Berbezanya Rindu : Bab 9*



BAB 9*


Nuraini membuka pintu bilik. Matanya terbuntang luas. Tidak di sangka dia melihat kawannya berada di depan matanya. Bukankah mereka berlainan tempat pengajian?
“Hai Ain. Sorang je?” soal Suhaila tersengih.
“Ya ALLAH. Bila kau sampai Su? Aku rindu kau sangat-sangat,” pantas Nuraini memeluk Suhaila yang masih lagi tegak berdiri di hadapan biliknya.

“Baru je Ain. Aku pun rindu dekat kau sangat-sangat,” luah Suhaila juga turut membalas pelukan sahabat baiknya itu.
“Kau cuti hujung minggu pun kau sanggup datang sini? Over rindu betul kau ni,” tutur Nuraini memerli. Dia juga tersenyum simpul.
“Aku datang sini sebab ada kenduri. Alang-alang, terus singgah sini,” kata Suhaila di susuli ketawa kecil.
“Macam mana cerita kau dengan Shah? Ada apa-apa ek?” Nuraini membuat andaian sendiri.

“Kita orang mana ada apa-apa. Entah-entah, dia dah ada girlfriend,” Suhaila meneka sendiri. Dia juga ada menaruh hati pada Shahrul sebenarnya tapi melihatkan lelaki itu seperti tidak berminat untuk bermain cinta, di biarkan saja perasaan itu di terbang masa.
“Ye ke? Mesti cantik dari kau lagi kan,” kutuk Nuraini secara tidak langsung.

“Mulut!” gerutu Suhaila mencubit lengan Nuraini. Ketawa Nuraini meledak semakin kuat.
“Tak bagi tahu aku pun asrama kau ada pontianak mengilai,” Suhaila tidak terlepas untuk membalas juga.

“Pontianak ni special sikit. Sebab dia muncul waktu siang saja. Paling baik, siap layan tetamu lagi,” seloroh Nuraini membalas jenaka Suhaila. Mereka ketawa bersama-sama sambil memasuki ke bilik Nuraini. Pintu bilik di tutup rapat agar tidak menganggu mereka berbual mesra setelah lama tidak bersua muka.

“Aku naik rimaslah betina tu asyik ikut aku je,” rungut Zamri sudah tidak tahan. Dia mula seakan tidak selesa bila ada orang menghendapnya ke mana saja dia pergi.
“Aku nak pindah. Aku nak duduk luar,” putus Zamri menjumpai jalan buntu baginya.

“Kalau kau pindah pun, dia tetap akan ikut kau jugak. Kita satu universiti Zam. Dia tetap akan cari kau nanti,” Shahrul memberitahu. Dia tidak mahu keputusan Zamri memburukkan lagi keadaan. Walaupun Zamri tidak di ekori lagi, mereka masih lagi berada di tempat pengajian yang sama. Sudah pasti akan bertemu jua nanti.
“Gila betul kalau macam ni. Macam mana aku nak lari? Kau tahu tak, sampai ke tandas pun dia ikut aku? Aku tengah betulkan seluar pun dia tenung aku macam nak telan tau tak,” nada Zamri sudah meninggi. Moga Shahrul sedar sampai tahap begitu wanita misteri itu mengintipnya. Mujur saja dia tidak berada di dalam tandas semata-mata mahu menghendapnya membuang air.

“Hah?” Shahrul sudah terkejut. Dia tidak menyangka sehinggakan wanita itu mengikut Zamri ke tandas.
“Tahu pun terkejut. Nasib baik dia tak masuk sekali dalam tandas tu. Kan dah jadi kes lain nanti. Aku pulak yang di persalahkan,” ujar Zamri tidak terbayang jika ianya berlaku.

“Kes kau macam parah dah ni. Tunggu je lah. Berapa bulan lagi nak final exam,” kata Shahrul pula agar Zamri bersabar.
“Senanglah kau cakap. Kau tak kena. Kalau kau ada dekat tempat aku, aku rasa nak pindah je,” ujar Zamri lagi yang Shahrul mungkin tidak memahami keadaannya.

“Tak sangka betul kau ada secret admire. Baru semester satu dah ada orang terkejar-kejar. Nampak sangat orang tengok kau ni masih single lagi,” tutur Shahrul sedikit mengusik.
“Dahlah. Aku tak ada masa nak bergurau dalam hal ni. Aku dah ada isteri jadi tolong faham aku. Aku sayang isteri aku dan dia saja yang aku cinta,” lafaz Zamri entah ke berapa kali bahawa cintanya tetap kukuh buat Nuraini.

