Makna Nama Kumpulan Kpop..?

Korang Sebagai peminat Kpop musti tertanya-tanya kan, macam mana diorang pilih nama kumpulan dan kenapa nama itu di pilih. So Gmey ada sedikit info tentang macam mana diorang pilih nama kumpulan..enjoy!! 



FT Island - hurm yg ini agak 'chessy' sikit. Cam kelakar plak. Maksudnya 'Five Tresure Island' Setiap ahli bolehlah dikatakan macam 'tresure-like' dimana setiap dari mereka mempunyai bakat dan potentsi dalam muzik yg tidak ditemui. Macam harta karun gitu..hehe




JYJ - diambil dari huruf pertama nama-nama ahli kumpulan ini iaitu
 'Jaejoong,''Yoochun,' dan 'Junsu.'

2PM - ibarat waktu petang yang penuh energetik dan semangat. Ahli kumpulan ini bermatlamat untuk menghasilkan muzik yang bersemangat dan energetik.

KARA - Diambil dari bahasa Greek iaitu chara (joy), dimana ia di definisikan sebagai 'sweet melody'.

Shinee - Diubahsuai dari perkataan 'shiny'.Membawa bermaksud 'orang yang sentiasa di bawah cahaya 'spotlight'

Big Bang - seperti 'Big Bang Theory' yang ada di cakerawala. Kumpulan ini seperti Big Bang kerana mereka akan membuat satu 'letupan' dalam dunia muzik.



UKISS - nama panjangnya Ubiquitous Korean International SuperStar


F(x) - Setiap ahli bermatlamat untuk menunjukkan bakat unik masing-masing dalam akitiviti muzik, seperti mathematik iaitu f(x) function akan berubah berdasarkan (x). F(x) juga ada maksud yang lain dimana 'f' untuk flower dan 'x' untuk kromosem wanita iaitu X kromoseom.

4 minute - mereka akan menunjukkan segala kemahiran serta bakat mereka dalam llingkungan masa 4 minit iaitu durasi setiap lagu yang dipersembahkan.Setiap minit itu mereka akan cuba sedaya upaya untuk memikat hati peminat.

Super Junior - kumpulan yg mempunyai ahli terbanyak. Super Junior mewakili masa ketika mereka masih lagi bergelar pelatih dan dikatakan pelatih yang terhebat (super) dalam setiap bidang.

BEAST Boys of East Standing Tall

T-ARA - seperti permaisuri yang memakai tiara di kepala. mereka ingin menjadi ratu muzik yang memakai tiara yang cantik.

CN BLUE - CN adalah Code Name manakala BLUE mewakili imej yang diwakili setiap ahli. 'Burning (Lee Jonh Hyun), Lovely (Kang Min Hyuk), Untouchable (Lee Jung Shin) dan Emotional ( Jung Yong Hwa)

MBLAQ - Music Boys Live in Absolute Quality

Girl Generation - 'masa (generation) sudah tiba untuk perempuan/wanita mengambil alih dunia'

SS501 - Double S = Super Star, manakala 501 simbolik bahawa kelima-lima ahli akan sentiasa bersatu buat selamanya.

Wonder Girls - kumpulan yang membuatkan anda 'wonder' dan kagum!!

2AM - ibarat waktu pagi yang tenang dan nyaman dimana menjadi kegemaran manusia untuk membuat refleksi kehidupan. Mereka mendendangkan lagu-lagu yang mengekspesikan emosi dalaman dan sensitiviti.

2NE1 - 'New Evolution of the 21 st century'

DBSK -  Dong Bang Shin Ki yang bermaksud ' Gods Rising from the east'

After School - kehidupan bebas yang pelajar alami setelah tamat sekolah dan bagaimana bakat serta waktu digunakan ketika menikmati kebebasan.

Miss A - mereka akan memastikan bakat mereka dalam gred A dalam setiap perkara yang dilakukan untuk menjadi yang terbaik di Asia

Sumber dari : Soompi



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!