KEPERGIAN ADIKKU TERSAYANG







Terdetik dihati ini untuk menaip kisah kepergian Adikku.. Arwah AZIANA HAZLYNN ..
Perasaan Kami sekeluarga masih bergelora dengan rasa sedih diatas kepergiannya..

Maafkan kami adik.. kami tak sempat membahagiankan mu saat dirimu ada disisi kami..
Kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu.. kami akan sentiasa meningati mu..

Ya Allah..... sungguh besar ujian yang kau berikan pada kami..
Kami hampir jatuh Ya Allah..
kami tahu ini adalah takdir mu..
Kami tahu kau lebih menyayanginya..
Kami tahu ada hikmah sebaliknya..

Tapi...
Kami terkilan dengan caranya kepergiannya....
Pada 09 OKTOBER 2014  jam  01.05PM adikku telah pergi selama-lamanya..

Wahai Adikku...
Aku tak sempat menemanimu saat kau dihospital..
Aku tak sempat melihatmu kali terakhir sebelum kau masuk bilik pembedahan..
Aku tak sempat mandikan jenazahmu,..
Aku tak sempat sembahyangkan mu..
Aku tak sempat berada disana saat mu dikebumikan..
MAAFKAN AKU ADIK...
Aku hanya mampu iringi kepergiaan mu dengan doa..
Kami semua sayangkan mu..
Tapi Allah maha pengetahui.. mungkin ini adalah jalan terbaik untuk mu adik...
Aku tahu telah lama kau menderita kesakitan..
Dan kami tak pernah merasa penderitaan yang kau rasa..
kami hanya mampu memberikan mu semangat..
MAAFKAN KAMI ADIK...

"YA ALLAH, Engkau ampunilah dosa adikku Ya Allah, Tempatkan lah dia dalam golongan orang-orang yang beriman, Ya Allah jauhilah dia dari seksa kubur mu Ya Allah.. Tenangkan lah dia disana...." AMIN...


Kami Pasrah atas keperginya...

-------------------------------------------------------------------------
Semuanya bermula.....
Adikku mempunyai penyakit Diabetes(Kencing Manis) seawal usia 12 Tahun..
hidupnya bergantung insulin setiap dua kali sehari..



semakin lama penyakitnya memakan diri.. pelbagai tindak balas yang berlaku daripada penyakit diabetes.. hingga akhir 2014 ini .. 


Doktor memberitahu kami saluran penafasannya tersumbat dan perlu dibuat pembedahan.. pada awalnya kami tak bersetuju.. kerana risikonya tinggi..
Namun.. atas nasihat dan pujukan Doktor.. kami sekeluarga bersetuju.. adikku pada awalnya dijangka dibedah pada 08/10/2014 .. namun ditunda pada satu tarikh lain disebabkan oleh tekanan darah meningkat dan gula tinggi.. Namun pada 09/10/2014 doktor memberitahu adikku perlu dibedah segera.. pada jam 10.00pagi 09/10/2014 adikku ditolak masuk ke bilik bedah.. Kami tak sempat melihatnya pada saat akhir hidupnya,, Kami tiada disisinya saat dia ditolak ke bilik bedah. Pada jam 01.05PM.. sewaktu semua ahli keluargaku berkumpul diluar dewan bedah..(aku tiada disitu) .. doktor keluar dan memberitahu bahawa adikku tak dapat diselamatkan.. :( 
Inna lillah wa inna ilaihi rojiun
ADIKKU PERGI SELAMA-SELAMANYA......



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AL -FATIHAH


-----------------------------------------------------------------------------











0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!