SABAH TRIP 2016






























Hi Sabahan... 💓💓
21 - 25 Disember 2016
- TRIP TO SABAH - 


Nie first time Gmey gi sabah, memang before this tak pernah jejak sabah lagi..hee
Naik flight dari Penang -> Kota Kinabalu lebih kurang 2 jam lebih..
Dapat tiket murah dari Traveloka, naik MAS weih.. memang puas hati la..

Log : 21 Disember 2016


Sampai je Airport Kota Kinabalu, terus ambil kereta sewa, gerak ke Kundasang..
sebelum tu singgah pekena Longan & Puding Kelapa, sejalan je nak ke kundasang


Datang berdua je dengan Yoba Pirana gila ni,
 kebetulan member KK ni free, so ajak dia sekali join,
😊


Sampai Kundansang stay kat  

Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA

booking online je kat Agoda, murah cepat, yang penting puas hati, 
Hotel sini jimat, tak der air-cond or kipas, sebab memang sejuk je memanjang, 
Hotel ni so far so good la, hotel lama, tapi view cantik dan dekat dengan tempat2 menarik.
4 Hari stay kat hotel ni, ha.. Puas..!


Log : 22 Disember 2016



Pagi ni kitorang gerak ke Desa Dairy Farm,
Perjalanan ke Desa Dairy Farm, Kundasang ni memang cantik sangat-sangat pepagi..
huh...


Ha... sampai je terus selfie bajet ala2 model semua.. haha



Datang nak tengok lembu, tapi lembu tido pulak.. huhu
So Minum susu lembu je lah, fresh milk
**Entrance Ticket Desa Dairy Farm : RM5.00 for Adult.





Dapat la tengok lembu tengah tido.. huhu..

--------------------
Lepas lepak tengok lembu, kitorang singgah ke 
Kundasang War Memorial Park
**Entrance Ticket Kundasang War Memorial Park : RM2.00



Kat sini selami sejarah 


---------------
Tengahari kami gerak ke Ranau, 
Kg. Luanti Baru Ranau, Fish Spa..
**Entrance Ticket Ranau Fish Spa : RM5.00 Adult / RM2.00 Child


Beli makanan ikan seringgit, pastu bagi makan, 
tips dia, kempal makanan dalam tangan jgn lepas, bg ikan hisap tangan kite sampai merah ala-ala love bite.. hee


Kaki pulak, ikan ni gigit2 sikit2, tak sakit pun, geli2 gitu..

ha.. kantoi.. takut nk letak tangan.. haha


Selam kaki jelah, geli nak selam tangan.. haha

-------------------------
SABAH TEA

Singgah makan kat atas bukit Sabah Tea ni, sambil layan pemandangan, nice!


Setelah penat pagi sampai petang jalan,
balik tido hotel..
kat sini jam 6 petang tu dah nak gelap dah..
Gelap, Sejuk...
uuurmmmm
--------------

Log : 23 Disember 2016
__

Harini kami bangun awal, so sempat bergambar dengan gunung kinabalu sebelum ditutupi awan.


Uish.. cantek weih view.. 
baby face ? haha .. buewkk




Pagi ni kami gerak ke Keningau, nak pusing2 keningau dan ke Taman Banjaran Crocker.
Misi mencari Bunga Rafflesia



Ha.. penat tenat woo naik drive nak naik ke banjaran ni.. sampai-sampai akhirnya jumpa jugak Bunga Rafflesia ni.. firstime tengok real.. haha..  Bau dia.. pewh..  haha.. jem weih..


kat Taman Banjaran Crocker ni ada la pameran tumbuh-tumbuhan dan binatang2 hutan..
tiada yang menarik, cuma layan je.. huhu.. macam lawatan sekolah sikit.. hehe..

Prt yang best sini bila dapat lepak kat kat banjaran ni sambil layan pemandangan pekan keningau, view cantik sangat.. posing sikit.. cewahh..
Relex dan santai je.. tenang disini..

Penat dah pusing-pusing keningau, terus gerak balik Kundasang, ambil masa dalam 2 jam lebih jugak.. lama woo.. bukan jalan highway k, jalan pewh, kena hati-hati gila drive..


Sampai Kundasang, tengok kabus sejuk memenuhi jalan..
macam alam fantasi gitu.. hee

--------------

Log : 24 Disember 2016

Setelah 3 Malam bermalam disini, harini kitorang check out untuk bermalam di Kota Kinabalu.
Bye Kundasang, jumpa lagi next trip...
------------
Dari kundasang ke Kota Kinabalu lebih kurang 2 jam jugak perjalanan.
sampai KK terus check in hotel kat Klagen Regency Hotel, booking kat traveloka dalam seratus lebih semalaman, view cantek, bilik cantek, tiptop.. cuma satu je hotel ni, Parking susah.. amat leceh, cari parking kena pusing 4 kali.. sebab? sebelah hotel ada One Borneo Hyper Mall.
Ok la sebelah mall, tapi parking memang susah, sekali masuk kena bayar RM5, parking hotel tidak disediakan.

 Gambar via Google - tak sempat nak snap sendiri kalut nak jalan..


Di KK ni kitorang pusing2 kat Jesselton Point.. tengok laut biru.. sambil makan tengahari..
Makan nasi campur sini, harga standart, makan biasa je, nak kata sedap tu tak la.. tapi Syukur rezeki.. ;)
Jesselton Point ini tempat pelancong naik boat untuk ke pulau-pulau.. insyallah satu hari nanti kiter gi jejalan pulau2 sabah pulak.. Amin..

Pantai Tanjung Lipat Likas - Kota Kinabalu.
lepak ambil angin pantai kat sini sambil pekena puding kelapa.. dap3..

Selesai jalan2, terus balik hotel lena sat malam baru kiter kuar ke Pasar Filipina cari makan n ole2..
----


Ha.. Gila order Lobster besar bapak untuk makan dua orang.. kenyang weihhh..
Nak try boleh singgah kedai ni, harga berbaloi dan masakan sedap.. ni pun hasil carian di google.. huhu..
Gerai Sinar Delima - Masakan Jawa Special, lokasi dia dekat pasar Filipina berhampiran roundabound ikan todak..

 Lobster Masak Telur Asin , sebelah  lagi buat masak Masam Manis rasanya, sedap woo..
Lobster besar ni siap masak 2 masakan  dapat harga RM240.. orang cakap murah.. kiter try je.. lagi pun firstime.. haha
-----------


Log : 25 Disember 2016

last day.. pagi ni siap2 terus check out untuk ke airport.. 


 Sayang nk tinggal pengalaman kat sini 5 hari.. huhu.. ada rezeki datang lagi Sabah..
huaaaaaaaa.....


Nice Photo Shoot..

" Bye Sabah jumpa lagi nanti, TQ kekawan teman jejalan, TQ Traveloka bagi tiket murah, TQ MAS bagi servis terbaik, TQ semua Kenangan Terindah kat sini.. "

adiOOs..

----------
www.GmeyzPurple.my
----------



0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!