikah oii. Itu pun kau tak tahu. Buatnya Sarah rampas lagi orang, tak mengaku kawan aku dia tu. Cepat betul dia berubah,” ujar Nazurah lagi.
“Kau ni pun satu, dah dia pun nak jugak merasa bercinta. Mestilah setiap orang ada keinginan untuk bercinta,” sangkal Atikah tidak berapa setuju untuk mengetepikan Sarah sebagai sahabat lama mereka di sekolah menengah lagi.

“Memanglah dia nak bercinta, masalahnya, cara dia bercinta tu aku pelik. Kau tengoklah cara dia tanya kita hari tu. Cinta pandang pertama. Dahlah dia tak beritahu siapa nama budak tu. Duduk dekat mana. Ambil jurusan apa,” ujar Nazurah masih lagi tidak berpuas hati.
“Amboi, takkanlah dia nak beritahu semua maklumat budak tu dekat kita. Kau cemburu ek?” teka Atikah tersenyum sinis.
“Buang masa aku je cemburu dekat dia. Aku nak belajar dulu okey. Biarlah cinta tu datang sendiri,” ujar Nazurah tidak berminat sangat untuk mencari cinta dalam usia semuda begini.
“Asal jiwang sangat kau ni? Ayat macam dah putus harapan dah aku tengok,” kata Atikah pula menutup almarinya setelah selesai urusan pakaian.

“Bukan putus harapan tapi kita kena ikut flow. Boleh nak cari cinta tapi biarlah berpada sikit. Ini tak, baru semester satu dah tangkap cintan dengan lelaki. Cepat sangat kalah dengan nafsu,” kecam Nazurah sekerasnya penuh serius saja nadanya.

“Choi! Mulut tu tak berlapik langsunglah kau ni. Cuba cakap elok-elok sikit,” sangkal Atikah sedikit keras agar Nazurah mengawal kelancaran mulutnya. Dia tahu, kalau tentang mulut power, Nazurah lah yang menang. Ada saja idea-idea panas yang tercetus dari bibirnya itu.
“Aku cakap benda yang betul okey. Aku cakap supaya kita ni tak terhegeh-hegeh nak berlaki. Lainlah kalau memang dah jodoh. Ini tak, final exam belum start, dah mula tunjuk exam kan diri cari lelaki. Tak nampak terdesak ke?” Nazurah masih lagi meneruskan pendebatannya.
“Biarlah Sarah dengan pencarian dia tu. Kita nak menyibuk buat apa. Esok kita senyap je pasal ni. Malas nak ambil tahu dah. Mulut kau pun better diam je. Tak pasal-pasal, lari pulak Sarah tu nanti. Kan susah nak pujuk nanti,” Atikah mengingatkan tentang Sarah. Tentang persahabatan mereka yang terbina sejak dari sekolah menengah lagi. Lebih susah jika semuanya hancur dek mulut Nazurah yang pedas lagi panas itu.

“Jangan salahkan aku kalau jadi apa-apa dekat Sarah tu. Kita tengok je lah nanti,” tutur Nazurah tetap berpihak padanya. Dia ingin melihat apa yang berlaku seterusnya.

Sarah menangis teresak-esak di dalam biliknya. Dari mula sehingga habis dia mendengar dua sahabat baiknya mengkritik soalnya bila dia jatuh cinta. Salahkah dia bercinta atau dia tidak layan kerana sikapnya tidak melayan lelaki ketika sekolah dahulu? Adakah sebab perkara sekecil itu?

Dia hanya mencintai. Bukan menagih cinta dari lelaki. Memang dia tidak kenal lelaki itu tapi dia cuba usaha dengan sendiri. Tiada pun bantuan orang lain termasuk Nazurah dan Atikah dalam misinya. Mujur teman sebiliknya belum pulang dari tadi kerana belajar bersama kawannya yang lain.

Lebih baik, dia diam terus selepas ini. Dia malas mahu berkongsi cerita lagi dengan mereka yang tidak pernah memahami dirinya. Dia juga manusia. Mahu merasa mencintai dan di cintai.


**Continue Bab 9



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!