Sifat Lelaki Berdasarkan Bintang Kelahiran


Lelaki Aquarius
Ia berdarah panas, suka melakukan apa pun mengikut keinginan. Jika tak
memahami atau tak mampu mengikut rentaknya, anda tak akan selesa
bersama dia dalam waktu lama. Gaya percakapannya straight to the point
dan tak pandai berbohong. Ia tak suka orang yang mudah putus asa, yang
tak ada semangat, dan yang berfikiran cetek. Jangan memancing
kecemburuannya kerana ia tak akan membuat kecoh, melainkan pergi
meninggalkan anda.

Lelaki Pisces
Ia berjiwa sensitif, pendiam, pemalu, dan sangat emosional. Ia bukan
orang yang suka melawan arus, dan lebih memilih jalur aman. Bagi dia,
dalam hidup yang penting bukanlah cinta melainkan status dan
kestabilan. Ia suka perempuan yang ceria dan cerdas. Jangan menasihati
dirinya kerana ia tak suka. Ia lebih menghargai apabila anda
mencontohkannya terlebih dulu daripada membebel tak tentu hala..

Lelaki Aries
Ia kelihatan lembut, tapi di dalam hatinya ia orang yang sekeras baja.
Halangan kecil tidak akan membuatnya jatuh begitu saja. Keras kepala
menjadi ciri dari warga Aries. Pujilah dirinya dan berikan senyuman
kepadanya kerana itu akan melembutkan hatinya. Ia gemar menunjukkan apa
yang disukainya dan lebih menyukai perempuan yang ada cirri-ciri ibu rumah tangga.

Lelaki Taurus
Taurus pada kebiasaannya tak suka pada undang-undang. Ia sangat suka
akan kebebasan. Jika anda ingin bersamanya, jangan membuat
syarat-syarat untuknya kerana dia akan segera pergi meninggalkan anda.
Ia mampu melakukan perkara-perkara yang pelik pada orang lain. Ia suka
mencari dan menganalisis orang dan bermacam-macam perkara lain. Jika
anda sedang bersama dengan lelaki taurus, jangan ceritakan terlalu
banyak tentang kehidupan peribadi anda, tetapi buatlah dia
tertanya-tanya. Cara itu akan membuatkan dia bersemangat untuk
mendapatkan hati anda.

Lelaki Gemini
Ia mempunyai kemampuan khusus, handal berkata-kata. Jika diberi
kesempatan, ia mampu bercakap tanpa henti. Ia orang yang tak boleh
diam, hiperaktif, dan amat pentingkan kekemasan. Ciri utama lelaki
gemini adalah sangat memilih dan mudah bosan. Ia dapat mengubah
fikirannya sepantas kilat. Ia tak menyukai pekerjaan yang sama setiap
masa dan sangat sukar menepati masa. Jika ia datang terlambat bukan
kerana ia lupa, tapi kerana ia selalu tertarik kepada perara lain yang
menarik perhatiannya.

Lelaki Cancer
Inilah lelaki paling sensitif dari semua zodiak. [i]Mood[/i]-nya
selalu berubah-ubah. Ynag peliknya, perubahan itulah yang membuat
dirinya mempersona. Ia bukan jenis lelaki yang berani. Ia akan menunggu
masa yang tepat untuk mendapatkan keinginannya. Ia paling tak tahan
ditolak dan sangat anti dipermalukan. Ia melindungi dirinya sedemikian
rupa sehingga kelihatan tidak romantik. Bakat cancer di antaranya
adalah kreatif dan imajinatif. Ia menyukai perempuan yang berdikari,
ceria, aktif, ada kepercayaan diri, dan sopan.

Lelaki Leo
Penampilan luarnya menunjukkan ia orang yang lemah lembut, tapi
sebenarnya dia kuat dan percaya diri. Kata-katanya selalu tampak
normal, tapi kerap berisi perintah dan permintaan. Harga dirinya sangat
tinggi. Ia dapat membantu memecahkan permasalahan orang lain, kecuali
masalahnya sendiri. Ia bisa terluka kalau Anda tidak memercayai atau
tidak menghargai kemampuannya. Ia suka pada orang yang bergantung
padanya, karena itu membuatnya merasa berkuasa.

Lelaki Virgo
Ia sangat menghargai masa. Membuatnya menunggu akan dianggapnya sebagai
sebuah penghinaan. Ia tak suka dikritik. Ia seorang perfeksionis yang
romantik, sanggup mendaki gunung everest hanya untuk mengatakan ia
merindukan anda. Perempuan yang menarik hatinya adalah yang rapi dan
berpenampilan up todate.Iaseorang yang amat teliti, pendiriannya juga teguh, ya adalah ya, tidak
adalah tidak, apa pun orang cakap tidak dipedulikannya. Orang virgo
juga terkenal dengan kesetiaannya

Lelaki Libra
Sebagian besar lelaki libra berwajah tampan dan mempersonakan.
Bahkan jika rupanya biasa-biasa pun, tetap terlihat menawan.
Yang negatifnya, ia keras kepala dan selalu memulakan pertengkaran.
Ketika moodnya baik, ia lelaki yang menyenangkan. Jika tengah tak ada mood,
ia paling suka mencari masalah untuk bertengkar. Secara semulajadi, orang libra
suka berada dalam dunianya sendiri. Tak suka melakukan hal yang
pelik-pelik. Ia tak suka pada perempuan yang solek berlebihan atau yang
mengalahkan artis.

Lelaki Scorpio
Ia sangat sensitif dan mudah terluka. Ia tak pernah mempercayai siapa
pun kecuali dirinya. Kesabarannya mengagumkan. Ia dapat menunggu
beberapa tahun untuk mencapai tujuannya. Ia sangat serius terhadap
cinta dan tak akan membuang masa bersama orang yang tak dicintai. Warga
Scorpio terkenal dengan sifat pendendam. Jangan pernah menjanjikan
hal-hal yang tak akan dapat dipenuhi kerana ia akan terus menuntutnya.
Ia ingin dihargai dan dikagumi, tapi tidak ingin anda menguasai dirinya.

Lelaki Sagitarius
Warga sagitarius suka kehidupan sosial, gelak tawa, dan tak mahu
ketinggalan trend terkiri. Ia benci rutin seharian kerana membuatnya
bosan. Ia bukan pengurus kewangan yang baik. Tapi ia bukan orang yang
boros. Ia suka pujian dan kata-kata manis. Ia suka melancong dan
melihat tempat-tempat menarik. Sagitarius tak suka akan tanggungjawab,
oleh kerana itu ajakan untuk berkahwin akan membuatnya seperti
tercekik. Ia mudah sekali jatuh cinta, terutama pada perempuan manis,
kelakar, dan yang ada pendirian yang kuat.

Lelaki Capricorn
Ia pendengar yang baik dan dapat memahami semua perkara dengan jelas
dan mudah. Mempunyai firasat yang tajam, boleh meneka apa yang anda
ingin katakan, bahkan sebelum anda mengatakannya. Wanita selalu datang
kepadanya tanpa diundang. Ia suka suasana tenang dan damai. Ia akan
memberikan anda kebebasan dan hanya melihat dari jauh. Ia kekasih
sempurna dari semua zodiak, lelaki romantik yang akan mengajak anda
bercengkerama di bawah sinar bulan purnama. Ia tewas pada perempuan
yang kemas dan berpakaian cantik.

**bg perempuan try tgk sama x sifat2 nie dgn bf korang..^^

0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!