BANGKOK TRIP


Hi korang, kali ni nk share sikit trip ke Bangkok.

31/08/2018 - 2/9/2018

Short trip je,

DAY 1 : 31/08/2018 

Kami bergerak dari changlun ke Border durian burung seawal 7Pagi bagi mengelak jem, kalau ikutkan border Danok lagi dekat kalau nak ke Airport hatyai, tapi memandangkan Danok jem gila-gila, kami pilih untuk masuk melalui pintu Durian Burung. 


Tiba di Durian Burung pada 9Pagi, rupanya jem jugak.. 
Ambil masa dalam 2 jam lebih beratur di imigresen durian burung.
(Kos white card RM2.00)
After selesai melepasi border, kami bergerak menghala ke hatyai dan berhenti makan di gerak muslim sekitar.
Kos sekitar 60Bath seorang.

12.00PM - 1.30PM :  Bergerak ke Airport Hatyai (HDY) jalan guna waze je, jalan tak sibuk, sekejap je sampai, jalan pun ok, kitorang parking kenderaan di airport HATYAI ( Kos 100bath sehari)

Airport HDY nak bording tu leceh sikit diorang cek beg memang ketat, sampai semua barang cecair lebih 150ml diorang rampas, termasuk la minyak rambut, sabun mandi gmey diorang rampas. brain!
kami pilih Thai Smile airline sebab murah beli dari traveloka, tiket pergi balik dalam RM320, Flight thai airline ni lagi ok dari air asia, Bag 10kg free, luggage 20kg free, free seat select, free meal on fly.




2.30PM : Tiba di airport Suvarnabhumi International Airport, Airport ni besar dan senang sebab ada Airport Rail Link untuk direct ke city, so kitorang beli coin train untuk ke Phaya Thai station ( Station paling dekat dengan Hotel kami )
Kos 45Bath, selesa juga train sebab boleh tengok pemandangan bangkok city. Train ke Phaya Thai Station dalam 30 Minit.



Sampai di Phaya Thai Station kami tukar duit di money changer disini sebab rate dia ok tinggi.
Dari station kami booking grab untuk ke hotel (kos 63 Bath seorang)


Sampai di hotel Khaosan Art Hotel, Khaosan Road, Hotel ini boley la, staf mesra, ada welcome food halal katanya, 
bilik pun ok, hotel connect dengan restorant so sesak sikit, cuma yang tak ok hotel ini naik guna tangga huhu.. 
Malam hujan membasahi bumi bangkok, so kami relex2 rehat2..

pkul 7.00PM kami naik tuk tuk untuk ke kedai Muslim 





Aesah Rosdee Restaurant, pakcik tuk tuk bawakkan, kedai dia tak macam kedai muslim,
 makanan pun jem! better jangan try! huhu 



 kami makan nasi kuning ayam dan teh ais kos 70 Bath, amat disarankan jangan pergi kedai ni.. huhu

Seterusnya kami berjalan ke Khaosan Road Night Market, kat sini macam-macam ada



Dari Khaosan Road Night Market ni memang dekat je dengan hotel kami, so lepas pusing market kami jalan kaki ke Chao Phraya River, lepak tengok sungai, meriah tengok boat besar lalu lalang,




Lepas lepak terus balik hotel, penat nak neno..


---------------------------------------------

DAY 2  : 01/09/2018 

Seawal 8AM kami keluar hotel menaiki tuk tuk ke kedai makan muslim Farida Fatornee
kedai ni dekat dengan MBK center, jauh juga tuk tuk bawak ronda
Makan kedai ni ok la 






Makan nasi berlauk ikan Goreng dan ikan kaisom dan teh ais ( Kos 75Bath )
Makanan ok la jugak, sedap dimakan.

