#MyTravelokaEscapade : TOKYO - PILIHAN KU




#MyTravelokaEscapade

Buka - buka email terlihat contest ni, apa lagi join jelah, menang kalah lain cerita, yang penting nak bagitau semua yang destinasi pilih hati gmey dari kecil sampai besar, teringin nak travel ke ni Tokyo..



Yes..! i need holiday lah..! 



Kenapa gmey pilih Tokyo?? 
Tokyo  hmmm.. bukan senang nak pergi kos tinggi, tapi kalau Traveloka belanja tak per laa...


Sebab utama gmey pilih Tokyo ialah sebab kepesatan teknologi diorang yang membuatkan gmey kagum dan teringin ingin kesana melihat sendiri Bandar Tokyo yang membangun pesat.
dan Di Tokyo banyak tempat menarik yang gmey ingin lawati antaranya seperti :


Shinjuku Gyoen National Garden
Taman tradisional yang tertua di Jepun


Kat sini kalau dapat pergi waktu musim sakura, pewwhhhh...
lawa beb, Bayangkan bunga -bunga sakura jatuh berguguran, Tu belum lagi layan musing luruh, bunga kat taman ni berubah menjadi kuning keemasan, memang cantik meleleh... 

  Hi.. lepak minum ker...😻


Terbayang jap, selfie kat sini pastu upload gambar dengan hastag #ThankYouTraveloka #MyTravelokaEscapade
#HiiTOKYO

----------------------------------------------------------

Shibuya 
Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan
 Shibuya kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia


Teringin nak pergi sini, nikmati kesibukan bandar Shibuya Tokyo, arghh.. 
Jalan-jalan sambil shopping di bandar Shibuya nie..
Traveloka bawa la saya ke sini ea.. bawa tau.. tau... 😝


eh... jap... gmey nak shopping kat Shibuya jap eaa.. eaa...
nak shopping banyak-banyak bawa balik Malaysia ..huhu


-----------------------------------------------

Gunung Fuji 
Gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft)
Gunung Fuji amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

Kelima - lima tasik ni kalau sempat gmey nak pergi.. ha'a, nak pergiiiii..!




Menghayati permandangan Gunung Fuji Yang gah meninggi,
memang heaven ah, kalau dapat kesini..
dengan suasana, cuaca, semangat, budaya, agh..!  Mengoda hatiku...


-----------------------------------------------------

Tokyo Skytree
Menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. 
Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. 




Lepak kat Tokyo Skytree ni, hayati pemandangan bandar Tokyo..
hmm.. indah weih.. indah..!!


Eh.. ter.. snap pemandangan bawah pulak,
Menara KLCC dah naik dah, Tokyo Skytree bila la boleh naik eh??


Terdapat dua dek pemerhati di menara Tokyo Skytree ni iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.


-------------------------------------------

Shinjuku - Roppongi - Ueno -  Akihabara 

Selain tu banyak lagi lah tempat - tempat menarik gmey nak pergi, macam bandar ShinjukuStesen keretapi kat Shinjuku ni merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. dapat cuba naik sekali jadi lah.. huhu
Roppongi pulak tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Disini juga tarikan utamanya ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.
- -
Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum serta Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.
Akihabara pula terkenal dengan pelbagai kedai elektronik dan  syurga anime dan manga.


------------------------------------------

Dengan adanya Traveloka semestinya pelancongan menjadi lebih mudah dengan harga penjimatan yang tinggi, namun bagi saya Tempat pelancongan idaman seperti TOKYO ini memerlukan peberlanjaan yang tinggi hmm.. mampu kah saya? Tapi dengan “You need a holiday lah!” contest , mungkin saya masih ada secebis peluang untuk melancong ke Tokyo..

" Hi Tokyo "
 " Kalau ada rezeki, jumpa lah nanti kita ye.."

adios.. Salam Traveloka :)






1 Comment:

Anonymous said...

up.....

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!