“Kenapa beritahu aku? Beritahu satu universiti ni yang kau dah ada isteri. Senang sikit dia orang fikir 10 kali sebelum nak tackle kau ni,” ujar Shahrul pula menyusuk cadangan.
“Kau ingat ada ke orang buat macam tu? Orang tak betul je hebohkan. Aku bukan artis atau orang ternama. Aku orang biasa-biasa je,” ujar Zamri menyangkal.

“Sabar je lah dengan kerenah perempuan misteri tu. Daripada kau serabutkan kepala kau dengan dia, baik kau fikir benda yang berfaedah sikit,” ujar Shahrul menyarankan agar Zamri tidak terlalu memikirkan hal remeh-temeh itu.

Zamri masih lagi merenung pemandangan luar melalui tingkap biliknya. Memang betul kata Shahrul itu. lebih baik dia diam saja buat seketika ini. Dia ingin lihat apakah tindakan selanjutnya wanita misteri itu. Apa motif sebenarnya? Atau sekadar bayangan ilusinya? Oh tidak, wanita itu jelas berterang lagi dia adalah pelajar di universiti sini. Gayanya, buku juga tidak lepas dari tangan dan beg yang sama selalu di bawa bersama. Dia masih ingat semua itu kerana matanya yang menyaksikan segalanya.
Zamri melangkah ke katil. Melihatkan Shahrul sudah lena di waktu petang, dia juga turut tidak terlepas sama. Mujur mereka berdua kelas tiada di waktu petang. Memandangkan hari esok adalah hujung minggu untuk mereka berdua berehat dan menyiapkan tugasan.

“Kalau kau dengan Shahrul ada apa-apa, mesti best kan,” ujar Nuraini sedikit sayu.
“Masalahnya, tak ada apa-apalah. Kita orang bukan bercinta pun. Sebab kawan sekolah dulu kan,” ujar Suhaila memandang segenap bilik Nuraini.

“Aku rindu sangat dekat Zam,” luah Nuraini lemah. Dia kembali memeluk Suhaila meminta semangat.
“Syy… sudahlah Ain. Aku faham sangat. Bila kau teringat Shahrul, mesti kau teringat Zamri jugak. Dia orang memang rapat tapi apa boleh kita buat. Biarkan ia pergi. Kau kena redha. Kalau kau lagi sedih, Shah lagi terasa kehilangan sahabatnya sendiri,” pujuk Suhaila agar Nuraini tidak di bayangi dengan kenangan lama. Bukan untuk di lupakan terus tapi anggap saja sebagai ujian Tuhan.
“Kalaulah masa boleh di putarkan balik, mesti aku bahagia dengan Zam sekarang. Kenapalah aku berbuat silap dekat dia?” soal Nuraini beremosi.

“Setiap manusia tak sempurna Ain. Kita semua pernah buat silap. Tak ada siapa pun yang boleh lari dari kesilapan. Kau kena sedar, setiap kesilapan tulah yang boleh mengajar kita erti kehidupan sebenar. Kau kena lepaskan. Kau tak boleh berada di bawah takuk yang sama lagi,” sekali lagi Suhaila menasihati.

“Tapi aku terlalu cintakan dia sangat-sangat Su. Aku tak mampu,” suara Nuraini bertukar semakin sayu.
“Sudahlah Ain. Kalau kau cintakan dia, let’s it go. Kau kena teruskan hidup, walau apa pun sekali terjadi,” sambung Suhaila lagi tidak berputus asa. Dia merangkul bahu Nuraini memberi semangat supaya sahabatnya itu tidak lagi jatuh.
“Aku tak tahu kalau kau tak ada dalam hidup aku. Aku mungkin asyik teringat arwah suami aku je,” tutur Nuraini berkata lagi. Dia mengesat sedikit air matanya.

“Aku tahu kau boleh. Kau boleh bina hidup baru. Bina cinta baru kau. Kau tak boleh lagi mengharap pada yang sudah tiada. Itu semua sudah ketentuan takdir. Dalam soal ini, kau kena mengalah. Berilah ruang untuk orang lain untuk mengambil tempat di hati kau tu,” kata Suhaila lagi. Moga Nuraini memahami apa yang di maksudkan itu.
“Aku tak mampu untuk mencintai orang lain.”

“ALLAH dah beri kau peluang. Aku jamin, Zam pun akan tumpang senang jika dia tahu kau dah ada pengganti lain nanti. Dia sudah pergi Ain. Biarkan arwah tenang dekat sana,” ujar Suhaila belum mengalah.
Nuraini hanya mengangguk faham. Adakah dia perlu mengikut apa yang di katakan Suhaila? Sudikah hatinya menerima lelaki lain sebagai cinta barunya? Namun, rindunya berbeza sekali terhadap Zamri. Itu sudah pasti. Dia tidak boleh membohongi dirinya lagi.



**Continue Bab 10






0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!