9.30AM : Selepas makan kami naik tuk tuk ke Jetty untuk Chao Phraya Boat trip ( Tuk tuk punya idea la nih, kos agak mahal dan tak berbaloi better nak jimat koraong boleh refer : https://www.chaophrayatouristboat.com/
( Kos Boat 400Bath seorang ) dan kos tuk tuk ( 320bath seorang )





Boat Trip ni diorang bawa kami singgah ke Taling Chan Floating Market, kat sini tak ada apa menarik sebab makanan pun tak halal, so just jalan tengok je lah (Kos 10bath mknan ikan & 18bath mineral water )






Seterusnya kami dibawa stop di Tha Chang Pier, kat sini dekat dengan The Grand Palace




Tiket masuk ke The Grand Palace Mahal sangat 500bath seorang, so kami semua tak masuk, lepak luar je

Tiket masuk ke The Grand Palace Mahal sangat 500bath seorang, so kami semua tak masuk, lepak luar je
dan kami singgah ke Thawornwatthu Building macam gallery gitu.




Lepas penat pusing, dengan cuaca hot2 ni.. Kami booking grab untuk ke Chatuchak Weekend Market
(Kos grab 47.50bath seorang)



 Chatuchak Weekend Market ni, 3 hari baru habis pusing rasanya, besar gila sampai penat kami pusing huhu, memang semua ada jual sini, memang menarik, amat disarankan singgah sini, pasar ni buka hari sabtu dan ahad pagi smpai petang. Map boleh minta di kaunter information. Muslim Food ada di Depan JJ Mall ( Kena try ayam goreng popcorn diorang, tiptop 50bath )


  Ramai masyarakat oii


Must Try aiskrim coconut diorang, terbaikk.!

Dari tengahari sampai ke petang di pasar chatuncak, pkul 6PM kami balik ke khaosan art hotel menaiki grab,
waktu ni traffic jem teruk (kos grab180bath seorang)

Sampai di hotel, siap mandi dan solat kami terus keluar menaiki grab ke Paragon Mall

Kat sini Center of mall, semua mall connected, 
Siam Paragon, Sian Center, Siam Discovery, MBK Center, Siam Square dan MBK Night Market


 Memang wajib pergi sini, menarik, dengan skywalk antara Siam Discovery dan MBK Center


 Siam Paragon

 Siam Discovery : Jawab survey jap

  Siam Discovery design dia memang cantik.. 

Dah penat ronda2 mall, kami ke MBK Night Market barang2 sini murah dan menarik juga, dan ada shop lot muslim food, boleh try roti pisang dan teh ais dia, sedap.. 

Seterusnya kami ke Siam Center BTS Station ( sebelah Siam Paragon) untuk ke Chong Nonsi BTS Station
(Kos 26bath seorang)



Sampai ke Chong Nonsi BTS Station kami jalan ke Chong Nonsi Skywalk, sini bridge dia menjadi icon jugak la


Chong Nonsi Bridge



Chong Nonsi BTS Station


Dari Chong Nonsi BTS Station kami jalan ke King Power Mahanakhon also know as pixel tower.

Design menara dia yang unik menjadi pancu tarikan.

2AM : Penat sehari jalan, kami booking grab dari Mahanakhon ke hotel
(Kos 37Bath seorang)

-------------------------------------------

DAY 3  : 02/09/2018 

Last day kat bangkok, seawal 7AM kami check out hotel dan bergerakke IMPACT Muang Thong Thani,
untuk program ASEAN Skill Bangkok 2018 
(Kos grab 68bath seorang)




Lepas penat pusing Asean Skills Competition, kami terus bergerak balik ke airport untuk ke Hatyai
(Kos grab 209bath seorang)


1.30PM : BKK to HDY, sampai airport hatyai terus keluar parking ( kos 300bath untuk 3hari parking)

Dari Hatyai terus ke Dannok, singgah di Masjid Fatthu Islami Dannok untuk solat.
dan singgah ke Restaurant Laila, Dannok untuk makan ( kos RM20 seorang ) sedap.!

8.00PM sampai di border bukit kayu hitam .. 

Selesai trip..
Jumpa di next trip..

Adios..
Komen k..muach cikit,!

Total Kos ke bangkok : 2553 bath=RM322(Kos makan, grab, shopping) + RM52 (Car+insuran+ white card) + 
RM395 ( Hotel+flight)  = RM769









0 Comment:

 

About Me

Hi, Selamat datang ke BLOG Gmeyz, Semua cerita suka duka gmeyz ada kat sini sampai bila2.. Baca kalau rasa suka, blah kalau rasa menyampah.. make it easy.. bye..!