SABAH TRIP 2017


Hi Sabahan
24 - 27 FEBRUARI 2017
- TRIP TO SABAH - 


Second trip to sabah.. ๐Ÿ’“๐Ÿ’“
nak share sikit itinerary gmey kat sana..


Log : 24 Februari 2017


Gmey fly dari aloq staq - KLIA2 - K.Kinabalu .
transit lama jugak la kat Klia2 sebab naik dari alor setar malas nak ke airport pinang,
flight direct tak ada..
Flight dari Aloq staq ke KLIA2 8.00am - 9.00am,
KLIA2 - K.Kinabalu 4.30 - 7.00pm.
sampai kk dah malam..
check in hotel terus lena.. huhu.


Log : 25 Februari 2017



harini gmey habiskan masa untuk ronda-ronda bandar kota kinabalu,
naik bas mini ke sana ke sini, syok woo ..
gambar diatas tu gmey snap kat depan Suria Sabah mall..
cantek dia punya art..

ni stail apa ni??
chia...


dari Suria Sabah ke jesselton point tu jalan kaki je dekat sangat.. huhu..
jalan sini layan suasana kesibukan bandar kota kinabalu..



dari jesselton point tu, jalan depan sikit sampai ke dataran todak, 
helok view sini, tengok laut.. layan perasaan.. huhu..

  view Dataran Todak,

dari pagi sampai petang ronda bandar kota kinabalu,, puaih hati aih..

lepas penat pusing, balik hotel naik Grabcar, bas mini petang2 ni malas dah nak naik, tambah kat kota kinabalu ni petang-petang jem teruk.. naik grabcar senang, uber pun ada..

Log : 26 Februari 2017

Harini tengahari Gmey gerak ke kundasang, dalam jam 2pm gitu

sampai kundasang waktu petang terus check in di Dream World Resort, Kundasang.
rindu woo kundasang..
-pic via google image-

 Dream World Resort, view dia memang cantik.
harga semalaman dalam 2++ , Resort ni view cantik, bilik biasa2 je.. tapi view memang cantik bila waktu petang, tapi waktu pagi penuh kabus kesejukan je view tak nampak.. tinggi sangat hee
dari resort nak ke Desa Cattle Dairy Farm tu tak sampai 5 minit, dekat sangat..


tinggi woo.. kat bawah tu nampak pekan kundasang.. ๐Ÿ˜
ni gambar waktu petang, so nampak cantek pemandangan bawah tu.

Lepas check in , sebelah Dream World Resort ada satu bukit nama Sosodikon Hill,
jadi kitorang habiskan masa petang dengan menerjah sosodikon hill nie,
nampak tak atas tu.. nampak tak tinggi kan ? cuba naik penat weih.. tapi puas hati..
Bayar RM3.00  seorang.. bayaran letak dalam plastik yang tergantung kat pintu masuk.,
tak ada orang jaga pun, seiklhas hati je..

Sosodikon Hill


cantek sungguh2 view sini, belakang tu nampak gunung kinabalu.. aurm.. kitorang naik pun dah lewat dalam pukul 6 lebih dah so singgah kejap je lah..


 kat atas ni ada bangku boleh la rehat2 posing2.. sambil menikmati keindahan petang..
bendera Malaysia koyak menambahkan lagi kesenian disitu.. huhu
biarlah gambar berbicara .. cewah..

selesai untuk aktiviti harini, makan malam di pekan kundasang , ada banyak kedai makan kat pekan tu, lepas makan malam balik lena..

Log : 27 Februari 2017


Pagi ni kitorang check out  untuk terus gerak ke ranau, dalam pejalanan nk ke ranau tu kitorang singgah ke Desa Cattle Dairy Farm  dan  Rabbit Village.. 


Singgah ke Desa Cattle Dairy Farm harini lembu semua dah bangun, 
haritu datang lembu masih tidur.. huhu..





Jangan lupa beli susu segar.. terbaik.. 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Seterusnya kitorang ke Rabbit Village, bermanja dengan si arnab tomey2..


jangan risau, dia gigit sikit je.. tak sakit.. percaya lah.. 




kalau datang kundasang, korang mesti singgah sini, 
sebab bunny tengah lapar, jadi korang kena bagi makan secukupnya pada depa.. 
ha tengok.. manja betoi kan... ajak selfie pun tak segan haha..
----------------
lepas Rabbit Village kitorang terus gerak ke ranau untuk settlekan kerja dan lepas tu singgah 
sebentar ke Fish SPA..


kalini dah tak takut dah nak bagi ikan makan.. berani weih.. sebab ikan ni memang takkan gigit.. depa xdak gigi.. huhu..

lepas selesai fish spa, kitorang terus gerak ke Kota kinabalu, beli ole2 sikit.. lepas tu fly balik..

setakat ni je lah dapat gmey kongsikan trip gmey kalini, nak tanya pape just drop komen kat bawah ye.. ada rezeki kite jumpa lagi ye sabahan..

tata..

adioss.....



- www.gmeyzpurple.my - 





0 Comment:

 

Facebook Page

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!